Assalamulaikum dan selamat datang.. ....Kejayaan Hanya Dalam Agama Sejauh Mana Kita Taat Pada Perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah saw...
Rabu, 10 Mac 2010
Gunakan nikmat..
Sudah lama tak tulis.. kesibukan melanda diri yang lemah ni.. sibuk membina dunia yang melebihi sibuk membina akhirat.. hehe.. asingment dan macam-macam lagi.. (alasan je tu)..
oleh itu (sedikit targhib) masa yang ada gunalah sebaik-baik supaya masa yang ada tidak hilang begitu sahaja.. Demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali.....
dalam sebulan tak menulis.. macam-macam juga yang terjadi ada yang gembira dan ada yang sedih..
sedikit penceritaan:
semasa aku keluar ziarah 3 hari Raya Tahun Baru Cina (tak sampai dapat dalam 2 hari je..) di Balik Pulan..Surau Taman Sri Indah.. dalam 2 hari macam biasa la ta'lim, ziarah, muzakarah, sona dan kana (dalam bahasa urdu hehe).. setiap kali kalau kita niat nak belajar.. insyaAllah..
banyak yang kita belajar... tambah2 amir sub abang ibrahim memang banyak la belajar.. macam mn kisah abg ibrahim yang biasa keluar ke Albania dan Kanada.. kalau nak tau ken keluar la.. (em.. naik jasbah (semangat) juga aku nak keluar negara jauh2 ni untuk selamatkan umat dalam kegelapan dengan di bawa cahaya kebenaran Islam untuk diamalkan..
so I must stat now at here and everywhere.. selagi hayat dikandung badan kan.. semasa aku keluar ni yang menariknya aku berkenalan dengan seorang pakcik yang hampir buta matanya.. walaupun begitu beliau tetap berjalan dari rumah nya ke surau dengan bertongkat putih untuk solat berjemaah.. kagum aku.. tambah2 bidang aku di USM ialah Pendidikan Khas.. rasa rugi plak ilmu yang ada tidak di manfaatkan.. em.. pak cik ni siap tahu lagi kedudukan suis kat surau tu mana2 suis yang dah rosak.. setiap amal yang kukuh perlu kepada iman yang sempurna..
em kepada kita yang sentiasa celik untuk melihat dunia sementara yang indah ini apakata kita gunakan nikmat tu untuk tuniakan hak nikmat tersebut kepada yang mencipta nikmat.. (agak mendalam juga perkataan ni.. naik pening juga he)...
Pujangga Melayu bermadah :
Setiap perkara penuh nikmat,
Masa berlalu begitu singkat,
Namun perkara utama menjadi tempat,
Semoga nikmat yang diperoleh hingga ke akhirat.. (insyaAllah)..
Wallhualam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan