Jumaat, 20 Mac 2009

Tengok Keburukan Orang..?

Tengok keburukan.. ~InsyaAllah belajar-belajar tulis~

Ada kah kita perlu untuk melihat keburukan orang jika .?

Kita sebagai manusia biasa tiada hak nak melabel orang dia ni tak betul la, ahli neraka la, kafir la dan sebagainya namun apa-apa yang kita boleh buat ialah fikir bagaimana umat Nabi Muhammad SAW dapat masuk syurga Allah swt. Umat ini adalah merujuk kepada seluruh umat manusia. Hidayah milik Allah.

Oleh itu, kita bukan hanya fikir sahaja namun tindakan perlu dilakukan dengan berdakwah ikut cara Nabi Muhammad saw dan sahabat ra.

Tidak perlu kita nak menuding jari kepada sesiapa, tanya diri kita apa yg kita dah buat untuk agama Allah? adakah korban harta masa kerana Allah atau untuk kepentingan tertentu (persatuan, parti,kaum, kumpulan dll) ?

tindakan dakwah perlu dilakukan walau diri belum sempurna tanggungjawab semua bukan hnaya untuk golongan tertentu (ustaz, ulamak dll) . islam adalah milik semua manusia tanggungjawab kita orang islam untuk sebarkan yg mn jauh dgn Allah ajak supaya dekat pd agama jgn memaksa ~hidayah milik Allah~..

walaupun pelbagai cara kita boleh lakukan tetapi cara Rasulullah saw adalah yg terbaik.
Dakwah ini bukan kita nak tgk dan cerita keburukan orang tetapi adalah untuk diri kita.. siapa kita nak crita keburukan org. ? hatta mat rempit pun suatu hr nnti boleh berubah kebaikkan ~insyaAllah doa~

KEFAHAMAN TERHADAP AGAMA PERLU BUKAN SETAKAT PENGETAHUAN AGAMA SEMATA-MATA..

InsyaAllah........ mengajak kebaikkan mencegah keburukan..

belajar-belajar tulis untuk diri yg masih kurang berkorban untuk Mu ya Allah.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyarat agung tahunan ( AGM)

Skrang ni dah 2 persatuan sy sertai AGM... tinggal 1 lagi...

1. AGM PMIUSM.
-menarik walaupun ramai ahli yg tak hadir terutamanya muslimin ( lelaki), sy dilantik untuk ajk hadiah ~mgkin sbb tu sy dtg he~
Alhamdulillah sekurang-kurangnya tahu juga selok belok AGM ni dan memberi pendedahan awal kepada sy.. Perlantikan MT bagus jg.. semua shbat2 sy cuma SU je yg sy belum kenal.
bagus la semoga diharap mt yg dilantik menerajui PMI 09/10 nnti bakal membawa perubhn terutamanya kepada msyrakat kampus USM..

2.AGM PIPUSM
-AGM ni persatuan skol sy.. em.. jumlah kedatangan agak mengecewakan jg.. pd mulanya yg hadir semua exco-exco.. ahli nya tiada pun em.. takpe sbr jg.. pastu baru dtg beberapa org pastu br la dimulakan mjlis.. em lambat la jg mulanya. hbs pun lambat... mgkin salah satu faktor tempat yg dimesyuaratkan jauh dari desa pelajar kot... em takpe la.. akhirnya MT2 telah dilantik dengan jayanya.. dan pengharap yg tinggi pun diletakkan kpd MT2 PIP 09/10 semoga berjaya.

3. AGM KLKMUSM
- AGM ni belum ada lg...

Isnin, 9 Mac 2009

Pendusta Dalam Cinta..!!!


Dusta
Dalam
Bercinta


Barang siapa mengaku
4 Perkara tanpa disertai
dengan 4 perkara yang lain
maka dia
Adalah PENDUSTA. ..

Barang siapa mengaku CINTA SYURGA
Tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah PENDUSTA.

Barang siapa menagku CINTAKAN MUHAMMAD tetapi tidak cinta pada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah PENDUSTA.

Barang siapa mengaku TAKUTKAN NERAKA
Tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah PENDUSTA.

Barangsiapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah PENDUSTA.

Kacang Lupakan Kulit..?

Assalamulaikum.. em.. kcang lupakan kulit.. seperti pepaatah melayu "Jangan Jadi Seperti Kcang Lupakan Kulit.."


Selalunya apabila sesorang itu mendapat apa yang dikehendaki pasti dia lupa mcm mn pada asalnya dia perolehi... tak kiralah dalam perkara kebaikkan atau keburukan...


Ad sesetengah orng mengganggap dirinya serba tahu.. selepas dia dapat apa yg dicari-cari dalam dirinya.. dia pun lupa mCm mn dia boleh dapat.. mungkin disebabkan dia melihat sesuatu perkara itu tidak sempurna dia pun tolak atau tak terima...


namun pada hakikatnya yang "tidak sempurna" itu yang telah mengubah dirinya sebelum ini..


oleh itu jangan la kita jadi seperti kacng lupakn kulit.. walaupun "kulit" itu tidak sempuna namun sumbanggannya kearah kebaikkan kepada "kacang" jgn ditinggalkan dan dilupakan..
sesuatu kejayaan pasti ad puncanya.. apabila kita tinggal puncanya.. pasti kita akan lemah.. sedar sahabat2..
~JANGAN LUPA ASAL KEJAYAAN MU...~

Sangka Baik...

tajuk kali ialah sangka baik.. knp ya.. ringkas je...


dalam dunia ni kalau nak bahagia sangka baik ja dgn semua org.. pasti hati kita senang.. namun sejauh mana kita dapat mempraktikkannya...


sifat manusia, suka tengok keburukan pada hal dirinya pun sama juga ntah lagi teruk..

jgn asyk nak salahkan orang cermin diri tu dulu dah sempurna sangat ke..?

em.. dengan sifat ini lahirlah riuk, takbur dll sebb diri anggap sempurna.. dia je yang tau semua orang lain tak tau.. ye la siapa la kita ilmu pun kurang berbanding dengan dia.. nak cakap pun tak tau...


mcm ni ke sifat Islam.. Sahabat2 sedar lah di dunia ini kita tak ada apa2 pun.. nak bangga apnya.. kalau dikurnia kebijaksanaan itu Allah yg bagi..

jgn sombong.. bagi Salam... jawab salam.. em..


Lama tak ketemu.. sibuk sepanjang jalan..


Assalamulaikum.. lama tak tulis blog.. em ari ni 12 Rabiulawal 1430.. em.. Hari Maulidurrasul..


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan selawat salam untuk junjungan Rasulullah SAW... em walaupun kita bergembira menyambut Maulidurrasul namun sejauh mn kita memikirkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan islam di atas muka bumi ini walau ditentang dan diperangi dengan hebat...


Untuk rasainya perlu kita korbankan harta dan masa untk keseronokkan yg sementara kepada jalan Allah yg diredhai...


wahai sahabat agama ini datang dengan susah payah... oleh itu dengn susah payah juga untuk kita memahami Islam ini... walaupun cbuk dengan belajar atau bekerja namun usaha dakwah perlu dijalankan.. tidak kira sesiapa pun doktor ke, tukang sapu ke, student ke, pensyarah ke, miskin ke, kaya ke adalah perlu untuk usaha atas iman..
InsyaAllah apa yg ditulis ini adlah untuk diri yg hina ini.. doa supaya berjaya di dunia dan akhirat yg selama-lama, lama, lama, lama, lamanya...