Jumaat, 21 Mei 2010

Tangisan Rindu....


Gambar ni masa keluar kat Kelantan tahun lepas di Kok Lanas.. mereka ni sebahagian dari pelajar2 Madrasah Hj. Noordin attach dgn jemaah kami sehari di Masjid Pondok..
Mereka ni sebahagian besar terdiri dari anak2 yatim dan keluarga2 yg susah.

Aku ke madarasah mereka 2 hari bersama2 mereka sbb jemaah kami ada takaza "program Rakan Masjid" selama 5 hari anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan..(jemaah kami gilir2 untuk membantu).. "Program" ni terdiri dari pelajar sekolah2 menengah di sekitar kok lanas yg keluar di madrasah tersebut bersama pelajar2 tahfiz ni..semasa "program" ni penuh dgn amalan2 yg dapat membawa fikir keatas iman dam amal.. ziarah.. bayan.. muzakarah.. mesyurat..ta'lim..kelas ilmu.. kalau masa bayan tu mereka ni berebut2 nak duduk paling depan sekali...
tapi aku tak boleh lupa masa ta'am hihi.. budak2 madrasah ni berebut2 nak khidmat basuh.. em..keadaan mereka tidak semewah kita di luar..makan biasa2 je.. tp mereka sangat gembira.. pastu petang2 bagi makan kuda.

Pengalaman aku bersama dengan budak2 ni sangat menarik.. memang tak boleh dilupakan.. masa aku nak tangguh dari madrasah nmpk mereka mcm nak nangis je.. (mungkin aku kot hihi) pastu ada yg minta no fon.. disebbkan tak boleh bw telefon hanya tulis di atas kertas sahaja..

bila aku lihat mereka2 ni rasa sangat kerdilnya diri ni.. mereka ni balik kerumah setahun sekali je tu pun masa raya.. yg tersentuh pada diriku... mereka ni sejak dari kecil2 dah berkorban untuk agama.. em.. aku baru nak belajar2 korban.. lemah nye.. tu pun banyak main2...

lagi yg seronoknye mereka ni sangat mesra dan tawaduk.. kalau bercerita tentang sahabat memang ingat siap nama penuh nama sahabat2 r.a..
aku ni nama sahabat Rasulullah saw pun masih tak ingat.. adoi..
satu lagi aku lihat.. mereka ni turut je.. tak membantah.. ingat lagi amir sub suruh mereka tidur kat luar.. em mereka ikut je.. agak sejuk juga (mungkin kat asrama dah di didik mcm tu...)

bukan senang nak anak2 yg turut kata mak ayah sekrang ni.. tambah2 dengan pengaruh globalisasi sekrang... perlu pada didikan agama yang sempurna baru boleh dapat lakukan.. (so kepada ibu bapa atau bakal berikan didikan agama kepada anak2 ye jangan terpengaruh dengan apa yang ada di dpn mata.. tambah2 tv ambil yg bermanfaat..)

tapi kalau aku ni.. suka sangat membantah... penuh dengan pesoalan apa yg disuruh..... ish2... (aku harap aku dapat ubah...insyaAllah)

oleh itu aku harap dan berdoa kepada Allah swt.. semoga adik2 ku yg disayangi dan dikasihi dapat teruskan usaha untuk berkorban pada agama.. belajar sungguh2 ikut cakap mudarris.. semoga apa2 yang adik2ku ni timba ilmu dapat diamalkan, sampaikan dan diambil manfaat oleh kita semua. semoga dapat berjumpa lagi.. Bertemu dan berpisah kerana Allah swt...insyaAllah... semoga Allah swt terima..

Pujangga melayu bermadah :,
Tangisan rindu sang pencinta,
Hati perindu menjadi satu,
Tangis tawa telah tercipta,
Namun hakikat dari yang Satu....

Wallahualam...

Selasa, 18 Mei 2010

Kenangan berlalu..



Lama juga tak tulis entri ni.. mungkin lama tak keluar kot.. adoi.. lemahnya.. alhamdulillah semoga diri ku ni sihat2 kot..
pada awal bulan 5 yg lepas jemaah USM telah dihantar bergerak di sekitar Jitra, Kedah selama 40 days.. (ku pohon doa dari kalian).. asbab intership dan telah di tafakut (interview) dgn syura' Penang InsyaAllah.. aku diminta untk keluar beberapa hari selepas intership.. doakan...

Tersentuh bab intership ni setelah seminggu lebih berada di sekolah.. rs seronok juga memang byk pengalaman terutamanya untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak2 supaya menjadi insan.. walaupun mereka kanak2 khas tp aku sangat bersyukur bak kata2 guru kawan ku "kita bertuah sebab dipilih oleh Allah swt untuk mendidik anak-anak syurga ini.." subhanallah...
dan yang paling best nye masa intership ni ada hari guru hihi.. boleh la nak berlagak jadi guru jap buat sambutan hari guru (lari niat nampk).... dulu sambut kat guru tp hari ni murid pula sambut kat kita sekejap je masa berlalu.. sekolah ni sambut hari jumaat (21/5) ni...

tetiba teringat plak aku sambut hari guru di sekolah dulu tambah2 kelas aku dulu 5 Sn 1 hihi.. memang satu hari tu enjoy je haha... bila ada hari guru ni dapat la dengar lagu "Kami Guru Malaysia" em tersentuh la juga...
pagi tu ada game dgn guru... pastu ada makan beradab jemput la guru2 kelas, guru subjek datang ke kelas nak mkn2.. sebelum hari guru ni nak kn beli makan la pula.. adoi.. "mak2 nanti tolong buatkan dadih" hihi...
pas mkn2 ada persembahan untuk guru2.. berlakon,nyanyi dll huhu..
mungkin ni pengalaman aku di sekolah menengah ku Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi gambateh.. hihi..

di sini saya ingin ucapkan selamat Hari Guru kepada cikgu ku yang telah mengajar ku secara formal atau tidak formal.. dari A,B,C sehingga kepada X,Y,Z.. guru2 tadika, guru sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah ku di Matrik Kedah dan pensyarah ku di USM... byk sangat nak sebut.. hihi (mungkin ada yg terlupa maap ye)... semoga guru2 ku sihat dan teruskan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yg sempurna... "tugas untuk memanusiakan manusia"


Wallahualam

Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu..

Di cni sy ingin mengucapkan kepada Puan Hamidah bt Aziz.. selamat hari Ibu.. dan juga kepada ibu2 diluar sana hihi..

syurga di bawah tapak kaki ibu.. kwn2.. so sanyangi mereka.. jangan sesekali melawan ckp nye walaupun berkata uff.. em ok... simple2 je..

disini sy letakkan khas sajak untuk mak ku Hamidah bt Aziz.. huhu..

Khamis, 6 Mei 2010

Sekitar perjalanan di sekolah intership ku...


Tembok sekolah...


Dewan vok...



Papan petunjuk jalan.. supaya x tersesat..

Pada cuti sidang ni aku diwajibkan untuk menjalani Intership.. pada 10.5 ni akan bermula lah tugas ku sehingga 4.6.. 4 minggu juga... terima kasih banyak2 kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah, Penang.

pagi tadi aku telah berjumpa guru besar di sekolah yg akan aku berintership.. untuk bagi laporan yg aku akan masuk sekolah tersebut 10.5 ni supaya kedatangan ku ke sekolah tidak mengejutkan guru besar.. nnti ingat pendatang plak hihi..
di sini aku sertakan gambar2 sepanjang perjalanan ku di sekolah tersebut..
Padang sekolah..



Pejabat skoll..


Pelan skoll..









Di luar bilik guru 1..Di luar bilik guru 2




Doakan supaya sy dan kwn2 dapat menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada kami dan menjadi pendidik yg membawa manfaat dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

Wallahualam..

Ahad, 2 Mei 2010

Konspirasi mereka.. tindakan kita...


Ari ni aku terbaca beberapa entri dari blog FOM... em memang menarik apa yg telah dibongkarkan.. patut la diberi our mind kan... betul atau tidak apa yg diceritakan wallahualam... aku pun tak tau....

dan aku bagi bila terbaca entri2 ni bertambah yakin aku dengan usaha agama yg mulia ni.. mengajak manusia kepada Allah swt.. dunia sementara akhirat selamanya...tambah2 saling pesan memesan dan beri peringatan pada diri yg lemah ni dan saudara2 seislam tentang dunia sementara akhirat selamanya...hubungan silaturahim antara saudara seislam bukan di Malaysia je.. seluruh dunia.... kena tambah pengorbanan pada jalan Allah swt..

sedikit targhib : kita kat Uni ni perlu bawa agama dalam pelajaran.. untuk manfaat dunia akhirat.. semoga apa yg kita kejar2 kan tidak sia dan jangan lupa tanggungjawab terbesar kita sebagai umat Nabi Muhammad saw.. dan berjaya di dunia sementara yg kita berada sekarang iaitu di uni dengan peroleh keputusan yg cemerlang.. pelajaran pun dakwah juga.. mak ayah kita hantar ke cni pun atas maksud pelajaran juga kan.. jangan hampakan mak ayah.. Islam is our life...

di cni aku linkkan supaya kita semua dapat ambil manfaat...

Entri 1 : FOM 1 dan FOM 2

Kakuzari sikit :

Entri 2 : Khuruj

wallahualam...