Rabu, 9 September 2009

Karkuzari 3 hari di Taman Desa Sena SP..

Alhamdulillah keluar 3 hari kali ini kami jemaah USM marhalah tekun dan restu bersama-sama dari jemaah sg. ara iaitu marhalah salah seorang syura' penang Cikgu Azman,

bnyak yg aku belajar sepanjang berhijrah 3 hari di Surau Al-A'ala taman desa Sena, Sberang Perai.
semasa di sana kami telah bertemu penduduk tempatan.. dan yg paling byk beri masa bersama jemaah kami ialah seorng pemuda bernama Abu Zar student politektik seberang. Kagum tengok dia hanya dia seorng sahaja penggerak di sana walaupun byk penduduk tempatan yg pernah keluar. Dakwah ni bukan untuk betulkan org tapi untuk diri kita dan semua umat manusia..

ini menyebabkan aku rasa aku perlu bergerak walaupun seorg tak perlu tunggu org ramai atau org lebih tua untuk mengajak manusia berbuat baik dan cegah kemungkaran terutamanya di bumi USM yg tercinta..

pada hari kedua semasa ta'limi jaulah. bersama abg 'malaikat' (malik) dan abg fairuz.. pada waktu pagi hari tersebut.. kami bertiga telah terlihat kereta yg telah dipecah tingkapnya.. mungkin hendak mencuri agaknya. tapi menurut Abu Zar perkara ini memang biasa terjadi kadang2 bukan mencuri tapi masalh kianat.

em.. sedih aku tgk walaupun aku lihat taman ini aman damai tp masih berlaku perkara2 mungkar.. ini masalah IMAN.. apabila usaha atas iman tak dilakukan jadi mcm ni la..

terdetik dalam hati aku..kalau la keluar khususi pada pagi td pasti perkara ni tak terjadi.. em tapi ni takdir daripada Allah kita sebagai makhluk tak boleh boleh buat apa-apa.. hanya yg boleh berusaha.. Usaha Atas Iman dan Amal...mungkin ada hikmahnya..

Wallahua'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan