Khamis, 18 Jun 2009

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,Heh..betul la kata orang,Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT,
Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan
,Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
""no prob.,anytime kamiready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...
naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions andignorance of their followers.Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Rabu, 17 Jun 2009

Cuti yang paling ....

Cuti ni byk perkara yg berlaku pada diri ku.. ada baik.. ada tidak.. dan ada jg yg sedih.. dan ada juga yg gembira..

em.. mungkin ku boleh katakan cuti kali ni.. adalah cuti yg paling istimewa untuk diri ku..

Cuti ni aku rasa sedih sebb tok wan(datuk) aku jatuh sakit mungkin disbbkan serangan angin ahmar.. tok wan aku ni memmg seorng yg baik hati.. dgn keluarga.. dgn cucunya.. dgn masyrakat kmpg.. mungkin disebbkan datuk aku ni seorng yg berpengaruh di kampung... tringat aku semasa datuk aku sihat.. memang seorng yg ceria..

kadang2 aku jdkan nya sebagai pembakar semangat.. tok wan maafkan cucumu.. terlihatnya terbaring di atas katil menyebabkan airmata ku menitis.. apa yg boleh akau buat..??? aku pun insan yg lemah..
aku pernah tinggal bersamanya semasa kecil selama setahun.. (..................)


Maaf kawan-kawan aku.. KLKMUSM.. mungkin aku tidak layak menjadi pemimpin.. maaf.. aku hnya insan biasa yg lemah lg hina.. mungkin apa yg aku lakukan ni bukan yg terbaik.. maaf..

Rabu, 29 April 2009

Selamat tinggal tahun 1..

Sekejap je masa berlalu dah abis tahun 1..
byk jg pengalaman yg berguna aku dapat dalam tahun1 ni.. ~pngalaman yg berguna untuk mengharungi thun2 yg akan datang..~

InsyaAllah nnti kita akan ketemu lagi.. takut jg dr ni nak menghatungi thun dpn.. byk cabaran dan dugaan.. sem0ga iringan doa dapat seiring dgn cabaran yg dtg..

Sabtu, 18 April 2009

Exam..

em.. Assalamulaikum..


sekrang bulan exam.. agak cbuk jg tp masih riex mgkin... mugkin tulis ckit2 je kot..

sem ni ambil 6 paper.. em agak berat jg sem ni tak tau la boleh masih boleh kekalkan 3.5 keatas ke atas... sama2lah kita doakan..


walaupun cbuk tapi kerja kita sebagai umat islam perlu dijalankan.. cbuk,senang, susah, lapang semua urusan Allah cuma atas diri kita semua nya bagaimana nak melapngkan masa untuk Allah..


tambah2 sekarang taggungjawab semakin berat.. takut jg diri ini.. mohon doa kawan2 supaya ana istiqamah dalam kerja ini dan semoga mendapat pentunjuk dariMu..



Jumaat, 20 Mac 2009

Tengok Keburukan Orang..?

Tengok keburukan.. ~InsyaAllah belajar-belajar tulis~

Ada kah kita perlu untuk melihat keburukan orang jika .?

Kita sebagai manusia biasa tiada hak nak melabel orang dia ni tak betul la, ahli neraka la, kafir la dan sebagainya namun apa-apa yang kita boleh buat ialah fikir bagaimana umat Nabi Muhammad SAW dapat masuk syurga Allah swt. Umat ini adalah merujuk kepada seluruh umat manusia. Hidayah milik Allah.

Oleh itu, kita bukan hanya fikir sahaja namun tindakan perlu dilakukan dengan berdakwah ikut cara Nabi Muhammad saw dan sahabat ra.

Tidak perlu kita nak menuding jari kepada sesiapa, tanya diri kita apa yg kita dah buat untuk agama Allah? adakah korban harta masa kerana Allah atau untuk kepentingan tertentu (persatuan, parti,kaum, kumpulan dll) ?

tindakan dakwah perlu dilakukan walau diri belum sempurna tanggungjawab semua bukan hnaya untuk golongan tertentu (ustaz, ulamak dll) . islam adalah milik semua manusia tanggungjawab kita orang islam untuk sebarkan yg mn jauh dgn Allah ajak supaya dekat pd agama jgn memaksa ~hidayah milik Allah~..

walaupun pelbagai cara kita boleh lakukan tetapi cara Rasulullah saw adalah yg terbaik.
Dakwah ini bukan kita nak tgk dan cerita keburukan orang tetapi adalah untuk diri kita.. siapa kita nak crita keburukan org. ? hatta mat rempit pun suatu hr nnti boleh berubah kebaikkan ~insyaAllah doa~

KEFAHAMAN TERHADAP AGAMA PERLU BUKAN SETAKAT PENGETAHUAN AGAMA SEMATA-MATA..

InsyaAllah........ mengajak kebaikkan mencegah keburukan..

belajar-belajar tulis untuk diri yg masih kurang berkorban untuk Mu ya Allah.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyarat agung tahunan ( AGM)

Skrang ni dah 2 persatuan sy sertai AGM... tinggal 1 lagi...

1. AGM PMIUSM.
-menarik walaupun ramai ahli yg tak hadir terutamanya muslimin ( lelaki), sy dilantik untuk ajk hadiah ~mgkin sbb tu sy dtg he~
Alhamdulillah sekurang-kurangnya tahu juga selok belok AGM ni dan memberi pendedahan awal kepada sy.. Perlantikan MT bagus jg.. semua shbat2 sy cuma SU je yg sy belum kenal.
bagus la semoga diharap mt yg dilantik menerajui PMI 09/10 nnti bakal membawa perubhn terutamanya kepada msyrakat kampus USM..

2.AGM PIPUSM
-AGM ni persatuan skol sy.. em.. jumlah kedatangan agak mengecewakan jg.. pd mulanya yg hadir semua exco-exco.. ahli nya tiada pun em.. takpe sbr jg.. pastu baru dtg beberapa org pastu br la dimulakan mjlis.. em lambat la jg mulanya. hbs pun lambat... mgkin salah satu faktor tempat yg dimesyuaratkan jauh dari desa pelajar kot... em takpe la.. akhirnya MT2 telah dilantik dengan jayanya.. dan pengharap yg tinggi pun diletakkan kpd MT2 PIP 09/10 semoga berjaya.

3. AGM KLKMUSM
- AGM ni belum ada lg...

Isnin, 9 Mac 2009

Pendusta Dalam Cinta..!!!


Dusta
Dalam
Bercinta


Barang siapa mengaku
4 Perkara tanpa disertai
dengan 4 perkara yang lain
maka dia
Adalah PENDUSTA. ..

Barang siapa mengaku CINTA SYURGA
Tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah PENDUSTA.

Barang siapa menagku CINTAKAN MUHAMMAD tetapi tidak cinta pada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah PENDUSTA.

Barang siapa mengaku TAKUTKAN NERAKA
Tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah PENDUSTA.

Barangsiapa yang mengaku CINTA ALLAH tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah PENDUSTA.

Kacang Lupakan Kulit..?

Assalamulaikum.. em.. kcang lupakan kulit.. seperti pepaatah melayu "Jangan Jadi Seperti Kcang Lupakan Kulit.."


Selalunya apabila sesorang itu mendapat apa yang dikehendaki pasti dia lupa mcm mn pada asalnya dia perolehi... tak kiralah dalam perkara kebaikkan atau keburukan...


Ad sesetengah orng mengganggap dirinya serba tahu.. selepas dia dapat apa yg dicari-cari dalam dirinya.. dia pun lupa mCm mn dia boleh dapat.. mungkin disebabkan dia melihat sesuatu perkara itu tidak sempurna dia pun tolak atau tak terima...


namun pada hakikatnya yang "tidak sempurna" itu yang telah mengubah dirinya sebelum ini..


oleh itu jangan la kita jadi seperti kacng lupakn kulit.. walaupun "kulit" itu tidak sempuna namun sumbanggannya kearah kebaikkan kepada "kacang" jgn ditinggalkan dan dilupakan..
sesuatu kejayaan pasti ad puncanya.. apabila kita tinggal puncanya.. pasti kita akan lemah.. sedar sahabat2..
~JANGAN LUPA ASAL KEJAYAAN MU...~

Sangka Baik...

tajuk kali ialah sangka baik.. knp ya.. ringkas je...


dalam dunia ni kalau nak bahagia sangka baik ja dgn semua org.. pasti hati kita senang.. namun sejauh mana kita dapat mempraktikkannya...


sifat manusia, suka tengok keburukan pada hal dirinya pun sama juga ntah lagi teruk..

jgn asyk nak salahkan orang cermin diri tu dulu dah sempurna sangat ke..?

em.. dengan sifat ini lahirlah riuk, takbur dll sebb diri anggap sempurna.. dia je yang tau semua orang lain tak tau.. ye la siapa la kita ilmu pun kurang berbanding dengan dia.. nak cakap pun tak tau...


mcm ni ke sifat Islam.. Sahabat2 sedar lah di dunia ini kita tak ada apa2 pun.. nak bangga apnya.. kalau dikurnia kebijaksanaan itu Allah yg bagi..

jgn sombong.. bagi Salam... jawab salam.. em..


Lama tak ketemu.. sibuk sepanjang jalan..


Assalamulaikum.. lama tak tulis blog.. em ari ni 12 Rabiulawal 1430.. em.. Hari Maulidurrasul..


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan selawat salam untuk junjungan Rasulullah SAW... em walaupun kita bergembira menyambut Maulidurrasul namun sejauh mn kita memikirkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan islam di atas muka bumi ini walau ditentang dan diperangi dengan hebat...


Untuk rasainya perlu kita korbankan harta dan masa untk keseronokkan yg sementara kepada jalan Allah yg diredhai...


wahai sahabat agama ini datang dengan susah payah... oleh itu dengn susah payah juga untuk kita memahami Islam ini... walaupun cbuk dengan belajar atau bekerja namun usaha dakwah perlu dijalankan.. tidak kira sesiapa pun doktor ke, tukang sapu ke, student ke, pensyarah ke, miskin ke, kaya ke adalah perlu untuk usaha atas iman..
InsyaAllah apa yg ditulis ini adlah untuk diri yg hina ini.. doa supaya berjaya di dunia dan akhirat yg selama-lama, lama, lama, lama, lamanya...


Isnin, 29 September 2008

Sebulan berlalu

Assalamulaikum...

em sudah sebulan Ramadhan berlalu.. Alhamdulillah akhirnya kita bertemu syawal yang diraikan..

sebelum tu sy ingin tnya bagaimana Ramadhan tahun ni..? harap semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..

Disini sy harap pada dr sy dan kpd anda semua dapt lah lakukan secara berterusan amalan yg kita amalkan pada Ramadhan yang bakal berlaku supaya ia lbh diberkati n bermanfaat....

Sy doakan supaya kita semua akan berjumpa Ramadhan tahun depan yg didalam nya terdapt st mlm lbh baik dr 1000 bulan.. InsyaAllah..

K sy ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir n Batin.. k salam..

yg benar...

Sabtu, 23 Ogos 2008

Masih Baru..

Assalamulaikum dan selamat datang..

em.. nak tulis apa ya.. sebenarnya saya masih nak berjinak-jinak dgn blog ni.. mcm menarik juga..
tapi rasanya kena pergi khursus dulu kot.. he..
tapi rasanya blog ni ada kebaikannya.. walaupun pada masa skrang kita tengok byk yg merepek.. bendera terbalik la.. em..

di sini sy ucapkan selamat menyambut kemerdekaan ke 51.. peace Malaysia.. peace Islam..

Salam... yg benar...