Ahad, 27 Mac 2011

Jangan Nodai Makna Jihad

Jika dilihat pada zaman ini, jihad telah disalah ertikan oleh umat islam sendiri. Jihad fisabilillah adalah puncak ajaran islam. Sehingga umat islam yang melaksanakannya akan mendapat kesempurnaan dan kejayaan kehidupan dan jua syurga Allah di akhirat kelak.

Malangnya sekarang jihad telah dikotori dengan pemahaman yang salah iaitu apabila dikatakan jihad yang dibayangkan adalah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini,serangan berani mati, sabotaj dan keganasan yang lain sehingga meragut nyawa. Hal ini sepert menunjukkan bahawa jihad ini seperti mempertahankan agama atau diri sehingga terjadinya kejadian pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi.Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut cara mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang,” maka orang terus faham.

Seterusnya apa pula hubung kait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu kalimah tauhid: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”


Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.
Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? Di sini kita ambil yang utama sahaja iaitu iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (hakikat atau tasawuf). Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar. “Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”


Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi iman, Islam dan ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakan pakej iman. Di situ ada keyakinan dan sebagainya. Apabila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Allah seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, muhammadur rasulullah”. Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari iman, Islam dan ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata: “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli iman, Islam dan ihsan!”

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhid dan mematuhi perintah) Allah swt dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata “Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam (yang benar-benar berserah kepada Allah swt.” (al-Fussilat : 33)

7 ulasan:

  1. Persoalan : adakah kita menolak jihad..??
    sekrang pada diri kita nak buat atau tidak sahaja..

    em tepuk dada tanya iman..

    BalasPadam
  2. harap2 kita semua tergolong dalam golongan manusia2 yg berjihad untuk agama

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Abu Umamah r.a melaporkan seorang bertanya : Wahai Rasululullah! Benarkanlah saya untuk melancong. Baginda menjawab : “ Melancong bagi umatku ialah dengan melakukan jihad (berusaha dan berjuang di jalan Allah s.w.t) (Abu Daud)

    sila baca komentar dr yusof qardhawi dlm artikel sy http://wirapendang.blogspot.com/2011/03/dakwah-di-indiaada-dalilhadith.html

    BalasPadam
  6. BOLEH SHARE INFO TABLIGH DI:

    http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html

    BalasPadam