Rabu, 27 Januari 2010

Pecarian suatu pengembaraan...



Ni gambar krew aku (Krew 3) sebelum bertolak untuk pengembaraan.. yang takde dlm ni Nisa dan Hanif sori ye tertinggal hehe..

em.. pemgembaraan ni menarik juga.. 40 KM tu.. tp ye ke sampai 40Km berjalan hehe.. memang suatu pengalaman yg menarik.. krew aku bergabung dengan Krew 4 yg ketua krew nya ialah Sakinah.. untuk Kumpulan 2 ni seramai 27 orang semuanya. Roud 1 dari BM ke Ceruk Tok Kun dan Roud 2 dari Ceruk Tok Kun ke Butterworth. perrh jauh tu...

aku percaya setiap di kalangan kami ni mesti ada pengalaman yg tersendiri..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak de yg pengsan atau berhenti setengah jalan. suatu perkara yg aku dapat belajar ialah kita ni kena banyak bersabar dan nak selesaikan sesuatu masalah tu dengan amal... zikir,solat,ikram, em.. banyak perkara yg telah Allah swt tolong kepada hambaNya.. bersyukur sangat.. kita ni tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah swt.. di samping tu dapat juga belajar yakin semuanya bergamtung kepada pertolongan Allah..em.. kalau nak diikutkan macam tak percaya aku boleh berjalan sejauh ni.. ~insyaAllah azam keluar jemaah jalan kaki~

yg aku tak boleh lupa solat kat tanah lapang disebabkan memang dah kesuntukan masa dan tiada masjid atau surau sepanjang perjalanan.. tawakal je la.. wuduk pun guna sebotol air je.. berbekalkan pengalaman aku semasa di ijtima' yg lepas dgn mengambil wuduk sebotol air je telah aku praktikkan semasa mengembara ni.. ILMU ni... Ilmu yg tak bisa dapat dari kitab sahaja kan... walaupun dalam diri ku ni masih kurang..

akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih pada ahli2 krew aku yg banyak memberi kerjasama.. walaupun kadang2 agak tegang situasinya.. tp jadikan tu sebagai teladan em..biasa la penat2 siapa yg tahan. tp apa yg penting??.. kerjasama.. he..

*kepada ahli krew aku yg baca artikel ni.. teruskan usaha ye.. pengalman naik lori tepung.. pengalaman naik bas kilang dll lagi ni suatu usaha kita bersama.. hehe.. k..

Pujangga Melayu bermadah,:

Pencarian suatu pengembaraan,
Timur, barat, utara dan selatan,
Walau dimana redhaMu Tuhan,
Tetap juga hambaMu dambakan.

~Huszaimi~ 28.1.2010

Wallhualam..

Isnin, 18 Januari 2010

Antara 2 jalan..



Antara 2 jalan.. pasti sukar untuk memilih bukan.. itu lah kehidupan kita bagaimana terdapat banyak pilihan dalam diri kita sehingga kadang-kadang mencetuskan konflik dan dilema dalam membuat keputusan..

paling yang menyusahkan ialah apabila terdapat 2 keperluan pada masa yang sama.. sehigga kita perlu untuk korbankan salah satu keperluan yg mendatang pada masa yg sama.. susah nya.. terutama nak menjaga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak..

tp pastinya kita perlu redha dengan pilihan kita.. ye la masing2 ada baik dan buruknya.. yg penting kn bersyukur.. apabila kita bersyukur Allah swt tambahkan lg nikmatNya.. tp pilihan kita tu juga perlulah berlandaskan AlQuran dan Sunnah.. yg mn dahulu lebih penting.. letakkan keutamaan supaya mudah untuk kita membuat keputusan..

Serangkap puisi dari diri ku....

Antara dua jalan,
Jalan yang melangsungkan kehidupan,
Pengorbanan menjadi keutamaan,
Sehingga diri ku meletakkan keputusan.

Antara dua jalan,
Pilihan untuk terhindar dari kesesatan,
AlQuran dan AsSunnah menadi pedoman,
Supaya kehidupan mendapat keredhaan.

~Huszaimi 18.1.10~

Wallhualam..

Ahad, 17 Januari 2010

Psiko..



Psikologi Kognitif.. teringat plak sem lepas belajar psiko.. sungguh menarik.. walaupun agak2 pening..
em gambar ni adalah kulit buku rujukan yang aku dan kwn2 aku guna dan dicadangkan oleh pensyarah aku buat rujukan untuk subjek ni.. mcm2 ada dlm buku ni.. tentang ilusi,memori,perhatian,persepsi,gambaran,terjemaham pengetahuan,bahasa, dan AI..

yang paling aku terkejutnya.. cuba tgk gambar tersebut... SATU MATA.. mata yang memerhati.. All seeing eye.. sperti seolah2 kospirasi kumpulan gelap yg lebih dikenali sebagai Freemason atau Iluminati yg ditafsirkan gerakan yg menyokong DAJAL.. sesunguhnya fitnah dajal adalah sungguh dasyat dan cukup halus.. adakah ini sekadar kebetulan???

wallahualam..

Gerhana



Hampir sebulan lebih juga aku tak update blog ni.. dalam sebulan macam2 perkara berlaku pada aku.. sedih pun bayak juga dari gmbira... kadang2 terasa dunia ni sempit.. sehingga kita terkejar-kejar masa yang bergerak begitu pantas.

pada tanggal 2 Muharram 1431 bersamaan 19 Disember 2009. Tok wan (datuk) aku telah kembali bertemu Penciptanya. pada ketika tu aku berada bersama2 jemaah USM khuruj 2 weeks di Sg. Petani. Pada ari tu kami di masjid Penghulu Him dan aku diputuskan untuk khidmat pada hari tu. tiba2 selepas maghrib aku terima panggilan dari mak aku yg mengatakan tok wan ku sudah meninggal dan selepas isya' terus aku bergegas pulang ke kampung. terima kasih kepada amir sub, abg fitri dan azizi kerana sudi menghantar aku. satu berita yg menydihkan. sbb banyak pengalaman aku bersama2 dengan arwah. kenangan terindah. semoga Allah swt meletakan tokwan berada bersama org2 soleh amin. alfatihah..

bersempena gambar yg aku letak dalam entry ni.. dalam sebulan ni byk berlaku gerhana. gerhana bulan pada malam jumaat 1.1 semasa tu aku berada di Masjid Benggali ikhtikaf kat sana. dan pada 15.1 ari tu berlaku gerhana matahari pula.. semuanya berlaku pada ari jumaat.. adakah kiamat semakin hampir?? em risau juga.. dapat juga belajar solat gerhana ni..

jika zaman Rasulullah saw berlaku gerhana.. Rasulullah akan risau.. dan lakukan solat gerhana panjang sehingga gerhana hilang.. tanda2 kiamat salah satunya berlaku gerhana..
15.1 ari tu aku berpeluang melihat gerhana matahari separuh melalui teleskop yg USM bekalkan untuk dilihat.. em subhanallah.. sungguh hebat ciptaan Allah SWT. sesungguhnya semua yang berlaku di dunia ni atas pentadbiran Allah swt.

semoga apa yg berlaku ni dapat kita ambil ikttibar dan sampaikan..

Wallhualam..

Jumaat, 11 Disember 2009

Antara 2 marhalah


eh macam tajuk drama plak he..

skrang aku telah berpindah ke marhalah (lebih kurang macam tempat) baru.. dulu marhalah masjid batu uban sekarang marhalah surau kampung melayu.. kedua-dua nya marhalah syura' Penang.. kalau aku balik Manjung,Perak marhalah aku di Surau Taman Samudera..

tp aku jarang balik rumah banyak masa aku di habiskan di hostel jadi marhalah aku ialah Desasiswa Tekun USM.. selagi bumi di pijak usaha perlu di jalankan.. takkan kat hostel je buat usaha.. masa cuti masa di rumah pun kn buat jg.. pengorbanan tu penting.. semoga istikamah dengan kerja agama ini.. kalau tak khuruj (keluar) amal makami perlu dilakukan..

betul la sebagai seorang da'i ni tiada rehat bagi mu.. (tapi aku ni asyik nak rileks je).. takaza2 (keperluan) agama bayk di hadapan tp byk yg aku tak sempurnakan.. bila di tasykil (ajak) rasa lemahnya.. aduhai.. Jangan letak dirimu dalam kebinasaan Huszaimi.. Usaha agama ni bukan kat hostel je.. tp di seluruh dunia..

usaha ni tak perlukan kita.. kita yg perlu usaha ni.. terpulang la pada pendapat masing2.. kadang2 bila tertinggal amal makami ni aku rasa lemah je.. banyak main2..
Dakwah ni bukan sj bila khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan dll.. tp sepanjang hidup mu.. sebb tu ada amal makami.. khuruj ni kita buat ziarah di tempat lain bl pulang tempat sendiri pun kn buat usaha jg..

kadang2 ada org salah faham yg org buat usaha ni telah lakukan bid'ah "keluar dakwah 40 hari mana ada dalil.. dakwah mana ada tetapan masa" dan mcm2 lagi la.. rasanya faham2 je la.. "dakwah is forever".. em kalau nak tau kena keluar la pastu libatkan dengan amal makami.. jgn cakap je..pastu kata sesuatu perkara yg kita tak fahami nya.. aku pun masih peringkat belajar2 belum faham lagi.. doakan ku..

Amal makami ialah :
Fikir harian (mesyuarat) setiap hari, khususi setiap hari, ta'lim wa ta'lum setiap hari, ziarah (marhalah sendiri dan marhalah jiran) seminggu sekali, khuruj 3 hari setiap bulan.. insyaAllah..

Wallhualam..

Selasa, 8 Disember 2009

Berpolimik Politik sebentar..



Kesinambungan daripada artikel lepas kali ni aku ingin ceritakan pengalaman aku dan apa yg aku alami semasa di Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia "Memeperkasakan Institusi Parlimen".. Seminar ini telah berlangsung d Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.. Peh mewah betul hotel ni.. besar dan unik.. dari luar nmpak ukiran2 tradisi org melayu dulu2.. em bangga aku lihatnya.. org KL tau kot kesergaman hotel ni (aduhai lemahnya aku terkesan dengan kebesaran dunia, sesungguhnya di akhirat lebih2 lagi).. rasanya banyak program hotel tu anjurkan..

Kami pelajar USM adalah yg paling awal tiba iaitu pada pukul 8 pg em.. ye la tuan rumah.. setelah tu kami di hidang dengan sarapan pagi.. makan mee goreng dengan apa ntah (makanan hotel ni bukannya sedap pun haha..)lepas ambil makanan tertanya2 juga aku "eh kat mn kita nak duduk makan ni?" kwn aku kata hotel ni selalunya makan tengah hari je ada tempat duduk.. "so makan berdiri la.." yep.. huhu.. ni bukan cara kita.. ni cara org telah musnah akhlak nya..hem.. aku dan sahabat2 aku tak kira juga kami nak mkn duduk.. terpaksalah kami makan bersila berlapik permaidani yg lembut di tepi pintu (macam kancil masuk kampung tp takpe "kancil" yg tetap pada nilainya).. kami ajak kwn2 lain juga.. alhamdulillah semua kwn2 seUSM semua duduk sekali.. walaupun seperti agak dipandang2 oleh waiter hehe..

Setelah itu kami pun masuk ke dalam dewan em ramai yg telah tiba.. menteri, wakil2 rakyat kerajaan serta pembangkang (ahli dewan rakyat).. senator (ahli Dewan negara seperti Jins Samsudin) dan pelajar2 IPT. (pertama kali tengok banyak menteri rasa kagum jg hihi).. ucapan kata2 aluan dari Tan Sri Pandikar Amin Hj. Mulia (YDP Dewan Rakyat) sungguh bertenaga dan berilmiah.. lantang juga ucapannya.. terutamanya teguran kepada wakil2 rakyat berkenaan semasa persidangan Dewan Rakyat.. dan yg aku tak lupa beliau kt "samasa dlm dewan kamu adalah wakil rakyat kamu bukan wakil parti kamu".. betul jg..

Setelah perasmian ada minum pagi.. em mkn lagi huhu.. seterusnya sidang 1 rakyat dan kerajaan : Dimanakah Parlimen?. tajuk yg sungguh menarik.. baru aku tau apa itu parlimen.. em.. selepas tu makan tengah hari (bukannya sedap pun..) dan solat.. mkn bersama menteri.. em.. paling aku tidak lp ada juga aku berseloroh dengan sorang wakil rakyat ni "eh dato makan ckit je?" jwbnya.. "ye la dah tua kn mkn ckit2".. hehe.. ada juga menteri ni memang aku kenal (tak boleh bgtau nm) semeja dengan aku.. biasa la habis2 mkn memang nak cas la.. apalagi menteri ni minta izin nak cas kejap kat km hehe.. lawak jg.. hati ku terdetik.. em mereka ni pun org biasa ja tak la sombong sangat yg penting jgn hipokrit.. seterusnya ke sidang 2 Parlimen Milik Siapa? em sidang ni lagi menarik.. byk candangan2 yg diutarakan.. terutamanya berkenaan wakil untuk pelajar2 dalam dewan negara perlu diwujudkan.. bagus cadangan tu.. semasa sesi soal jawb ada juga pelajar ni persoalnkan tentang sistem demokrasi berparlimen kenapa tidak Republik iaitu presiden em.. Jwab la sendiri ye....

dan seminar ni tamat pada pukul 6.. di sini aku byk berkenalan dgn MPP dari IPT2 lain.. dari UPM.. em banyak juga soalan2 yg diajukan dari UIA, UPSI, UTAR dll..

Di akhirnya aku dapat buat kesimpulan,. sebenarnya "kita" ni banyak lagi tak tau fungsi sebenar Parlimen.. kadang2 tingkah laku ahli2 parlimen ni pun lucu jg pembangkang ke kerajaan ke.. walaupun sehari bersama dengan hanya sebahagian wakil rakyat aku dapat lihat tingkah laku mereka ni jika sesama mereka.. mesra je kedua2 pihak..kadang2 kita dapat lihat juga kematangan dlm tingkah laku wakil2 rakyat ni dan dapat nilai sesuatu yg berharga.. mereka pun sama mcm kita..mungkin ada kelebihan ckit dari seni berpidato mungkin? he (aku jauh sekali).. so jgn dengar cakap org.. alami sendiri.. dan nilai.. jgn dgr sebelah pihak je.. lihat kebaikkan buang keburukan..

kepada wakil rakyat atau bakal wakil rakyat.. jalankan tanggungjawab mu sebagai khalifah di muka bumi ni.. tak kisah lah dari mana2 pihak pun.. Sesungguhnya tanggungjawab kamu itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Amal yg baik akan selamatkan dari azab api neraka.. "Sesungguhnya kejayaan terletak dalam agama bukan parti2 politik2"..

wallhualam..

Hanya Sekitar Pejalanan.


Pada hari ahad yg lepas aku dan kwn2 aku seuniversiti seramai 27 orang telah berpeluang megikuti Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia yang telah danjurkan oleh PPSK USM yg bertempat di Hotel Royale Chulan KL...

Kami bertolak dari USM pada hari sabtu pkl 11 pagi.. yang menariknya sahabat2 rakan seusaha juga pergi iaitu Fairuz, Badrul, Fitri, dan Adnan.. kami tiba d UM pada pkl 6 ptg dan telah menginap d kolej Za'ba.. em besar jg UM ni.. pada hari tu ada juga Perasmian Pertandingan Debat Piala Diraja yg brlangsung d DTC..

kami maghrib d surau asrama tersebut dan mesyuarat sekejap.. mesyuarat berkenaan sama ada mahu pergi ke masjid sri petaling atau tidak.. sbb mlm sabtu ialah malam markaz KL.. akhirnya disebabkan takut terjadi masalah.. kami putus tidak pergi.. masa duduk2 di surau terlihat buku mesyuarat d surau tersebut.. em aku pun membelek2nya.. alhamdulillah nampaknya usaha agama d UM berjalan.. menurut kwn aku ni (dia dl student PASUM) usaha agama d disini banyak juga tentangannya tp memang masih kuat.. "bila kuat penentangan,lagi kuat usaha".. aku harap rakan2 seusaha d UM kuatkan usaha begitu juga d USM..

setelah itu kami berjln2 di sekitar UM walaupun pada waktu mlm.. em kami singgah d DTC dan d sekitarnya.. cantik dewan nya.. ada satu tiang tu penuh dengan pokok lagipun banyak bangunan2 d UM tidak dicat baru nmpak la seperti bangunan2 lama.. mungkin nak kekalkan nilai2 estetikanya hihi..

keesokkanya pada pukul 730 pagi kami telah bertolak d Hotel Royale Chulan untuk seminar tersebut em ramai yg hadir wakil2 rakyat, senator2, student2 dari IPT2 di Malaysia.. Seminar ni tamat pada pukul 6 petang. dan bersiar2 sekejap d KL pulang ke USM pada pukul 9 mlm.. suatu perjalanan yg menarik bagi ku.. :-).

Rabu, 2 Disember 2009

Persediaan awal..



Persediaan awal.. ada apa ye dalam melakukan persediaan ni..
sememangnya persediaan di awal setiap perkara adalah sangat penting dan dituntut..

seperti kita sedia maklum.. bila masa peperiksaan kt selalu dengar "adalah penting membuat persediaan awal sebelum exam supaya mudah untuk menjawab soalan"....

selain itu..???

- Persediaan sebelum belajar.. (wuduk, pencil,pen,kertas)
- Persediaan sebelum masak... (gula, garam, kuali,api)
- Persediaan sebelum tidur.. (wuduk, baca doa tidr, alas)
- Persediaan sebelum menjadi pemimpin.. (kem kepimpinan..)
- Persediaan sebelum khawin.. eh.. (ada calonnya hehe)
- Persediaan sebelum pilihan raya... huk.. (kempen2, rapat umum..)

semuanya memerlukan persediaan awal.. dan yang paling penting persediaan minda dan emosi untuk menghadapi setiap perkara ini. eh.. macam ESQ plak hehe.. Emotional and Spriritual. jika tidak bersedia takut2 jadi perkara yang tidak di ingini.. tekanan beb..huhu..

seperti yang aku alami sendiri (bukan tekanan la haha).. amir sab (ketua jemaah) semasa aku keluar jemaah dulu ada berpesan.. "jika kita buat persediaan awal dalam agama dan akhirat.. InsyaAllah persediaan kita di dunia ni kita dapat lakukan.. sebbnya persediaan dalam agama lebih utama.." sebagai contoh :

persediaan sebelum solat (berwuduk,zikir,tunggu di tempat solat) supaya kita lebih tumpuan dan insyaAllah lebih khusuk.. (aku masih usahakannya em lemahnya aku.. semoga Allah swt beri kekuatan pada kita)..

dan paling aku tidak lupa berkenaan majlis ta'lim (belajar) dan majlis ilmu.. em amir selalu tekankan.. jika kt hadir awal dalam majlis ta'lim insyaAllah majlis2 ilmu lain juga kita akan pergi awal.. hadir ke kuliah awal, abehkan kerja awal, hadir temu janji.. (em ni pun aku masih usahakan lemahnya aku...)..

berebut2 nak duduk di depan si pembaca ta'lim first class order hehe.. dan yang paling aku nampk bersungguh2 adalah budak2 madrasah ni semasa jemaah aku di minta nusrah budak madrasah di Kelantan.. berebut2 budak2 ni nak duduk depan nak dgr bayan.. seronok tengok.. :)

~Majlis ta'lim di Desa Tekun selepas subuh 30 minit.. dan kalau khuruj (keluar) selalunya dalam pukul 10 am sampai zohor.. akan baca kitab fadhilat dan hadis supaya beri kita keyakinan pada janji2 Allah swt..~

Love Knowledge.. Love Nature.. and Love Islam.. ;-)

Title telah diubah..



Sebelum ni dikenali Huszaimi Life.. tapi rasa macam tak sesuai.. kalau life dah jd macam diari.. yang peribadi tetap peribadi..

jadi di ubah kepada "Aku Alami dan Aku Sampaikan" supaya apa yg aku tulis adalah atas pandangan diri aku..

tidak ada pengaruh dari siapa2.. manhaj ke, fahaman ke, persatuan ke, jemaah ke, fikrah ke, parti2 ke.. so kalau salah.. salahkan pada diri aku bukan orang lain.. semuanya berdasarkan apa yg aku alami sendiri dan luahan dari diri aku yang lemah dan kerdil ini.. InsyaAllah... Lihat kebaikkan buang keburukan..

Ya Allah lindungi diri ku ni dari asbab fitnah terhadap orang lain..

....Semua orang baik... :-)

Isnin, 30 November 2009

Kem Manikayu 3A Kelanasiswa USM (KLKMUSM) suatu pandangan..


Em.. pada 20,21,22/11 yang lepas aku telah berpeluang mengikuti Kem Manikayu Peringkat 3A KLKMUSM.. em kem yg menarik.. kem ni dihadiri oleh semua level 200 ada beberapa orang sahaja yg tertinggal dan tak pg..

banyak yg dah berubah berbanding kem yg lepas tahniah kepada ajk2 yg bertungkus lumus untuk menjayakan kem ni.. walaupun dalam minggu2 peperiksaan..

banyak yg aku belajar dalam kem ni.. krew aku terdiri daripada Aiman(ketua), Tiong Yong Hee(QM), Huszaimi, Ain, Dya (P.Ketua), Ma, dan ............ (terlupa hehe)..

Ahad, 29 November 2009

Gambar Keluarga ku












GAMBAR KELUARGA AKU.. MASA RAYA AIDILADHA TAHUN LEPAS... KENANGAN TERINDAH..

Selamat Aidiladha..















Selamat hari Raya Aidiladha saya dan keluarga ucapkan.. semoga pengorbanan kita selama ini diterima oleh Allah swt..

Raya kali ini simple2 je.. First day raya di Bagan Serai, Perak.. solat raya d Masjid Bagan Serai.. tahun ni tak buat sembelih korban.. tgk org sembelih ada la.. lepas solat.. pergi ziarah kubuk tok wan aku d Masjid Matang Redu.. byk jg org yg pergi sana.. lepas tu pegi umah saudara mara.. tok nek n tok cik.. pastu balik.. lepas balik byk pula org yg datang umah opah aku ni..

Second day beraya d umah mak ngah sebelah ayah aku.. sbb d sana ada tok wan aku.. mak ngah la yg byk uruskan tentang tok wan aku yg sakit.. t. kasih mak ngah.. lagipun kat sini ada keduri.. mak ngah buat kenduri untuk kesejahteraan tok wan aku.. ada majlis baca yasin.. byk yg hadir.. yg senoroknya masak gotong royong.. ramai2 tolong..

em lepas tu petang balik Penang...

Khamis, 12 November 2009

Periuk.. Kuali...

Tajuk kali ini berkenaan kisah di sebalik periuk, kuali, talam dan segala alatan masak memasak.. atau semasa keluar dikenali sebagai alatan ta'am..

Makan-makan atau dalam arabnya ta'am-ta'am.. perkataan yang sering aku tunggu2 he..

Sebenarnya, tajuk ni hasil inspirasi semasa aku berada dalam kereta pensyarah aku untuk menziarahi kwn aku di kampungnya. Aku pun apa lagi minta tumpang la..

dalam kereta tu bukan calang-calang orang yang naik nak di banding dengan aku yang tak de apa2 ni...ada pensyarah psikologi, timbalan dekan skol aku dan ydp persatuan skol aku.. kiranya banyak juga perkara yang dibincangkan.. salah satunya berkenaan status makanan halal di Malaysia semakin meragukan..
Risau jg aku.. didapati hampir kurang 10% hotel di Malaysia tidak menitikbertkan status halalan toyibba yg disyariatkan.. janji tak de babi.. dah halal.. tp toyibba nye..? cara sembelihannya..? (macam mn nak buat dinner ni hem...)
perkara ni bukan terjadi pada hotel2 je.. tp kedai restoran, warung2, dan kedai makan2 sekarang ni dah hilang toyibba nya.. janji dapat untung cepat.. perkara2 lain pejam mata.. bukan semua.. tp dah semakin banyak.. dan perkara ni memang membimbangkan.. takut2 ia akan menjejaskan amalan kita seharian.. (semoga Allah swt beri perlindungan)..

em patut la semasa aku keluar jemaah.. ahli2 jemaah akan masak sendiri..
dalam hati aku yang lemah ni terdetik

"patut la jika keluar akan masak sendiri,
beli barang2 guna duit korban sendiri,
baru rasa nikmatnya makan bersama daripada seorang diri"

dengar juga masa orang dulu buat usaha.. pernah juga usaha ni dilabel "jemaah angkat periuk" he.. jihad guna kuali he.. menyebabkan aku tersenyum simpul em mungkin ini la akibatnya.. takpe fikir2kan lah...

sekarang ni makanan tepi jalan2 pun dah tak boleh percaya kalau yakin lain cerita.. yang was2 ni yg masalah ni.. shubhah2..
rasanya lepas ni tak jadi masalah.. mari kita masak sendiri.. baru kita hargai masakan kita.. (belajar masak dalam majalah Saji....)

Rabu, 21 Oktober 2009

~Bahasa Isyarat..~ @";"@


Tajuk kali ni bahasa isyarat..
em seperti pengajian aku d USM sekrang dalam Pendidikan khas : Masalah Pendengaran

hari ini aku dan kwn2 sekos aku telah diberi tugasan oleh Dr. Aznan untuk membuat persembahan nyanyian lagu dengan menggunkan bahasa isyarat.. menarik juga walaupun persembahan aku amat mengecewakan he.. sori ye (especialy to my group) hu..

aku rasa perkara ni satu langkah yang bijak terutamanya untuk menggunakan bahasa isyarat dalam perbualan seharian kita terutamanya golongan yang tidak bernasib baik.. sbb mereka pun ada hak juga sebagai insan d dunia ni.. kalau boleh semua kita perlu belajar b.isyarat ni.. supaya mudah nnti..

salah satu perkara yang membuatkan aku bersemangat untuk mengetahui b.isyarat ni apabila aku melihat pada Malam Markaz Penang d Masjid Benggali terdpat halaqah jemaah pekak dan bisu..

mereka menggunakan b.isyarat untuk berkomunikasi... em menarik... bagus buat usaha atas iman dan amal pada mereka yang tidak bernasib baik ni.. sekurang-kurangnya mereka dapat beramal dengan iman yang soleh.. kagum aku melihat murtajim (penterjemah) menggunakan b.isyarat untuk menterjemahkan kepada mereka apa yang bayann tengah sampaikan..

buat usaha atas iman dan amal...

InsyaAllah doa kan aku untuk berkhidmat kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sentiasa istikamah dalam kerja agama ni.. Amin..

Isnin, 28 September 2009

Iqra' itu Membaca



Assalamualaikum..
tajuk kali ini membaca.. em bg aku membaca ni memang sangat penting.. tak kira muda atau tua smua perlu membc..
ye la dlm Quran pun suruh kan..

tp pembacaan yg mcm mn yg harus di pilih.. pasti dan pasti yg bermanfaat..

semlm aku tngk ct upin dan ipin.. tajuknya "membc".. teringat plak ms kecil2 dl belajar membc..he..

sebenarnya apa yg aku ingin sentuhkan ni berdasarkan pengalaman aku pd cuti seminggu ry lepas.. semasa ada di kmpung..
selepas solat mghrib aku terlihat buku ta'lim yg agak berhabuk ada di sebelah imam atas mimbar.. dalam ht aku terdetik mungkin di hadiahkan oleh jemaah yg dtg ke surau tersebut sebagai bacaan ijtima'i (beramai-ramai)..
selepas membc quran.. terus aku ke mimbar mengambil buku ta'lim dan membacanya dengan kuat supaya mudah untuk aku manghayatinya, menginggati dan amalkannya.. setelah selesai membaca 3 ke 4 hadis dan keterangan ttg fadhilat solat dan quran.. seorg pakcik menyapa aku..

"baca la lg..bgs baca hadis ni.. baca sampai msuk isya'.. pakcik nak dgr.. kalau pakcik memang segan(malas) nak bc.."

em.. aku pun teruskan membaca.. dengan harapan apa yg didengar dapat kita amalkan dan sampaikan.. bukan dibaca untuk org.. tp untuk dr yg lemah ini..

mgkin sebb tu la bk fadilat amal versi BM ni dipermudahkan dan diringkaskan dari segi periwayat dan tidak lari maknanya supaya difahami oleh semua lapisan termasuk knk2.. kalau tidak..tebal lagi la bk ta'lim tu.. lg org biasa2 macm aku ni tak terbc... tp yg rajin membaca dan mengkaji buku2 teruskan.. aku pun mint jg bab mengkaji2 ni.. InsyaAllah suatu hr nnti..

jadi kepada semua banyakkan membaca dan rajin membaca lagi dan lagi...

Wallahu'alam

Khamis, 10 September 2009

Iftar Jama'i USM 1 Siswa 1 Malaysia.


Semalam telah diadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri Raja Perlis, Sultan Kedah, Tun Abdullah Ahmad Badawi bertempat di Pusat Islam USM.

ramai yang hadir.. aku bertolak dari asrama pada pkl 630pm bersama dengan abg faiz.. niat nak khidmat.. tapi org dah semakin byk..

selepas mengambil nasi aku bersama abg faiz mencari tempat duduk yg hampir dipenuhi org.. alhamdulillah dapat juga.. semasa menunggu ubtuk berbuka pakcik (tak ingat namanya) yg semeja dengan aku byk beri nasihat pada aku yg masih muda ni untuk terus belajar dan berpegang pada agama.. terima kasih pak cik..

dan semasa berbuka masih bayk lagi org yg masih menungu makanan.. rs terdetik dlm hati kalau la makan dalam dulang (talam) rsnya cukup untuk semua. ~sunnah membawa kejayaan~

em selepas tu kami semua sembhyg mghrib.. lewat juga.. sebb nak kn tunggu kenamaan berada pada saf nya.. em.. satu pengalaman yg menyeronokkan..

Wallahua'alam..

Rabu, 9 September 2009

Karkuzari 3 hari di Taman Desa Sena SP..

Alhamdulillah keluar 3 hari kali ini kami jemaah USM marhalah tekun dan restu bersama-sama dari jemaah sg. ara iaitu marhalah salah seorang syura' penang Cikgu Azman,

bnyak yg aku belajar sepanjang berhijrah 3 hari di Surau Al-A'ala taman desa Sena, Sberang Perai.
semasa di sana kami telah bertemu penduduk tempatan.. dan yg paling byk beri masa bersama jemaah kami ialah seorng pemuda bernama Abu Zar student politektik seberang. Kagum tengok dia hanya dia seorng sahaja penggerak di sana walaupun byk penduduk tempatan yg pernah keluar. Dakwah ni bukan untuk betulkan org tapi untuk diri kita dan semua umat manusia..

ini menyebabkan aku rasa aku perlu bergerak walaupun seorg tak perlu tunggu org ramai atau org lebih tua untuk mengajak manusia berbuat baik dan cegah kemungkaran terutamanya di bumi USM yg tercinta..

pada hari kedua semasa ta'limi jaulah. bersama abg 'malaikat' (malik) dan abg fairuz.. pada waktu pagi hari tersebut.. kami bertiga telah terlihat kereta yg telah dipecah tingkapnya.. mungkin hendak mencuri agaknya. tapi menurut Abu Zar perkara ini memang biasa terjadi kadang2 bukan mencuri tapi masalh kianat.

em.. sedih aku tgk walaupun aku lihat taman ini aman damai tp masih berlaku perkara2 mungkar.. ini masalah IMAN.. apabila usaha atas iman tak dilakukan jadi mcm ni la..

terdetik dalam hati aku..kalau la keluar khususi pada pagi td pasti perkara ni tak terjadi.. em tapi ni takdir daripada Allah kita sebagai makhluk tak boleh boleh buat apa-apa.. hanya yg boleh berusaha.. Usaha Atas Iman dan Amal...mungkin ada hikmahnya..

Wallahua'alam..

Tenaga yang dibazirkan..?


~Kejayaan hanya dalam agama sejauh mana kita taat pada perintah Allah dan ikut cara Rasulullah saw~


Alhamdulillah.. dapat bersua lagi..

sekrang pun Ramadhan sudah hendak berakhir.. oleh Itu kita renung2kan lah Ramadhan kita pada tahun ini.. adakah bermanfaat atau tidak.. kalau ya.. Alhamdulillah


kalau tidak banyklah istighfar pada Allah...


Takut2 org berpuasa kita juga berpuasa

tapi hanya dapat lapar dan dahaga,

nikmat di akhirat juga tiada..

tenaga dibazir begitu sahaja....


Selamat menempuhi malam2 terakihr Ramadahan/...



Selasa, 8 September 2009

Huszaimi kembali

Assalamulaikum..

lama tak tulis dalam blog..
InsyaAllah tak lama lagi akan kembali he..
sory ye..
cbuk ckit kebelakangan ni.. laptop pun rosak..
k..
Wsalam..