Isnin, 30 November 2009

Kem Manikayu 3A Kelanasiswa USM (KLKMUSM) suatu pandangan..


Em.. pada 20,21,22/11 yang lepas aku telah berpeluang mengikuti Kem Manikayu Peringkat 3A KLKMUSM.. em kem yg menarik.. kem ni dihadiri oleh semua level 200 ada beberapa orang sahaja yg tertinggal dan tak pg..

banyak yg dah berubah berbanding kem yg lepas tahniah kepada ajk2 yg bertungkus lumus untuk menjayakan kem ni.. walaupun dalam minggu2 peperiksaan..

banyak yg aku belajar dalam kem ni.. krew aku terdiri daripada Aiman(ketua), Tiong Yong Hee(QM), Huszaimi, Ain, Dya (P.Ketua), Ma, dan ............ (terlupa hehe)..

Ahad, 29 November 2009

Gambar Keluarga ku












GAMBAR KELUARGA AKU.. MASA RAYA AIDILADHA TAHUN LEPAS... KENANGAN TERINDAH..

Selamat Aidiladha..















Selamat hari Raya Aidiladha saya dan keluarga ucapkan.. semoga pengorbanan kita selama ini diterima oleh Allah swt..

Raya kali ini simple2 je.. First day raya di Bagan Serai, Perak.. solat raya d Masjid Bagan Serai.. tahun ni tak buat sembelih korban.. tgk org sembelih ada la.. lepas solat.. pergi ziarah kubuk tok wan aku d Masjid Matang Redu.. byk jg org yg pergi sana.. lepas tu pegi umah saudara mara.. tok nek n tok cik.. pastu balik.. lepas balik byk pula org yg datang umah opah aku ni..

Second day beraya d umah mak ngah sebelah ayah aku.. sbb d sana ada tok wan aku.. mak ngah la yg byk uruskan tentang tok wan aku yg sakit.. t. kasih mak ngah.. lagipun kat sini ada keduri.. mak ngah buat kenduri untuk kesejahteraan tok wan aku.. ada majlis baca yasin.. byk yg hadir.. yg senoroknya masak gotong royong.. ramai2 tolong..

em lepas tu petang balik Penang...

Khamis, 12 November 2009

Periuk.. Kuali...

Tajuk kali ini berkenaan kisah di sebalik periuk, kuali, talam dan segala alatan masak memasak.. atau semasa keluar dikenali sebagai alatan ta'am..

Makan-makan atau dalam arabnya ta'am-ta'am.. perkataan yang sering aku tunggu2 he..

Sebenarnya, tajuk ni hasil inspirasi semasa aku berada dalam kereta pensyarah aku untuk menziarahi kwn aku di kampungnya. Aku pun apa lagi minta tumpang la..

dalam kereta tu bukan calang-calang orang yang naik nak di banding dengan aku yang tak de apa2 ni...ada pensyarah psikologi, timbalan dekan skol aku dan ydp persatuan skol aku.. kiranya banyak juga perkara yang dibincangkan.. salah satunya berkenaan status makanan halal di Malaysia semakin meragukan..
Risau jg aku.. didapati hampir kurang 10% hotel di Malaysia tidak menitikbertkan status halalan toyibba yg disyariatkan.. janji tak de babi.. dah halal.. tp toyibba nye..? cara sembelihannya..? (macam mn nak buat dinner ni hem...)
perkara ni bukan terjadi pada hotel2 je.. tp kedai restoran, warung2, dan kedai makan2 sekarang ni dah hilang toyibba nya.. janji dapat untung cepat.. perkara2 lain pejam mata.. bukan semua.. tp dah semakin banyak.. dan perkara ni memang membimbangkan.. takut2 ia akan menjejaskan amalan kita seharian.. (semoga Allah swt beri perlindungan)..

em patut la semasa aku keluar jemaah.. ahli2 jemaah akan masak sendiri..
dalam hati aku yang lemah ni terdetik

"patut la jika keluar akan masak sendiri,
beli barang2 guna duit korban sendiri,
baru rasa nikmatnya makan bersama daripada seorang diri"

dengar juga masa orang dulu buat usaha.. pernah juga usaha ni dilabel "jemaah angkat periuk" he.. jihad guna kuali he.. menyebabkan aku tersenyum simpul em mungkin ini la akibatnya.. takpe fikir2kan lah...

sekarang ni makanan tepi jalan2 pun dah tak boleh percaya kalau yakin lain cerita.. yang was2 ni yg masalah ni.. shubhah2..
rasanya lepas ni tak jadi masalah.. mari kita masak sendiri.. baru kita hargai masakan kita.. (belajar masak dalam majalah Saji....)