Jumaat, 11 Disember 2009

Antara 2 marhalah


eh macam tajuk drama plak he..

skrang aku telah berpindah ke marhalah (lebih kurang macam tempat) baru.. dulu marhalah masjid batu uban sekarang marhalah surau kampung melayu.. kedua-dua nya marhalah syura' Penang.. kalau aku balik Manjung,Perak marhalah aku di Surau Taman Samudera..

tp aku jarang balik rumah banyak masa aku di habiskan di hostel jadi marhalah aku ialah Desasiswa Tekun USM.. selagi bumi di pijak usaha perlu di jalankan.. takkan kat hostel je buat usaha.. masa cuti masa di rumah pun kn buat jg.. pengorbanan tu penting.. semoga istikamah dengan kerja agama ini.. kalau tak khuruj (keluar) amal makami perlu dilakukan..

betul la sebagai seorang da'i ni tiada rehat bagi mu.. (tapi aku ni asyik nak rileks je).. takaza2 (keperluan) agama bayk di hadapan tp byk yg aku tak sempurnakan.. bila di tasykil (ajak) rasa lemahnya.. aduhai.. Jangan letak dirimu dalam kebinasaan Huszaimi.. Usaha agama ni bukan kat hostel je.. tp di seluruh dunia..

usaha ni tak perlukan kita.. kita yg perlu usaha ni.. terpulang la pada pendapat masing2.. kadang2 bila tertinggal amal makami ni aku rasa lemah je.. banyak main2..
Dakwah ni bukan sj bila khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan dll.. tp sepanjang hidup mu.. sebb tu ada amal makami.. khuruj ni kita buat ziarah di tempat lain bl pulang tempat sendiri pun kn buat usaha jg..

kadang2 ada org salah faham yg org buat usaha ni telah lakukan bid'ah "keluar dakwah 40 hari mana ada dalil.. dakwah mana ada tetapan masa" dan mcm2 lagi la.. rasanya faham2 je la.. "dakwah is forever".. em kalau nak tau kena keluar la pastu libatkan dengan amal makami.. jgn cakap je..pastu kata sesuatu perkara yg kita tak fahami nya.. aku pun masih peringkat belajar2 belum faham lagi.. doakan ku..

Amal makami ialah :
Fikir harian (mesyuarat) setiap hari, khususi setiap hari, ta'lim wa ta'lum setiap hari, ziarah (marhalah sendiri dan marhalah jiran) seminggu sekali, khuruj 3 hari setiap bulan.. insyaAllah..

Wallhualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan