Khamis, 1 Julai 2010

Pondok usang..

Tak pasti pondok siapa hihi..

Pondok usang..
habis madu sepah dibuang... dah abeh apa lagi buang la botol tu... huhu.. takpun recycle..
bagai kacang lupakan kulit.. dah kulit tak sedap buat apa nak telan sekali dengan kacang..
kesian...

begitu lah terjadinya kepada institusi pondok.. walaupun aku tak pernah mengikuti pelajaran di pondok atau madrasah (melawat2 tu ada la).. macam tak sesuai hihi..

tapi selepas aku tgk sesi temu bual dlm "secawan madu sehiris peria" tajuk Pondok rsnya.. antara moderater dgn seorang "ilmuan" ini.. tetiba rasa geram plak (ish2 istgfar).. ye la beliau kondem institusi agama yg telah lama terbina di negara ni.. yg asbabnya agama masih subur dalam masyarakat kita...
em ni satu lagi ada sesetengah tu asyik bergaduh ilmu siapa yg lebih hebat.. pastu tuduh org tak berilmu (em mungkin ada sebab la tu dia kata macam tu Huszaimi)

antara yang masih berdesing di telingga ku ni berkenaan ilmu yg diajar di pondok sekarang adalah tidak releven.. tidak seperti di sekolah ada ilmu komputer, sains, dll.. dan skrang pun ada byk sekolah agama.. em.. ye la mungkin bagi aku bagus la.. tapi jangan kata mcm 2.. tak releven la.. pendidikan ilmu tak lengkap la.. ish2.. harap2 sampai tahap yg tertinggi la ye setakat sekolah tak lengkap lagi... ustaz mahu ada Master , PhD, Prof la...takpun Dekan... em bagus2.... harapnya dapat diamalkan la ye takut2 ilmu tu akan di tanya..

di bawah ni aku letakkan bayan (tazkirah @ ceramah) dari Maulana Syaukat sempena majlis khatam kitab Sahih Bukhari di Masjid Sri Petaling (dipetik dlm blog abg Azhar dan sedkit pengubahsuian)..

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua kalimat yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih, ringan di lidah, berat dalam timbangan, (iaitu),

سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ

“Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.”

Kemudian beliau memberi sedikit nasihat;

Hakikat ilmu yang selayaknya dipanggil ilmu adalah ilmu agama yang datang dari Allah & diberikan kepada Rasulullah SAW & disampaikan kepada para sahabat baginda, & seterusnya kepada tabiin, tabit tabiin, para muhaddith dan sehinggalah sampai kepada kita. Ilmu ini begitu tinggi kerana ia datang dari Allah. Begitu juga lafaz2 ilmu ini begitu tinggi di sisi Allah sehingga Allah menjadikannya asbab kekalnya dunia ini. Apabila tiada lagi manusia yang menyebut Allah.. Allah.. maka Allah akan kiamatkan dunia.

Oleh itu kita bukan sahaja perlu memelihara lafaz2 ilmu ini, bahkan kita perlu menjadikannya sebagai amalan di dalam kehidupan harian kita. Ia akan menjadi sumber kejayaan manusia di dunia & akhirat. Suatu masa dahulu manusia telah berusaha atas agama, Allah telah menjadikannya sumber hidayat kepada umat manusia. Apabila kini kita telah meninggalkan usaha atas agama, maka manusia telah terhenti dari hidayat. Apabila ilmu dibawa kepada amalan, maka suasana yang baik akan datang kepada manusia, tetapi apabila ilmu ini tidak diamalkan, maka manusia akan ditimpa berbagai musibah dan kesusahan.

Ilmu ini telah datang kepada umat ini bukan dengan begitu sahaja tetapi pada hari pertama lagi ilmu ini telah datang dengan mujahadah dan susah payah. Hadrat Umar r.a berkata bahawa dia mempelajari surah Al Baqarah selama 1½ tahun. Apabila ditanya kenapa beliau mengambil masa yang lama, maka beliau mengatakan bahawa kami para sahabat apabila satu ayat dipelajari dari Nabi saw, kami tidak mempelajari ayat yang lain sehingga kami dapat mengamalkannya. Para sahabat adalah umpama al Quran yang bergerak. Oleh itu ilmu bukanlah semata2 ilmu tetapi bagaimana manusia dapat beramal dengan ilmu.

Dan apa yang kamu buat ini bukanlah satu perkara yang baru bahkan ia telah datang sejak Nabi SAW lagi. Ilmu yang kamu pelajari hendaklah kamu sampaikan kepada kaum wanita dan mereka akan mengajarkan ilmu ini kepada anak2 di ribaan mereka. Para ulama telah berkata jika Hadrat Aisyah r.ha tidak ada, maka 1/3 dari ilmu agama ini akan hilang. Apabila para sahabat menghadapi sebarang masalah, kadangkala mereka akan rujuk kepada Hadrat Aisyah r.ha.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ilmu yang dipelajari & diamalkan itu perlulah disampaikan. Inilah yang berlaku pada zaman sahabat r.hum. Mereka meyakini ilmu agama, mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu agama. Apabila mereka bangun di atas ketiga2 asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada mereka dan menghancurkan kebatilan diseluruh dunia. Pada hari ini juga kalau kita berjalan di atas tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang sama dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat.

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”


Semoga Allah swt kekalkan institusi agama yang haq..dan semoga sinar ilmu, iman dan amal bersinar di seentero dunia dengan lahirnya alim ulama, hafiz dan hafizah..

Wallahualam...