Jumaat, 20 Mac 2009

Tengok Keburukan Orang..?

Tengok keburukan.. ~InsyaAllah belajar-belajar tulis~

Ada kah kita perlu untuk melihat keburukan orang jika .?

Kita sebagai manusia biasa tiada hak nak melabel orang dia ni tak betul la, ahli neraka la, kafir la dan sebagainya namun apa-apa yang kita boleh buat ialah fikir bagaimana umat Nabi Muhammad SAW dapat masuk syurga Allah swt. Umat ini adalah merujuk kepada seluruh umat manusia. Hidayah milik Allah.

Oleh itu, kita bukan hanya fikir sahaja namun tindakan perlu dilakukan dengan berdakwah ikut cara Nabi Muhammad saw dan sahabat ra.

Tidak perlu kita nak menuding jari kepada sesiapa, tanya diri kita apa yg kita dah buat untuk agama Allah? adakah korban harta masa kerana Allah atau untuk kepentingan tertentu (persatuan, parti,kaum, kumpulan dll) ?

tindakan dakwah perlu dilakukan walau diri belum sempurna tanggungjawab semua bukan hnaya untuk golongan tertentu (ustaz, ulamak dll) . islam adalah milik semua manusia tanggungjawab kita orang islam untuk sebarkan yg mn jauh dgn Allah ajak supaya dekat pd agama jgn memaksa ~hidayah milik Allah~..

walaupun pelbagai cara kita boleh lakukan tetapi cara Rasulullah saw adalah yg terbaik.
Dakwah ini bukan kita nak tgk dan cerita keburukan orang tetapi adalah untuk diri kita.. siapa kita nak crita keburukan org. ? hatta mat rempit pun suatu hr nnti boleh berubah kebaikkan ~insyaAllah doa~

KEFAHAMAN TERHADAP AGAMA PERLU BUKAN SETAKAT PENGETAHUAN AGAMA SEMATA-MATA..

InsyaAllah........ mengajak kebaikkan mencegah keburukan..

belajar-belajar tulis untuk diri yg masih kurang berkorban untuk Mu ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan