Jumaat, 21 Mei 2010

Tangisan Rindu....


Gambar ni masa keluar kat Kelantan tahun lepas di Kok Lanas.. mereka ni sebahagian dari pelajar2 Madrasah Hj. Noordin attach dgn jemaah kami sehari di Masjid Pondok..
Mereka ni sebahagian besar terdiri dari anak2 yatim dan keluarga2 yg susah.

Aku ke madarasah mereka 2 hari bersama2 mereka sbb jemaah kami ada takaza "program Rakan Masjid" selama 5 hari anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan..(jemaah kami gilir2 untuk membantu).. "Program" ni terdiri dari pelajar sekolah2 menengah di sekitar kok lanas yg keluar di madrasah tersebut bersama pelajar2 tahfiz ni..semasa "program" ni penuh dgn amalan2 yg dapat membawa fikir keatas iman dam amal.. ziarah.. bayan.. muzakarah.. mesyurat..ta'lim..kelas ilmu.. kalau masa bayan tu mereka ni berebut2 nak duduk paling depan sekali...
tapi aku tak boleh lupa masa ta'am hihi.. budak2 madrasah ni berebut2 nak khidmat basuh.. em..keadaan mereka tidak semewah kita di luar..makan biasa2 je.. tp mereka sangat gembira.. pastu petang2 bagi makan kuda.

Pengalaman aku bersama dengan budak2 ni sangat menarik.. memang tak boleh dilupakan.. masa aku nak tangguh dari madrasah nmpk mereka mcm nak nangis je.. (mungkin aku kot hihi) pastu ada yg minta no fon.. disebbkan tak boleh bw telefon hanya tulis di atas kertas sahaja..

bila aku lihat mereka2 ni rasa sangat kerdilnya diri ni.. mereka ni balik kerumah setahun sekali je tu pun masa raya.. yg tersentuh pada diriku... mereka ni sejak dari kecil2 dah berkorban untuk agama.. em.. aku baru nak belajar2 korban.. lemah nye.. tu pun banyak main2...

lagi yg seronoknye mereka ni sangat mesra dan tawaduk.. kalau bercerita tentang sahabat memang ingat siap nama penuh nama sahabat2 r.a..
aku ni nama sahabat Rasulullah saw pun masih tak ingat.. adoi..
satu lagi aku lihat.. mereka ni turut je.. tak membantah.. ingat lagi amir sub suruh mereka tidur kat luar.. em mereka ikut je.. agak sejuk juga (mungkin kat asrama dah di didik mcm tu...)

bukan senang nak anak2 yg turut kata mak ayah sekrang ni.. tambah2 dengan pengaruh globalisasi sekrang... perlu pada didikan agama yang sempurna baru boleh dapat lakukan.. (so kepada ibu bapa atau bakal berikan didikan agama kepada anak2 ye jangan terpengaruh dengan apa yang ada di dpn mata.. tambah2 tv ambil yg bermanfaat..)

tapi kalau aku ni.. suka sangat membantah... penuh dengan pesoalan apa yg disuruh..... ish2... (aku harap aku dapat ubah...insyaAllah)

oleh itu aku harap dan berdoa kepada Allah swt.. semoga adik2 ku yg disayangi dan dikasihi dapat teruskan usaha untuk berkorban pada agama.. belajar sungguh2 ikut cakap mudarris.. semoga apa2 yang adik2ku ni timba ilmu dapat diamalkan, sampaikan dan diambil manfaat oleh kita semua. semoga dapat berjumpa lagi.. Bertemu dan berpisah kerana Allah swt...insyaAllah... semoga Allah swt terima..

Pujangga melayu bermadah :,
Tangisan rindu sang pencinta,
Hati perindu menjadi satu,
Tangis tawa telah tercipta,
Namun hakikat dari yang Satu....

Wallahualam...

3 ulasan:

  1. subhanallah..
    budak kecil yg berjiwa besar..
    tidak seperti kebanyakan remaja kini..
    budak besar berjiwa kecil..(na'uzubillah)

    teruskn perjuangan anta..
    insya-Allah..moga segala2 yg kita lakukan diiringi berkat Allah~

    BalasPadam
  2. Bile tengok gambar2 ni teringat kt anak bujang saya..huhu..w/pun bole dtg ziarah dia d mdrsh..tp yela..hati ibu..musti rindu ngan anak2. :(

    BalasPadam
  3. Aton : cara untuk mengatasi masalah sosial perlu kembali kepada mengamalkan agama.. dan saling pesan memesan.. (ana ni pun perlu dipesan selalu)..

    perjuangan ana..? perjuangan Umat Nabi saw..

    Kak Ahliah Abg azhar : em.. ada juga mak ayah yg datang ziarah mereka.. sekurang2nya dapat pengubat rindu.. em betol juga ibu yang menyayagi anak2.. its normal..
    tapi sekrang byk yg tak sayang siap buang2 lagi..

    BalasPadam