Isnin, 6 September 2010

Yang ke-21



Pada 5/9 ari tu maka ganjil la sudah umur ku 21 tahun..
maknanya sudah 21 tahun aku hidup di dunia ni.. em berbaki berapa lagi la ye..tak tau la bila.. yang pastinya sentiasa kena lakukan persediaan..

kalau 21 tahun org kata dah layak mengundi huhu.. eh.. hihi..

rsnya cepat sungguh masa berlalu..rupanya dah tua aku ni tapi stil mcm dulu je..hi.. InsyaAllah gunakan umur yang kita ada ni kearah kebaikkan.. gunakan masa,diri dan harta untuk agama Allah swt..

saya juga ingin ucapkan terima kasih pada sahabat2 yang telah berikan ucapan di Facebook.. SMS.. telegram,burung merpati (kalau ada..:-)..)

di cni saya ingin konsgsikan satu mesg yang agak mendalam juga maknanya dari salah seorang sahabat baik sy.. (ku abadikan di dlm entri ni supaya tidak kehilanganya)
(maaf.. nama pengirim mesg di rahsiakan untuk keselmatan dan kepentingan2 peribadi yang tak dapat dielakkan)

"Hari ini adalah special day buat ibumu...flashback 21 tahun yang dulu, ketika itu umur ibu lebih kurang seusia kamu.. pada tarikh yang sama di pertaruhkan nyawanya melahirkankamu, ketika mengandungan kam, acap kali diusap perutnya supaya kamu tidak kekurangan kasih sayang dan dalam solatnya tidak henti2 mendoakan kesejahteraan kamu.. bila berjaya melahirkan, tangan kecil mu dipegang..dahimu di kucup penuh kesyahduan, jari-jemarimu dibilang2..lalu ibu tersenyum kesyukuran sambil mengendong kamu di pangkuannya buat pertama kali.. kini jika diamati wajah ibu,kedutan diwajahnya kian jelas, tapi ibu masih tetap tersenyum.. sedar atau tidak kamu rupanya mewarisi senyuman ibumu- "mak terima kasih kerana pelihara saya hingga saat in, kasih sayang mak tiada galang gantinya"

kesimpulan yg aku dapat buat ialah..
sempena ulang tahun kita yang tak kira la keberapa tahun pun maka berterima kasih lah kepada ibu kita yg telah melahirkan kita.. hargai ibu kita..semua nya rahmat dari Allah swt...
kepada ibu2 sayangi anak2 anda kerana ia adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya yang tercinta..

wallhualam...

Jumaat, 3 September 2010

Kes 1..

Nampaknya bulan 8 takde entri.. haha.. padan muka..
em agak macam2 juga jadinya dlm bulan 8 ni memang takdir dari Allah swt so terima dengan hati yang terbuka... memang ujian btul..
(so skrang nak menulis sambil dgr lagu Satu Cinta.. adeh..)

Kes 1 : (macam kajian kes kegagalan cerun untuk HGF plak huhu)
kes ni berlaku masa akhir bulan 7 kiranya nak masuk bulan 8 dah la.. ingat lagi 16 Syaaban masa tu (15 Syaaban ni banyak jemaah yg dibentuk untuk 40 hari..)
aku ditakdirkan sakit perut.. memang agak sakit jg la pagi tu.. kelas petang teros ponteng walaupun aku tak berapa suka sangat.. disebabkan iman agak lemah terus tawajuh aku pada doctor.. adeh... (macam mana nak buat ni... em mcm la doctor yg bagi sembuh huhu..)sakit.. sihat semuanya dari Allah swt.. (apa2 tq for Mustakim)..
makanya aku di suspect agak2 gastrik.. em.. asbab klinik tu klinik panel usm.. so ubat free.. hi... berlalu hari pertama aku dgn sakit perut yg masih berterusan..

disebabkan hari tu aku ponteng khususi.. maka sahabat2 ku ziarah ke bilik...memang bagi fikir la.. kadang2 bila dlm keadaan suasana yg bercelaru.. fikir kita pun akan lari.. so penting ada seseorg yg sentiasa beri peringatan untuk besarkan Allah swt kpd kita.. (ingat lagi masa keluar di SP.. sama juga sakit perut.. tapi bila dengar taklim tentang sakit ni rs tenang.. memang sakinah la..)

hari ke-2 pagi masih boleh gerak tapi boleh la gerak ckit2.. disababkan kelas geo ada petang tu.. aku nak pg juga.. ye la nanti ketinggalan aku juga rugi.. adoi..lepas abeh kelas geo aku rs semacam je ni.. terus Mus hantar ke P.S disbbkan nurse tu tgk aku teruk sangat aku dikecualikan untuk tunggu giliran (lebih kurang special edition la...).. doc tu pun dah tak tau nak buat apa dah.. terus tulis surat hantar Genaral Hospital.. Emergency Kes tu.. em.. mcm2 juga jadinya.. di takdir pula telefon aku bateri kong.. nak call mak ayah memang tak leh dah... tapi tenang2.. aku rs mcm semua ta'lim2 kelebihan amal yg aku dgr bermain-main dlm ingatan.. (penting ta'lim ni tapi kadang2 aku tertido (selalu juga hi)..)

Pengalaman pertama aku hospital.. mula2 di bilik emergency.. lebih kurang bilik on call.. agak kelam kabut juga bahagian ni.. macam2 pesakit.. disebbkan aku rs sakit aku ni ckit je kot berbanding sahabat2 Nabi dulu.. aku bg je pada org lebih memerlukan.. kesian pak cik tu.. lps abeh mcm agak tenang baru la doc check.. check2 apa lagi.. hantar wad.. mlm ni operate.. peh.. tak leh jln dah masa tu.. apa lagi usung guna wildchair la.. masuk wad tukar uniform hijau.. duduk la aku sorang2 di katil C9/A4.. masa tu asar sampai la maghrib... (masa ni takde siapa2 tahu yg aku kena tahan di wad.. hatta mak sendiri.. hi..) Sambung....