Assalamulaikum dan selamat datang.. ....Kejayaan Hanya Dalam Agama Sejauh Mana Kita Taat Pada Perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah saw...
Jumaat, 11 Disember 2009
Antara 2 marhalah
eh macam tajuk drama plak he..
skrang aku telah berpindah ke marhalah (lebih kurang macam tempat) baru.. dulu marhalah masjid batu uban sekarang marhalah surau kampung melayu.. kedua-dua nya marhalah syura' Penang.. kalau aku balik Manjung,Perak marhalah aku di Surau Taman Samudera..
tp aku jarang balik rumah banyak masa aku di habiskan di hostel jadi marhalah aku ialah Desasiswa Tekun USM.. selagi bumi di pijak usaha perlu di jalankan.. takkan kat hostel je buat usaha.. masa cuti masa di rumah pun kn buat jg.. pengorbanan tu penting.. semoga istikamah dengan kerja agama ini.. kalau tak khuruj (keluar) amal makami perlu dilakukan..
betul la sebagai seorang da'i ni tiada rehat bagi mu.. (tapi aku ni asyik nak rileks je).. takaza2 (keperluan) agama bayk di hadapan tp byk yg aku tak sempurnakan.. bila di tasykil (ajak) rasa lemahnya.. aduhai.. Jangan letak dirimu dalam kebinasaan Huszaimi.. Usaha agama ni bukan kat hostel je.. tp di seluruh dunia..
usaha ni tak perlukan kita.. kita yg perlu usaha ni.. terpulang la pada pendapat masing2.. kadang2 bila tertinggal amal makami ni aku rasa lemah je.. banyak main2..
Dakwah ni bukan sj bila khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan dll.. tp sepanjang hidup mu.. sebb tu ada amal makami.. khuruj ni kita buat ziarah di tempat lain bl pulang tempat sendiri pun kn buat usaha jg..
kadang2 ada org salah faham yg org buat usaha ni telah lakukan bid'ah "keluar dakwah 40 hari mana ada dalil.. dakwah mana ada tetapan masa" dan mcm2 lagi la.. rasanya faham2 je la.. "dakwah is forever".. em kalau nak tau kena keluar la pastu libatkan dengan amal makami.. jgn cakap je..pastu kata sesuatu perkara yg kita tak fahami nya.. aku pun masih peringkat belajar2 belum faham lagi.. doakan ku..
Amal makami ialah :
Fikir harian (mesyuarat) setiap hari, khususi setiap hari, ta'lim wa ta'lum setiap hari, ziarah (marhalah sendiri dan marhalah jiran) seminggu sekali, khuruj 3 hari setiap bulan.. insyaAllah..
Wallhualam..
Selasa, 8 Disember 2009
Berpolimik Politik sebentar..
Kesinambungan daripada artikel lepas kali ni aku ingin ceritakan pengalaman aku dan apa yg aku alami semasa di Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia "Memeperkasakan Institusi Parlimen".. Seminar ini telah berlangsung d Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.. Peh mewah betul hotel ni.. besar dan unik.. dari luar nmpak ukiran2 tradisi org melayu dulu2.. em bangga aku lihatnya.. org KL tau kot kesergaman hotel ni (aduhai lemahnya aku terkesan dengan kebesaran dunia, sesungguhnya di akhirat lebih2 lagi).. rasanya banyak program hotel tu anjurkan..
Kami pelajar USM adalah yg paling awal tiba iaitu pada pukul 8 pg em.. ye la tuan rumah.. setelah tu kami di hidang dengan sarapan pagi.. makan mee goreng dengan apa ntah (makanan hotel ni bukannya sedap pun haha..)lepas ambil makanan tertanya2 juga aku "eh kat mn kita nak duduk makan ni?" kwn aku kata hotel ni selalunya makan tengah hari je ada tempat duduk.. "so makan berdiri la.." yep.. huhu.. ni bukan cara kita.. ni cara org telah musnah akhlak nya..hem.. aku dan sahabat2 aku tak kira juga kami nak mkn duduk.. terpaksalah kami makan bersila berlapik permaidani yg lembut di tepi pintu (macam kancil masuk kampung tp takpe "kancil" yg tetap pada nilainya).. kami ajak kwn2 lain juga.. alhamdulillah semua kwn2 seUSM semua duduk sekali.. walaupun seperti agak dipandang2 oleh waiter hehe..
Setelah itu kami pun masuk ke dalam dewan em ramai yg telah tiba.. menteri, wakil2 rakyat kerajaan serta pembangkang (ahli dewan rakyat).. senator (ahli Dewan negara seperti Jins Samsudin) dan pelajar2 IPT. (pertama kali tengok banyak menteri rasa kagum jg hihi).. ucapan kata2 aluan dari Tan Sri Pandikar Amin Hj. Mulia (YDP Dewan Rakyat) sungguh bertenaga dan berilmiah.. lantang juga ucapannya.. terutamanya teguran kepada wakil2 rakyat berkenaan semasa persidangan Dewan Rakyat.. dan yg aku tak lupa beliau kt "samasa dlm dewan kamu adalah wakil rakyat kamu bukan wakil parti kamu".. betul jg..
Setelah perasmian ada minum pagi.. em mkn lagi huhu.. seterusnya sidang 1 rakyat dan kerajaan : Dimanakah Parlimen?. tajuk yg sungguh menarik.. baru aku tau apa itu parlimen.. em.. selepas tu makan tengah hari (bukannya sedap pun..) dan solat.. mkn bersama menteri.. em.. paling aku tidak lp ada juga aku berseloroh dengan sorang wakil rakyat ni "eh dato makan ckit je?" jwbnya.. "ye la dah tua kn mkn ckit2".. hehe.. ada juga menteri ni memang aku kenal (tak boleh bgtau nm) semeja dengan aku.. biasa la habis2 mkn memang nak cas la.. apalagi menteri ni minta izin nak cas kejap kat km hehe.. lawak jg.. hati ku terdetik.. em mereka ni pun org biasa ja tak la sombong sangat yg penting jgn hipokrit.. seterusnya ke sidang 2 Parlimen Milik Siapa? em sidang ni lagi menarik.. byk candangan2 yg diutarakan.. terutamanya berkenaan wakil untuk pelajar2 dalam dewan negara perlu diwujudkan.. bagus cadangan tu.. semasa sesi soal jawb ada juga pelajar ni persoalnkan tentang sistem demokrasi berparlimen kenapa tidak Republik iaitu presiden em.. Jwab la sendiri ye....
dan seminar ni tamat pada pukul 6.. di sini aku byk berkenalan dgn MPP dari IPT2 lain.. dari UPM.. em banyak juga soalan2 yg diajukan dari UIA, UPSI, UTAR dll..
Di akhirnya aku dapat buat kesimpulan,. sebenarnya "kita" ni banyak lagi tak tau fungsi sebenar Parlimen.. kadang2 tingkah laku ahli2 parlimen ni pun lucu jg pembangkang ke kerajaan ke.. walaupun sehari bersama dengan hanya sebahagian wakil rakyat aku dapat lihat tingkah laku mereka ni jika sesama mereka.. mesra je kedua2 pihak..kadang2 kita dapat lihat juga kematangan dlm tingkah laku wakil2 rakyat ni dan dapat nilai sesuatu yg berharga.. mereka pun sama mcm kita..mungkin ada kelebihan ckit dari seni berpidato mungkin? he (aku jauh sekali).. so jgn dengar cakap org.. alami sendiri.. dan nilai.. jgn dgr sebelah pihak je.. lihat kebaikkan buang keburukan..
kepada wakil rakyat atau bakal wakil rakyat.. jalankan tanggungjawab mu sebagai khalifah di muka bumi ni.. tak kisah lah dari mana2 pihak pun.. Sesungguhnya tanggungjawab kamu itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Amal yg baik akan selamatkan dari azab api neraka.. "Sesungguhnya kejayaan terletak dalam agama bukan parti2 politik2"..
wallhualam..
Hanya Sekitar Pejalanan.
Pada hari ahad yg lepas aku dan kwn2 aku seuniversiti seramai 27 orang telah berpeluang megikuti Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia yang telah danjurkan oleh PPSK USM yg bertempat di Hotel Royale Chulan KL...
Kami bertolak dari USM pada hari sabtu pkl 11 pagi.. yang menariknya sahabat2 rakan seusaha juga pergi iaitu Fairuz, Badrul, Fitri, dan Adnan.. kami tiba d UM pada pkl 6 ptg dan telah menginap d kolej Za'ba.. em besar jg UM ni.. pada hari tu ada juga Perasmian Pertandingan Debat Piala Diraja yg brlangsung d DTC..
kami maghrib d surau asrama tersebut dan mesyuarat sekejap.. mesyuarat berkenaan sama ada mahu pergi ke masjid sri petaling atau tidak.. sbb mlm sabtu ialah malam markaz KL.. akhirnya disebabkan takut terjadi masalah.. kami putus tidak pergi.. masa duduk2 di surau terlihat buku mesyuarat d surau tersebut.. em aku pun membelek2nya.. alhamdulillah nampaknya usaha agama d UM berjalan.. menurut kwn aku ni (dia dl student PASUM) usaha agama d disini banyak juga tentangannya tp memang masih kuat.. "bila kuat penentangan,lagi kuat usaha".. aku harap rakan2 seusaha d UM kuatkan usaha begitu juga d USM..
setelah itu kami berjln2 di sekitar UM walaupun pada waktu mlm.. em kami singgah d DTC dan d sekitarnya.. cantik dewan nya.. ada satu tiang tu penuh dengan pokok lagipun banyak bangunan2 d UM tidak dicat baru nmpak la seperti bangunan2 lama.. mungkin nak kekalkan nilai2 estetikanya hihi..
keesokkanya pada pukul 730 pagi kami telah bertolak d Hotel Royale Chulan untuk seminar tersebut em ramai yg hadir wakil2 rakyat, senator2, student2 dari IPT2 di Malaysia.. Seminar ni tamat pada pukul 6 petang. dan bersiar2 sekejap d KL pulang ke USM pada pukul 9 mlm.. suatu perjalanan yg menarik bagi ku.. :-).
Rabu, 2 Disember 2009
Persediaan awal..
Persediaan awal.. ada apa ye dalam melakukan persediaan ni..
sememangnya persediaan di awal setiap perkara adalah sangat penting dan dituntut..
seperti kita sedia maklum.. bila masa peperiksaan kt selalu dengar "adalah penting membuat persediaan awal sebelum exam supaya mudah untuk menjawab soalan"....
selain itu..???
- Persediaan sebelum belajar.. (wuduk, pencil,pen,kertas)
- Persediaan sebelum masak... (gula, garam, kuali,api)
- Persediaan sebelum tidur.. (wuduk, baca doa tidr, alas)
- Persediaan sebelum menjadi pemimpin.. (kem kepimpinan..)
- Persediaan sebelum khawin.. eh.. (ada calonnya hehe)
- Persediaan sebelum pilihan raya... huk.. (kempen2, rapat umum..)
semuanya memerlukan persediaan awal.. dan yang paling penting persediaan minda dan emosi untuk menghadapi setiap perkara ini. eh.. macam ESQ plak hehe.. Emotional and Spriritual. jika tidak bersedia takut2 jadi perkara yang tidak di ingini.. tekanan beb..huhu..
seperti yang aku alami sendiri (bukan tekanan la haha).. amir sab (ketua jemaah) semasa aku keluar jemaah dulu ada berpesan.. "jika kita buat persediaan awal dalam agama dan akhirat.. InsyaAllah persediaan kita di dunia ni kita dapat lakukan.. sebbnya persediaan dalam agama lebih utama.." sebagai contoh :
persediaan sebelum solat (berwuduk,zikir,tunggu di tempat solat) supaya kita lebih tumpuan dan insyaAllah lebih khusuk.. (aku masih usahakannya em lemahnya aku.. semoga Allah swt beri kekuatan pada kita)..
dan paling aku tidak lupa berkenaan majlis ta'lim (belajar) dan majlis ilmu.. em amir selalu tekankan.. jika kt hadir awal dalam majlis ta'lim insyaAllah majlis2 ilmu lain juga kita akan pergi awal.. hadir ke kuliah awal, abehkan kerja awal, hadir temu janji.. (em ni pun aku masih usahakan lemahnya aku...)..
berebut2 nak duduk di depan si pembaca ta'lim first class order hehe.. dan yang paling aku nampk bersungguh2 adalah budak2 madrasah ni semasa jemaah aku di minta nusrah budak madrasah di Kelantan.. berebut2 budak2 ni nak duduk depan nak dgr bayan.. seronok tengok.. :)
~Majlis ta'lim di Desa Tekun selepas subuh 30 minit.. dan kalau khuruj (keluar) selalunya dalam pukul 10 am sampai zohor.. akan baca kitab fadhilat dan hadis supaya beri kita keyakinan pada janji2 Allah swt..~
Love Knowledge.. Love Nature.. and Love Islam.. ;-)
Title telah diubah..
Sebelum ni dikenali Huszaimi Life.. tapi rasa macam tak sesuai.. kalau life dah jd macam diari.. yang peribadi tetap peribadi..
jadi di ubah kepada "Aku Alami dan Aku Sampaikan" supaya apa yg aku tulis adalah atas pandangan diri aku..
tidak ada pengaruh dari siapa2.. manhaj ke, fahaman ke, persatuan ke, jemaah ke, fikrah ke, parti2 ke.. so kalau salah.. salahkan pada diri aku bukan orang lain.. semuanya berdasarkan apa yg aku alami sendiri dan luahan dari diri aku yang lemah dan kerdil ini.. InsyaAllah... Lihat kebaikkan buang keburukan..
Ya Allah lindungi diri ku ni dari asbab fitnah terhadap orang lain..
....Semua orang baik... :-)
Langgan:
Catatan (Atom)