Jumaat, 14 Disember 2012

~Serangan Aqidah, Masjid Benggali dan Bola~


Serangan Aqidah :
Alhamdulillah, Allah swt beri kesempatan aku untuk ke majlis ilmu yg diadakan d USM Rabu malam lepas..yang membincangkan tentang Serangan Aqidah.. ada 2 ahli panel yg mengupas, membelah berkenaan isu ini... just kongsi apa yg aku dpt....

Panel 1 : Maksud aqidah iaitu simpulan, ikatan iaitu berkaitan tauhid
.. Di Malaysia jelas yg lari dari aqidah ASWJ adalah sesat seperti fahaman dad pin baju, arqam, qadiani (rasanya subjek Pendidikan Islam form 4/5 ada ajar ajaran sesat ni..) dan tuan sheikh lebih fokus kepada aktiviti syiah d Kedah yg sekrang telah masuk ke sek2 harian yang aku tak boleh terima mereka ini sanggup hina sahabat2..
Panel 2 : Sebenarnya masalah yg berlaku ni atas kesalahan diri kita sebab kita ada penyakit AIDS = Angkuh, Iri hati, Dengki dan Sombong...hal ini di atasi dengan kembali merujuk quran dan hadith serta mendampingi quran setiap masa sebagai rujukan sebelum membaca teori omputih..kenal Allah dan tahu tentang diri ini...seterusnya berkenaan isu Sekularisme (asingkan kehidupan ini dgn agama), Pluralisme (samakan semua agama) dan Liberalisme (agama ini perlu ikut logik akal dan peredaran zaman)... perkara ini sebenarnya secara tidak sedar kita telah melakukannya... dan bukan di sampaikan oleh org awam tetapi melalui skolar (ilmuan) islam sendiri.... :-( . Fact = Golongan yg banyak terpengaruh tentang perkara ni adalah golongan terpelajar dan dari Wanita yang paling ramai.... (if wrong please correct me)

Masjid Benggali dan Bola :
Semalam ada majlis bayan (penyampaian) di sini yg disampaikan oleh salah seorang jemaah Madras, India (bila sebut India ni teringat sejarah kedatangan Islam ke tanah Melayu ni antaranya dari tempat ini...) sarat dengan cerita iman, amal dan perjuangan Rasulullah saw dan kisah2 sahabat yang meningkatkan jasbah (semangat) untuk korban pada agama.. so kena korban tengok bola la...hihi...(nmpknya jemaah Thailand takda d cni :-)) dan alhamdulillah jumpa sahabat baru di sini dari Syria, Palestin dan Somalia.. mereka adalah student USM..

p/s : Tentang perkara pertama kalau orang hina aku contohnya tak ikut peredaran zaman, jumud, tak da ilmu, cetek pengetahuan, pengotor, tinggal keluarga anak isteri, ajak org solat saja..., ajak org buat baik ja....boleh lagi aku terima sbb memang kelemahan aku... tapi kalau org hina dan kutuk SAHABAT rhum ajmain memang aku bagi penampar, sekeh kepala tu dah.... baru2 ni ada sahabat aku khuruj (keluar jemaah) selama 40 hari d Kedah dia bagi laporan salah sebuah kawasan iaitu d P****** memang banyak yg telah menyertai syiah lebih kurang 2k orang.. Abg Mat Nor ada tanya ustaz tempatan.. apa yg boleh buat sekarang? Memang tak boleh nak buat apa.. no idea... just bagi penjelasan ja la.. kena doa banyak2..tingkatkan usaha...Perkara kedua pula ialah kita kena banyakan buat pengorbanan untuk agama dengan harta sendiri, diri, perasaan sendiri dan masa diberi ini untuk agama Allah swt.. seperti sahabat2 dulu bagaimana mereka korban segala-galanya untuk agama ini dan hari ni aku dan kita dapat kecapi nikmat agama Allah swt... kuatkan usaha dakwah dengan menghidupkan masjid2 dgn amal masjid nabawi.. maka jadikan dakwah sebagai maksud hidup ini.. kerana adanya dakwah ada agama maka hapuslah dan hancur perkara yg menjadi kebatilan dan musuh Islam.. seperti mana kejahilan dihapuskan dengan keimanan... zulumat dihapuskan dengan cahaya....

Khamis, 9 Februari 2012

Hampir Tiba..!

Bacaan di waktu minum petang sambil2 menghirup cai panas hihihi...

..................................

Saya terpaksa menaip bukan kerana kehendak jemaah tapi kerana saya hendak memberitahu bahawa masanya hampir tiba...

seumpama tuan melihat kapal terbang yang tinggi diawan bergerak perlahan, hakikatnya kapal terbang tersebut mungkin berkelajuan 500km/j.

begitu juga dengan mereka yang berada diluar jemaah, mereka melihat pergerakkan jemaah ini perlahan... hakikatnya... jemaah ini sudah hendak sampai ke destinasi terakhirnya, jemaah sedang bergarak laju, sangat laju berbanding dengan tahun-tahun sebelum, seluruh dunia.

sebelum terjadinya perperangan akhir zaman, sebelum terjadinya kebangkitan Islam, rabai yahudi memberi "benchmark" kepada umat ini, umat islam hanya akan bangkit sekiranya solat subuhnya sama dengan solat jumaat. - Tuan, perkara ini telah pun terjadi di suatu kawasan asbab dari usaha dakwah ini menandakan dekatnya saat kebangkitan umat islam.

Tuan-tuan, tuan-tuan mempunyai semangat yang tinggi dalam Islam, tapi agak sayang sekiranya jemaah kami sudah bergerak hampir dengan Jurusalem, tapi tuan-tuan masih di hadapan komputer lantaran tidak mengetahui apa yang terjadi.

Tuan-tuan, seperti yang tuan ketahui, jemaah ini tidak menggunakan media sebagai medium perhubungan, sebaliknya menggunakan masjid, dari sini semua maklumat2 akan di pindahkan. Datanglah ke masjid-masjid, dan duduklah dalam mesyuarat.

Tuan-tuan, kini setiap tahun syura dunia dihantar membuat haji. Ini biasa bagi orang awam, hakikatnya ada seseorang yang akan menzahirkan dirinya dihadapan Kaabah pada saat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka syura akan memujuknya menjadi Amer kepada jemaah ini. Seperti yang kita sedia maklum, beliau akan menolaknya kerana berasa tidak layak.

Tuan-tuan, sekiranya beliau menerima, "automatinya" beliau mempunyai tentera lebih ramai dari mana-mana negara dalam dunia, tentera-tentera yang telah pun berlatih sejak zaman Maulana Ilyaas (rah) 1924, dianggarkan lebih dari 5,000,000 (5 juta)... angka ini dianggarkan mengikut jumlah kehadiran istimaq di bhopal yang mencecah 2,000,000 orang, di malaysia sahaja mencecah 200,000, akan tetapi jangan salah faham keseluruhan ini adalah tentera-tenteranya. Ianyanya akan ditapis lagi, mereka-mereka yang pernah keluar setahun, 4 bulan, 40hari, 3 hari.

Jadi jumlahnya akan mengecil tetapi kualiti yang lebih baik. Hanya dan jika hanya 1% sahaja dari jumlah keseluruahan yang betul-betul menjaga 5 amal masjid, 5 waktu berjemaah, menjagai solat tahajud, maka jumlah yang terkumpul melebihi jumlah tentera Sultan Mahmud Al-fateh yang berjaya menawan Sepanyol 500 tahun yang lampau. (250,000 tentera)

Tuan-tuan yang dikasihi, Tuan-tuan selalu bertanya kepadda kami bila kami akan mengankat senjata melawan yahudi di Israel, kami tidak salahkan tuan-tuan, kerana dikalangan sahabat juga ada yang bersemangat seperti tuan-tuan semasa hendak menakluki Mekah, akan tetapi dengan bijaksana dapat disabarkan dengan Rasullah SAW. Tuan-tuan, sebaik sahaja kami mempunyai Hadratji (Amer) ke-4 yang telah dinantikan sejak 1995, maka impian tuan-tuan akan tercapai, persoalannya adakah tuan telah berlatih bersusah payah meninggalkan isteri-isteri dan anak-anak tuan?

Tuan-tuan, inilah satu-satunya jemaah dalam dunia yang tuan-tuan tidak boleh masuk tetapi boleh keluar. Akan tetapi ada syaratnya, tuan-tuan hendaklah mempunyai sifat wajib "memuliakan orang-orang islam yang lain dan tidak boleh bersangka buruk sesama orang lain", sekiranya tuan-tuan tidak mempunyai sifat ini, nescaya sekiranya tuan sudah keluar 4 bulan sekali pun tuan tidak akan "dipilih" untuk keluar lagi dan lagi. Usaha tuan-tuan dalam ini hanya sekadar pengetahuan. Ingat DUA syarat atas sahaja menyebabkan ramai sekali umat islam tidak dapat keluar berdakwah sebab mana mungkin pendakwah mempunyai sifat-sifat diatas. Jadi jangan cepat melatah sekiranya tuan-tuan fikir tuan-tuan yang menolak jemaah ini, mungkin usaha ini yang menolak tuan-tuan.

Tuan-tuan, ramai dari tuan yang mendengar usaha ini ialah usaha pilihan. Iya, lihat aja, berapa ramai yang mengetahui kebenaran usaha ini tetapi tidak mahu mengambilnya lantaran hanya kerana takutkan isteri, tidak sanggup bersusah payah, takutkan kawan-kawan, takutkan tomahan, takutkan kehilangan keuntungan, dan lihat berapa kerat sahaja dari jumlah yang besar sanggup mengambil kerja ini. Bukankah mereka ini terpilih walaupun tidak mempunyai cukup ilmu, wang, masa dan sebagainya?

Tuan-tuan, tanda-tanda pengakhiran jemaah ini sudah ada, tahun 2012 sahaja 13 istimaq akan diadakan di Malaysia. Setiap nama-nama mereka-mereka yang pernah keluar akan dikumpulkan, usaha secara drastik akan dibuat untuk mengumpulkan mereka semula dalam istimaq. Diberi latihan sekali lagi. Oh latihan apa? latihan yang yakin bahawa Allah maha kuasa mahkluk tiada kuasa. Yakin bukan senjata bagi kemenangan yang bagi kemenangan ialah Allah, lagi dan lagi sehingga terpahat di dalam hati.

Tuan-tuan, tentu sahaja tuan-tuan memperlekehkan jemaah ini atas kebolehan untuk pergi berperang, tak mengapa, itulah hikmahnya, ROM dan PARSI pernah aja berfikiran seperti tuan-tuan, mereka melihat orang-orang Saracen yang tidak bertamadun, babarian dan sebagainya. Mereka langsung tidak menjangka orang-orang Islam dari tanah Arab ini mampu mengalahkan mereka, empayar yang mempunyai teknologi ketenteraan 500 -1000 tahun. Disaat tuan-tuan melihat kehadapan, jemaah ini diajar lihat kebelakang, lihat sahabat-sahabat dalam perang terdahulu, bagaimana mereka diajar jangan yakin terhadap jumlah tentera dan senjata. Lihat Badar, lihat Uhud. Ini semua sejarah.

Tuan-tuan, sekiranya tuan-tuan berjemaah di masjid, maka tuan-tuan bakal menyaksikan kehilangan jemaah tabligh dalam masjid tuan, sekiranya ini terjadi, maka ingatlah bahawa perkara-perkara yang tuan-tuan telah tahu telahpun berlaku. Mungkin ada orang berkata, bagaimana jika apa yang saya katakan ini tidak benar atau salah. Iya, saya dan kami tidak akan rugi apa-apa, usaha kami tetap berjalan sehingga Hadratji ke-4 muncul, kami masih "berlatih", kami masih keluar, kami biasakan diri kami buat pengorbanan, kami biasakan isteri dan anak-anak kami untuk ditinggalkan sementara. Kami latih isteri dan anak-anak kami untuk berdikari sekiranya kami syahid di medan perang, iya, kami berlatih. kami tidak menunggu sahaja. Akan tetapi apa yang berlaku, amat malang pada tuan-tuan yang bersemangat Islam ini tidak dapat bersama kami sekiranya ia benar-benar berlaku.

Tuan-tuan, umumnya ahli jemaah amat jarang atau hampir tiada membincangkan topik-topik seperti ini lantaran ditakuti mereka keluar tabligh tidak ikhlas kerana Allah SWT sebaliknya takut akan hari-hari kemusnahan, jika tidak berlaku, maka mereka akan berpatah balik ke tabiat asal. Tapi sejauh mana hendak mampu ditutup dan dinafikan jika tuan-tuan sudah nampak petanda-petanda yang berturutan, langit sudah semakin gelap, mampukah kita menafikan hujan masih lambat lagi turun?

Tuan-tuan, Amer Pakistan, Haji Bai Wahab sedang sakit sehingga beliau di ziarahi oleh Maulana Saad baru-baru ini. Haji Bai Wahab hidup sezaman dengan 3 Hadratji sebelumnya dan saya yakin beliau akan sempat melihat Hadratji ke-4, Tuan-tuan, saya tidak meminta Tuan-tuan meyimpan beras, tidak meminta tuan-tuan meyimpan makanan, membina tempat perlindungan untuk hari tersebut, tetapi berdoalah agar tuan-tuan berada dalam jemaah yang di sukai Allah SWT, jemaah yang jalannya hampir dengan Sahabat RA, jemaah yang disukai oleh Rasullah SAW, berdoalah, teruskan berdoa, semoga Allah SWT mengkabulkan doa tuan-tuan, Ameen.

------------------

penulis asal saya x tahu.. yang tahu kita buat ja usaha sehingga Allah swt pilih..

kalau tak sempat pun semoga Allah pilih akhir kalam LAILAHAILLAH......

Rabu, 7 September 2011

Valo.... Syawal sudah berlalu..

Alhamdulillah syukur nikmat atas apa yang telah Allah swt beri kepada kita. Jika kita syukur kepada Allah pasti Allah swt akan tambahkan nikmatNya.. Maka oleh itu nikmat iman dan islam patut lagi kita syukuri kerna untuk sujud padaNya juga memerlukan taufiq dan hidayat dari Allah swt..

Kita walaupun dari Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Amerika, Australia atau Eropah jika ada kalimah lailahaillallah dalam diri ini maka kita adalah musalman bai-bai.. kerna persaudaraan kita tak terbatas pada sempadan negara, warna kulit, keturunan, bahasa, budaya dan sebagainya.

>>>>>>>>hanya catatan peribadi<<<<<<<<<

Orang kata jika kita nak timbulkan rasa syukur.. kita nak kena lihat org yg lebih susah dari kita..

apa2 pun... Valo Achen..?. :-) setelah sekian lama tak menaip.. ingat dah tak mahu tulis dah.. tapi.. apa2 pun kesimpulannya korang patut keluar 4 bulan IPB kepada semua lelaki sama ada belum khawin atau yg sudah..jika wanita pergilah bersama-sama mahram anda dan bentuk jemaah masturat..

Nampaknya syawal (org kata raya sebulan huhu...) telah berlalu sekarang sudah masuk bulan zulkaedah..cepat sungguh masa berlalu..
Pengalaman Raya Eid tahun ni sangat berbeza dari raya aku tahun2 yang lepas... gambar peta dan raya eid tahun ni sangat berkaitan bagi aku.. mana tidaknya..kali pertama raya di perantauan di tanah Hind ***Bangladesh...*** em.. beza? sangat berbeza dari segi makanan dan kemeriahan.. walaupun kemeriahan tetap meriah dengan cara yang tersendiri...

Malam raya tu aku di tempat tasykil sekitar area Dhaka iaitu Masjid Katalbagan.. masjid ni 5 tingkat.. terletak di kawasan market... Malam tu jalan penuh sesak dan ramai yang membeli bahan2 kelengkapan untuk sambut raya esok sama juga mcm Malaysia. Bangladesh raya sehari lewat dari Malaysia.. Jika di Malaysia lepas maghrib dan isya' hingga solat raya pasti berkumandang takbir raya yang mendayu-dayu sehingga menusuk ke kalbu.. cuma di sini hanya pada masa khutbah sahaja ada takbir..

Raya masa keluar ni seronok walaupun malam raya kita tetap dapat jaga amal.. majlis solat raya bermula lebih kurang 0730 pagi.. bayan@Tazkirah berkenaan Raya Eid dalam bahasa bangla oleh imam masjid hingga 0815 pg lepas tu bermula solat raya... di sana yg solat jemaah di masjid hanya org lelaki sahaja.. jemaah yang hadir penuh hingga ke tingkat 5 itu pun masih ada yang menunggu untuk solat raya yang kedua. lepas solat maka khutbah di sampaikan dalam bahasa arab oleh imam. selesai ja khutbah maka majlis salam2.. di sini salam siap peluk2 lagi.. terasa juga mohabbatnya..

setelah itu, kami satu jemaah pek "senjata dan kelengkapan (bukan kain kapan)" cepat2 nak balik ke Masjid Kakrail sebelum pkl 10.. sebab lepas pkl 10 ja.. nnti akan berlaku kesesakan yang luar biasa tambah2 raya.. kami tunggu kenderaan akhirnya ada kenderaan.. ingat nak tahan raishaw ja tapi Allah swt hantar oto (lalat hijau :-) )...

Akhirnya kami sampai di masjid kakrail walaupun semasa nak sampai tu agak sesak juga..
tiba ja sana jumpa saudara2 dari Malaysia.. ramai juga.. banyak student2.. segak berpakaian berjubah putih,kurta semuanya..memang smart.. tambah dengan serban hitam 12 hasta dan serban putih pehh... lepas tu org tanggungjawab markas ajak ziarah rumah orang2 lama masjid kakrail yg brada di sekitar dhaka.. Kami yang belum makan lagi ni on ja.. setelah lebih kurang 20 minit dengan menaikki kereta.. kami pun sampai rumah seorang org lama dalam usaha dan seorang doktor perubatan yang belajar di Jepun.

Tiba ja di sana ada sudah ada jemaah Malaysia yg dah tiba awal bersama jemaah dari Kayzakhstan. Setelah usai, giliran kami pula untuk menjamu selesa bersama dengan jemaah dari Pakistan.. hidangan nya nasi briyani bersama ayam masala.. pastu nampk bihun goreng..rupa-rupanya manisan.. dan seperti biasa makanan kegemaran susu masam ala2 yogurt pun ada sebagai pencuci mulut..Selesai semua kami pun balik ke Kakrail dan singgah di sebuah Hospital ziarah ada seorang jemaah Sudah yang kemalangan..gembira dia dengan kedatangan kami ke situ...sampai di masjid kakrail dan ikuti program markaz seperti biasa.. Tempat iktikaf penuh...yang ada kosong di tingkat 3 iaitu tempat jemaah arab.. Ramai betul org2 arab kat cni antaranya dari Mesir, Tunisia, Jordan, Nigeria, Sudan, Somalia dll..
Semoga Raya Eid ni bermakna sepanjang hidupku..


Rabu, 20 April 2011

Sebut betul-betul...

"Insya-Allah tuan2"

Tadi tertengok video kat fb di profile salah seorang kawan ni.. agak menarik juga..
teguran yang membina dari salah seorang ustaz yang agak terkenal juga la.. iaitu supaya sebutan insya-Allah tu betul2 bahasa arab nya.. hihi.. ini sekali datang slang India la..
ok ja.. (kadang2 aku pun terikut2 juga..kui2.. kena dengar lagu Maher Zain ja lepas ni..)

dan mungkin ada jemaah yang keluar di masjid ustaz berkenaan bertugas.. sekali tertasykil ustaz tu pegi masjid la.. mau tak hot.. dah tak de penunjuk jalan..door to door jawabnya (ok..pertama sekali mahu khususi orang yang berkepentingan di kampung atau kawasan tersebut rumah imam..ketua kampung..ajk2 masjid.. ustaz2..)..

Pengisian video berkenaan berkaitan bagaimana mahu ajak anak2 muda datang dan terpaut pada masjid..ada beberapa perkara ustaz tersebut cadangankan..menarik..

Oleh itu..perlu kuatkan amal2 tempatan.. di surau marhalah USM Desa Tekun ni untuk semester 2 2010/2011 (dah abeh dah).. Ziarah umumi : Ahad lepas magrib.. 2 1/2jam (magrib isya: ziarah bilik ke bilik..) : setiap hari.. Ziarah umumi 2 : di surau Bakti... dan khuruj 1 1/2 hari setiap bulan.. em.. bukan senang mahu ajak perlu banyak bagi masa... tambah2 org lemah mcm aku ni lagi la.. untuk sidang depan mesyuarat lain.. maka cuti ni pun kena buat usaha juga di masjid kat kampung dan kawasan perumahan masing2.. apa2 pun lepas abeh exam mahu keluar 40 hari, 4 bulan dulu belajar2 untuk hidupkan amal di masjid@surau masing2..

~teringat dulu keluar 2minggu bulan 12 masa cuti sem.. buat usaha fokus pada anak2 muda di kampung yang kami keluar.. sbb kami kebanyakkan student2..muda lagi bernasib juga buat hubungan anak2 muda di kampung untuk hidupkan amal masjid..(dah cite pd entri lepas) mahu banyak korban lagi dan lagi...

Ya Allah maafkan hamba2mu yang lemah ni..~~~
p/s : Skrang ada jemaah dari Ireland di cni selama 2 minggu...

Ahad, 27 Mac 2011

Jangan Nodai Makna Jihad

Jika dilihat pada zaman ini, jihad telah disalah ertikan oleh umat islam sendiri. Jihad fisabilillah adalah puncak ajaran islam. Sehingga umat islam yang melaksanakannya akan mendapat kesempurnaan dan kejayaan kehidupan dan jua syurga Allah di akhirat kelak.

Malangnya sekarang jihad telah dikotori dengan pemahaman yang salah iaitu apabila dikatakan jihad yang dibayangkan adalah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini,serangan berani mati, sabotaj dan keganasan yang lain sehingga meragut nyawa. Hal ini sepert menunjukkan bahawa jihad ini seperti mempertahankan agama atau diri sehingga terjadinya kejadian pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi.Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut cara mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang,” maka orang terus faham.

Seterusnya apa pula hubung kait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu kalimah tauhid: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”


Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.
Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? Di sini kita ambil yang utama sahaja iaitu iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (hakikat atau tasawuf). Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar. “Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”


Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi iman, Islam dan ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakan pakej iman. Di situ ada keyakinan dan sebagainya. Apabila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Allah seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, muhammadur rasulullah”. Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari iman, Islam dan ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata: “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli iman, Islam dan ihsan!”

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhid dan mematuhi perintah) Allah swt dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata “Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam (yang benar-benar berserah kepada Allah swt.” (al-Fussilat : 33)