Ahad, 17 Januari 2010

Gerhana



Hampir sebulan lebih juga aku tak update blog ni.. dalam sebulan macam2 perkara berlaku pada aku.. sedih pun bayak juga dari gmbira... kadang2 terasa dunia ni sempit.. sehingga kita terkejar-kejar masa yang bergerak begitu pantas.

pada tanggal 2 Muharram 1431 bersamaan 19 Disember 2009. Tok wan (datuk) aku telah kembali bertemu Penciptanya. pada ketika tu aku berada bersama2 jemaah USM khuruj 2 weeks di Sg. Petani. Pada ari tu kami di masjid Penghulu Him dan aku diputuskan untuk khidmat pada hari tu. tiba2 selepas maghrib aku terima panggilan dari mak aku yg mengatakan tok wan ku sudah meninggal dan selepas isya' terus aku bergegas pulang ke kampung. terima kasih kepada amir sub, abg fitri dan azizi kerana sudi menghantar aku. satu berita yg menydihkan. sbb banyak pengalaman aku bersama2 dengan arwah. kenangan terindah. semoga Allah swt meletakan tokwan berada bersama org2 soleh amin. alfatihah..

bersempena gambar yg aku letak dalam entry ni.. dalam sebulan ni byk berlaku gerhana. gerhana bulan pada malam jumaat 1.1 semasa tu aku berada di Masjid Benggali ikhtikaf kat sana. dan pada 15.1 ari tu berlaku gerhana matahari pula.. semuanya berlaku pada ari jumaat.. adakah kiamat semakin hampir?? em risau juga.. dapat juga belajar solat gerhana ni..

jika zaman Rasulullah saw berlaku gerhana.. Rasulullah akan risau.. dan lakukan solat gerhana panjang sehingga gerhana hilang.. tanda2 kiamat salah satunya berlaku gerhana..
15.1 ari tu aku berpeluang melihat gerhana matahari separuh melalui teleskop yg USM bekalkan untuk dilihat.. em subhanallah.. sungguh hebat ciptaan Allah SWT. sesungguhnya semua yang berlaku di dunia ni atas pentadbiran Allah swt.

semoga apa yg berlaku ni dapat kita ambil ikttibar dan sampaikan..

Wallhualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan