Ahad, 25 April 2010

Kolej Matrikulasi Kedah.....


Masjid Kolej Matrikulasi Kedah... gambar tahun 07/08..

Entri kali ni aku nak cerita kan berkenaan tempat pertama sekali aku kenal usaha agama.. iaitu masjid ni.. iaitu masjid KMK..
ta'lim lepas isyak.. mesyuarat harian lepas ta'lim.. khususi antara maghrib isyak.. yg ni masa batch 07/08.. (terniat nak menulis entri ni sbb jumpa Aiman rakan seusaha masa di KMK dl jumpa masa khuruj di Perlis.;.)

bila aku lihat balik memang bes.. selain tu banyak juga program yg dilakukan kat masjid ni.. terutamanya dari Pusat Islam KMK (aku di bawah lujnah penerbitan diamirkan oleh Fatih).. masa bulan puasa. memang meriah.. bukak puasa sekali.. ceduk lauk bukak puasa... masa tu da iftar perdana.. qiamulail.. masak bubur lambuk.. dan setiapa pagi jumaat akan diadakan gotong-royong masjid..untuk persediaan solat jumaat nanti...

hari jumaat kedah cuti tak de kuliah..
so boleh lepak2 eh... iktikaf kat masjid lm ckit...hihi..pastu ada sarapan... makan dalam talam... hihi.. ustaz belanja....

ingat lagi masa nak dekat exam.. masjid penuh... em bes2 kan bagus setiap bulan ada exam..

mungkin ada rakan2 seusaha kat KMK yg baca entri ni teringat kot.. ada satu kuah kat kafe A dikenali sebagai "Kuah Karkun"... gelaran yg diberi apabila setiap kali nak bukak puasa je (puasa isnin khamis) rakan2 seusaha ni akan beli kuah merah.. haha... kalau takde .. "eh ari ni kuah karkun takde ke"..
dan yang paling diingati adalah masa jour student KMK 07/08 :


Jour KMK 07/08 masa ni Cikgu Yusri pun datang..

dan di sini la tempat pertama yg paling berharga buat diriku mengenali usaha agama.. walaupun pada permulaan aku agak menentang hihi.. hidayat di tangan Allah swt.. (terima kasih Nurezwan dan sahabat2 yg lain) dan rsnya dlm tempoh belajar d KMK ni aku sempat khuruj sekali..lemah nye.. dan pergi mlm markaz kedah di Jitra, Kepala Batas sekali.. naik bas.. masa tu la hati ku mula terpaut..
yg peling seronok bukak puasa sekali.. study group pun sekali bes2...

doa semoga kita semua dapat istikamah.. tambah2 diri ini yg penuh dengan ujian dan dugaan...
(niat kebaikkan dapat lihat kebaikkan.. yg penting niat nak belajar) :-)

kisah dulu kan.. dan sekrang dah sambung belajar di USM nak tahun 3 dah.. huhu.. cepatnya masa.. insyaAllah kuatkan usaha agama untuk bawa kesempurnaan agama dalam diri kita dan seluruh umat, keluarga, rakan2, jiran2 dll..


Mesyuarat harian...(boleh tangakap gambar hihi)

Wallhualam...

Sabtu, 24 April 2010

Sudah besar rupanya...


Masa 2 tahun di rumah tokwan ku di Sg Bakap....
tgk cni 1..2..3.. hi..

Tetiba aku teringat pula cerita masa aku kecik2 dari mak..
em.. sungguh cepat masa berlalu kan.. tgk2 dah 21 tahun..
menurut mak aku..
aku di besarkan oleh tok dan tokwan ku.. setahun jg tinggal bersama di kampung.. suasana di kampung lebih sesuai untuk ku... mungkin sbb tu aku agak rapat dengan tokwan ku.. kalau tokwan ku pergi mengajar kitab kekampung2 di sekitar Sg.Bakap.. aku pun akan dibawa bersama.. tp tak ingat la apa yg tokwan aku mengajarkan... em rugi2...

apabila aku tgk2 balik gambar lama ni rasa seronok plak.. ye la sejarah kan.. tambah2 masa kecik2.. rs bebas je.. tak memilih pun..... semua nak masuk mulut je.. nak pakai baju lama ke, baju baru ke tak kisah... kadang2 tak pakai.. eh malu2..hihi... itu la kan... kanak2 ni ibarat kain putih.. ibu bapa la yg mencorakkan kain tersebut.. samaada corak batik, corak tompok2, takpun corak harimau huhu... ganas... (siapa yang bagi besar dan memelihara kita ??? ..... )

sekrang.. memilih.. nak makan sedap2 la... nak itu la.. ini la.. nak pakai baju smart2 la.. nak tempat tido selesa la.. huh. cerewet.. kan bagus kecik je selalu.. senang... tp.. nak besar jg...

em kehidupan kan. kehidupan seorang bayi atau kanak2 kecil yg bebas dari dikriminasi dunia.. kalau buat salah.. em "takpe budak2 lagi tu"... budak2 baru belajar...

semuanya datang daripada Allah dan kembali pun kepada Allah..
kecik ke besar ke... muda ke tua ke... semuanya akan kembali..
semakin lama kita hidup semakin hampir kita pada saat selepas kehidupan di dunia yg sementara.. so beringat2 sebelum tiba...

mungkin kt anggap kita kecik lagi (dah 21 dah Huszaimi....) hihi.. sihat.. boleh belajar.. boleh cari "pasangan" eh.. tp maut ni tiada isyaratnya.. hanya yang kita akan bawa selepas ni iman dan amal.. so berebut2 la kita mencarinya...

Pujangga bermadah,

Dalam kehidupan ada manis dan pahit,
Setiap perkara dilalui bersama,
Namun iman dan amal menjadi pencatit,
Sebagai penentu alam di sana.

Wallahualam..

Sabtu, 10 April 2010

Sabar dan Usaha...



Salam, entri kali ini berkaitan persediaan exam semoga aku pun dapat amalkan..
pertama sekali bagi diriku ini.. mcm tak bersedia je..
bawah ni artikel berkaitan Sabar dan Usaha.. agak panjang juga..

em.. apabila masuk study week dan minggu exam.. hasil keputusan mesyuarat dgn syura'.. amal ziarah atau gast dan khuruj di tangguh sekejap kerana memberi ruang untuk study.. study sangat penting.. supaya kita tidak bawa imej buruk kepada usaha agama.. semoga kita berjaya di dunia yg kita ceburi dan akhirat yang selama-lamanya.. so kepada semua sahabat-sahabat ku yang disayangi dan dicintai serta dirindui (jiwang jg hihi..) lakukan exam kali ini dengan terbaik dan ikut keputusan yg telah dimesyuaratkan.. gud luck ye..


SABAR DAN USAHA


Oleh : Mohamad Huszaimi b. Husin


Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
( Surah Al-Asr: 1-3)

Semakin hari bahang peperiksaan semakin terasa. Saat-saat ini dirasakan masa begitu pantas berlalu dek sibuk mengulang kaji dan sebagainya. Tika ini jugalah hati kita diuji dengan pelbagai ujian kadangkala membuatkan kita berasa putus asa.

Ujian adalah lumrah kehidupan yang sememangnya tidak dapat melarikan diri daripadanya, terutama sekali manusia biasa seperti kita. Begitu juga sebagai lumrah seorang pelajar atau mahasiswa untuk menempuhi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kita tidak dapat melarikan diri daripadanya tetapi tidak mustahil kita dapat cuba untuk menghadapi dangan kemampuan yang telah kita bekalkan sepanjang satu semester.

Bagaimana kita hendak menghadapinya jika tidak bersedia? Oleh itu gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Masa yang berbaki ini perlu dimanfaatkan, jika tidak akan berlaku sebaliknya. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat diambil

1. Semak bahagian yang sukar, fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapan.

2. Bagi topik yang mudah, banyakkan latihan dengan pantas. Hal ini dapat menambahkan lagi keyakinan pada hari peperikasaan nanti.

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang tebal, hal ini dapat menaikkan perasaan cemas.

4. Jangan terlalu berasa cemas dan bimbang, banyakkan bersabar dan berzikir. Teruskan ulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain itu, masa yang ada harus digunakan dengan menyiapkan diri dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Perkara ini juga banyak membantu dalam memudahkan usaha untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.


Amalkan persiapan fizikal seperti mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat membantu menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran.

Dari segi mental pula, berfkirlah dengan positif dan percaya bahawa kita telah berusaha serta yakin untuk menghadapinya. Fokus kepada diri apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Emosi juga perlu disiapkan untuk “bertempur” di medan peperiksaan nanti. Kawal emosi dan elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang menjejaskan emosi belajar kita.

Setiap hari bermuhasabahlah diri tentang setiap perkara yang telah kita lakukan dan ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya. Hal ini supaya kita sentiasa berada dalam keadaan positif terhadap orang di sekeliling kita. Sentiasa memaafkan orang lain supaya tidak berlaku permusuhan antara kita terutamanya sesama orang Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara. Dekatkan diri kepadaNya dengan amalan-amalan solat sunat dan bacaan al-Quran.

Apabila kita sentiasa mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Oleh itu, kita perlu sentiasa memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta dengan banyakkan zikir serta sentiasa menceritakan kebesaran Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah denganNya dengan sentiasa memanjatkan doa kepadaNya dengan seikhlas hati dan serendah-rendah diri sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Yang Maha Pemurah. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat.

Sebaik-baiknya sebelum memulakan ulangkaji, lakukan solat taubat dan hajat, semoga mudah untuk memahami dan mengingati pelajaran tersebut dan mohon restu dari ibubapa, guru dan pensyarah. Jangan sesekali melukai hati mereka. Setiap perkara yang kita lakukan pada hari ini akan menyelamatkan kita di kemudian hari iaitu hari yang penuh dengan pembalasan hanya yang akan menyelamatkan kita iaitu iman dan amal yang dibina di atas dunia yang sementara ini untuk akhirat yang selama-lamanya.

Maka gunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang pengejar ilmu yang cekal hatinya untuk menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan serta pendirian dan azam yang teguh. Tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seorang penuntut ilmu yang sentiasa patuh dan tunduk kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Jadi, usahlah risau dan gelisah, tetapi bersabarlah dan gunakan masa yang ada dengan usaha menuntut ilmu untuk kejayaan di dunia dan juga akhirat. Selamat Berjaya dalam menjawab peperiksaan.

Wallahualam.


Isnin, 5 April 2010

Karkuzari 1 1/2 hari di Perlis..


Masa di Ijtima' hihi..
senyum selalu...
aku bersama abg azhari...huhu.. kami di khita Pulau Pinang (kenangan di Ijtima' Malaysia tidak boleh dilupakan)

Tajuk kali ini nak ct ckit karkuzari untuk khuruj bulan 3 yg lepas.. (kalau nak yg lebih kena keluar lagi dan lagi)... kesan nya bergantung pada niat.. kalau niat tak baik nmpk je tak baiknya.. tp alhamdulillah semua baik2..


kali ini kami jemaah USM telah ditasykil untuk ke Perlis bersama-sama dengan budak sekolah pada mulanya ingat MRSM Berseri tp Sekolah Vokasional Perlis.. dah sebulan tasykil oleh Prof Omar.. tp cuma yang pergi 6 org je.. sbb kebanyakkan dah keluar dah.. aku ingat aku dah terlepas peluang nak pg sana.. sbb jemaah dari Penang dah bertolak selepas malam markaz Masjid Benggali..dari USM yang pg Abg Wan dan Abg Fitri.. tp tetiba Prof Omar bg tawaran pula untuk ke pergi Perlis dgn anaknya Ustaz Taha pada esoknya.. apa lg alhamdulillah la..

pada esk nya aku, abg fairuz, abg azizi dan zahari brtolak ke Perlis dgn Ustaz Taha.. ustaz muda ni baru 24 tahun terkejut jg..byk bahasa beliau kuasai arab,urdu,inggeris dan tak lupa jg bhasa jawa hihi.. (tp kejadian paling bes hanya yg ada dalam keta je memgetahui...tiba2 tape radio di masukkan...huhu...layan..mungkin aku perlu belajar bahasa kelantan...) mungkin kete ni agak laju jg Merc Merah tu.. tekan 140 pun tak rs.. hihi..

kami sampai di Masjid Batu Air kot (dkt2 dgn Taman Ular Perlis) pada pukul 9 lebih juga..sampai je aku terpandang 1 baner "Jom ke Masjid : Membina Akhlak Soleh dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perlis" hihi.. wah ini program sekolah ini.. Jumlah student sekolah yg pergi 197 orang.. masa kami sampai diorg semua tgh buat abad makan.. student telah dibahagi kepada halaqah2 kecil untuk mudah diconduct..
masjid tu agak luas jg.. ta'lim, iktikaf, bayan smua di buat dlm ruang solat.. dan taam dibuat di anjung masjid. amir sub untuk masa keluar ni adalah abg ibrahim.. selain jemaah usm ada juga jemaah dari UNIMAP, UUM dan UiTM..

Hari pertama :
setelah taam semua org tanggungjawb telah mesyuarat untuk jemaah khidmat sekuriti mlm.. (teringat sentri masa kem lepas.).. selepas itu kami telah dipecahkan ambil tanggungjwab setiap halaqah student untuk abad tidur..pada mlm pertama ni memang hidayat terutama sekali sekuriti.. abg azizi salah sorang nye.. peh penat nak jg budak sekolah ni..sekjap lari sana.. lari cni.. tp alhamdulillah semua telah tidur pukul 1 lebih hihi.. lewat ni (aku dah tidur dah masa ni)..

Hari kedua :
seperti biasa.. bayan subuh.. ta'lim..halaqah quran.. semuanya dikonduct oleh kami dan beberapa cikgu dan org awam.. byk belajar.. bagaiman cara nak rapat dengan budak sekolah.. dll.. masa rehat2 berkenal la jg dgn budak2 ni.. ada juga yg nakal hihi.. biasa la tu.. aku dl pun mcm tu.... byk jg budak2 ni tanya aku.. mcm2.. pasai muzik rock la.. black metal la.. dye rambut la.. hi.. tp alhamdulillah yg penting jwpan perlu berhikmah.. (perlu banyak muzakara)

apa yg penting kita bawa fikir bagaimana kita nak bawa agama sepanjang kehidupan kita dan juga kehidupan org disekeliling kita keluarga,jiran, kawan2... kejayaan manusia hanya dalam agama sejauhmana kita taat pada perintah Allah dan ikut cara yg Rasulullah saw tunjukkan..
seorang daie perlu melahirkan daie yg lain dan perlu sediakan daie yg lain juga... mungkin ini lah yg dikatakan perniagaan yg tiada ruginya.. hasilnya kita peroleh di akhirat kelak... Mengajak kebaikkan dan cegah kemungkaran.. semua umat Nabi SAW adalah daie...

lepas asar ada targhib kepada pelajar2 u oleh abg ibrahim dan aku diajak oleh sahabat lama ku di KMK dl (Aiman Uda) pergi ke UNIMAP untuk ziarah2.. di sana aku berpeluang ziarah student luar negara..untuk khuruj sekali.. menarik.. UNImap dan USM jauh jg bezanya..
bayan maghrib di sampaikan oleh D. Nazri.. pegh.. bayan yg menarik.. terpikat aku.. pastu tiba2 hihi... ada org akad nikah.. huhu.. (bila ye...?? ingat nak tgk... timba pengalaman kan.. tp masa tu time makan2) tak elok kacau org nnti ada darah gemuruh susah huhu..

mlm ni semua kepenatan... semua tido awal hihi..

Hari ketiga :
macam biasa bayan subuh, ta'lim, halaqah quran.. kali ni aku ditugaskan untuk konduct baca ta'lim.. selepas tu ada bayan sedikit dari cikgu (mungkin pegawai pendidikan kot tak kenal..) lepas tu kami semua ditugaskan untuk kemas2 dan bersihkan masjid.. peh best.. banyak budak2 ni dapat ganjaran bersihkan rumah Allah swt.. ada juga aku tnya bbrapa budak sekolah berkenaan pendapt mereka masa keluar ni.. ada yg kata "saya tak mau balik.." byk belajar, tajwid.. nak keluar lg.. (yep memang nikmat keluar ni).. "sebelum ni sy ingat keluar ni buat apa la.. tp memang byk faedah abg".. mkn sedap2 abg..hihi..
pastu byn tangguh oleh Prof Omar.. tp masa tu aku dah balik.. semoga kita berjumpa lagi.. bertemu dan berpisah kerana Allah kan...

"program" yang lebih daripada program.. ini bukan program tetapi adalah kerja... kerja umat nabi SAW..

Wallhualam...