Isnin, 29 Mac 2010

Perempuan, Wanita, Gadis, Muslimat., Masthurat...


Entry kali ni berkenaan usaha masthurat (wanita)..
mungkin sedikit sebanyak persediaan kepada diri ku ini hihi..
disebabkan aku tiada pengalaman dalam usaha ni.. maka aku copy dan paste je.. bukan kopi dan pastry ye huhu.. semoga dapat diambil manfaat bersama....


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya.
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!

Wallhualam...

Khamis, 25 Mac 2010

Peace


Peace hihi.. kenapa berita asyik masuk keburukan je.. masuk la plak kebaikkan..
takpun ada masalah.. tp pandai2 buat huraian sendiri takpun tambah2 cerita (sesi melepas geram hihi) Senyum sokmo ;-) (tau kot skrang cerita ni hot haha)

tetiba rasa nak lepas geram dalam blog haih..

em.. tadi terbaca blog abang azhar memang menarik.. dan aku pun penah dengar cerita ni semasa aku keluar tahun lepas masa tu dalam jemaah aku ada seorang yang penah pergi belajar di USA..

dari blog abg azhar..
Cerita sorang ahli jemaah yang baru tangguh dari keluar 4 bulan di USA pada awal Mac.. 'Kerajaan Amerika mengkelaskan orang Islam kepada 4 golongan;
  1. Orang yang Islam pada nama sahaja. Tak ada apa-apa amal.. Mereka ini tidak bahaya..
  2. Orang Islam yang berpikiran moden. Mereka ni pun tak bahaya..
  3. Geng jihad.. sikit-sikit jihad.. Nak kenal geng ni, buat diorang marah.. Mereka ni dikira bahaya dan dianggap pengganas kerana boleh menyebabkan suasana huru-hara dan ketakutan pada rakyat..
  4. TJ.. Tabligh Jamaat.. Yang ni korang pun kenal ciri-cirinya.. Tengok muka sendiri kat cermin je.. Mereka ni dikira BAHAYA jugak sebab; dengan pergerakan mereka ni, orang Islam kembali mengamalkan Islam dan orang bukan Islam berduyun-duyun masuk Islam.. Subhanallah.."
Banyak jemaah-jemaah dari France, Uk, South Africa dsb dihantar balik sesampai sahaja kat imegresen Amerika.. Ada satu jemaah South Africa dapat masuk sebab masa apply visa diorang tulis reason for visit; 'Tabligh'.. Walaupun lepas, rupa-rupanya diorang sentiasa dalam perhatian perisik Amerika.. Setelah buat usaha 3 hari, salah seorang ahi jemaah telah keluar masjid dan pegi minum kopi kat Starbuck.. Tengah syok minum dia diserbu oleh agen Amerika dan disoal dengan berbagai soalan.. Tak cukup lagi, lepas tu semua ahli jemaah kena soal.. Kemudian tu, on the spot semua ahli jemaah tu dihantar balik dengan alasan 'Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

em.. memang menarik kalau nak tau lagi kena keluar lagi dan lagi ini baru cerita berkenaan amerika tidak negara2 lain seperti France, Brazil, dll (tak ada kena mengena dengan Piala Dunia ye huhu)..

persoalan : kenapa berita macam ni tak keluar akhbar ye???

dari Bekas presiden US, Bill Clinton kata, tabligh 'they are no where but they're everywhere'

Pembetulan : umat islam bukan ada 4 ye.. Umat Islam hanya satu.. Umat Nabi Muhammad SAW..
takde org tabligh ke, org A.. ke, org P.. ke, org I.. ke..
Ambil yang baik, Buang yang buruk..
Wallhualam...

Rabu, 10 Mac 2010

Gunakan nikmat..


Sudah lama tak tulis.. kesibukan melanda diri yang lemah ni.. sibuk membina dunia yang melebihi sibuk membina akhirat.. hehe.. asingment dan macam-macam lagi.. (alasan je tu)..

oleh itu (sedikit targhib) masa yang ada gunalah sebaik-baik supaya masa yang ada tidak hilang begitu sahaja.. Demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali.....

dalam sebulan tak menulis.. macam-macam juga yang terjadi ada yang gembira dan ada yang sedih..
sedikit penceritaan:

semasa aku keluar ziarah 3 hari Raya Tahun Baru Cina (tak sampai dapat dalam 2 hari je..) di Balik Pulan..Surau Taman Sri Indah.. dalam 2 hari macam biasa la ta'lim, ziarah, muzakarah, sona dan kana (dalam bahasa urdu hehe).. setiap kali kalau kita niat nak belajar.. insyaAllah..
banyak yang kita belajar... tambah2 amir sub abang ibrahim memang banyak la belajar.. macam mn kisah abg ibrahim yang biasa keluar ke Albania dan Kanada.. kalau nak tau ken keluar la.. (em.. naik jasbah (semangat) juga aku nak keluar negara jauh2 ni untuk selamatkan umat dalam kegelapan dengan di bawa cahaya kebenaran Islam untuk diamalkan..

so I must stat now at here and everywhere.. selagi hayat dikandung badan kan.. semasa aku keluar ni yang menariknya aku berkenalan dengan seorang pakcik yang hampir buta matanya.. walaupun begitu beliau tetap berjalan dari rumah nya ke surau dengan bertongkat putih untuk solat berjemaah.. kagum aku.. tambah2 bidang aku di USM ialah Pendidikan Khas.. rasa rugi plak ilmu yang ada tidak di manfaatkan.. em.. pak cik ni siap tahu lagi kedudukan suis kat surau tu mana2 suis yang dah rosak.. setiap amal yang kukuh perlu kepada iman yang sempurna..

em kepada kita yang sentiasa celik untuk melihat dunia sementara yang indah ini apakata kita gunakan nikmat tu untuk tuniakan hak nikmat tersebut kepada yang mencipta nikmat.. (agak mendalam juga perkataan ni.. naik pening juga he)...

Pujangga Melayu bermadah :
Setiap perkara penuh nikmat,
Masa berlalu begitu singkat,
Namun perkara utama menjadi tempat,
Semoga nikmat yang diperoleh hingga ke akhirat.. (insyaAllah)..

Wallhualam..

Selasa, 9 Februari 2010

Bersangka baik... :-)




Pujangga Melayu bermadah :

Kejahatan pandangan mata dan hati,
Sentiasa berasa membangga diri,
Namun dini hari silih berganti,
Sungguh ku tahu hinanya diri ini.



Susah sungguh untuk buat perkara ini.. mungkin ada masalah pada hati ni.. ish2..
"tidak.. tidak... aku je betul.. semua orang salah.. semua kena ikut pandangan aku..pandangan selain aku semua "lemah" pandangan aku je yang betul dan sahih.."


adoi la..asyik lihat buruk orang je.. buruk diri tak terlihat pula aku ni... em..
pentingnya sangka baik dengan semua orang tambah2 sesama Muslim.. kenapa nak membenci antara satu sama lain kan.. kita semua bersaudara.. satu kalimah iman..

Pagi tadi aku telah mengikuti kuliah Pendidikan Khas.. em.. tetiba pensyarah ku tersentuh bab melahirkan anak.. menarik juga.. layan je hehe.. tp tetiba ada kenytaan yg mungkin aku seorang sahaja dalam kuliah tu yg kurang enak mendengarnya..

"ada 'tabligh2' ni tak nak bagi anak mereka vitamin K sebb hasil dari sumber binatang"

Maklumat : Vitamin K di suntik kepada anak selepas di lahirkan untuk mengurangkan risiko penyakit diebetis yg akan dihadapi oleh anak tersebut akan datang.
yg menjadi masalahnya adalah sumber vitamin K tersebut.. tp hasil pencarian aku vitamin K banyak ditemukan dalam sayuran hijau, seperti bayam, katuk, kol, selada, dan brokoli. yg lain wallhualam..
++persoalan : "tabligh" ke aku ni..?? em kita Umat Nabi Muhammad saw...

takpe sangka baik.. mungkin pensyarah aku tak faham lagi usaha agama ni (termasuk aku ni).. sedih juga.. harap2 tidk berlaku fitnah.. ya Allah jauhi kami dari segala fitnah..

tapi yang aku gembira :-) .. orang kata orang buat usaha agama (lebih dikenali oleh orang ramai sebagai tabligh) ni tak de ilmu la.. tolak ilmu la.. kolot la tapi..
org buat usaha agama tau juga ye kandungan dalam vitamin K ni hehe.. bijak2...
harap2 dapat maklumat yg shahih.. kita main shahih je skrang ni yg lain no..no.. hehe..
bagi aku selagi kita tak was-was atau ragu-ragu dengan perkara tersebut teruskan.. untuk kebaikkan bersama juga kan..


Jauhi kami dari keaiban saudara2 kami..amin

Positif2.. baru hidup bahagia..

Wallahualam...

Sabtu, 6 Februari 2010

MAHAR SI DIA?



Eh gambar cincin plak.. em.. ok.. he.. Semalam aku telah berpeluang untuk mengikuti satu program ceramah yang bertajuk "Mahar Si Dia" anjuran PMIUSM.. ramai juga yg hadir.. Penceramahnya terdiri daripada Ustaz Ibrahim, Dr.Jasni dan Dr.Hasanah. secara keseluruhan segala isu yang disentuh amat menarik terutamanya kepada kaun lelaki dan pesanan kepada kaun wanita hehe..

segala kisah berkisarkan perancangan sebelum berkhawin dan semasa berkahwin.. yang pasti nya isu bekaitan mahar menjadi tajuk perbincangan.. samaada mahar yang tinggi atau mahar yg rendah.. mana lebih baik? nak ikut peredaran zaman sekrang?..

Mahar ni adalah pemberian yang wajib kepada wanita dan mahar tiada kadar tetap.. mahar terbahagi kepada 2 iaitu mahar misil dan masar musamma.

pada mlm tu banyak tips2 dan pengajaran yg diperoleh.. mungkin aku cuma dapat sampaikan sebahagian yg menarik dari pengalaman aku..

Manusia ini berfitrah dan fitrah ini perlu berlandaskan kepada pentunjuk yang sebenar iaitu Rasulullah saw. supaya apa yang kita lakukan tidak berlaku fitnah.. emm.. dalam isu ini aku tak lihat fitrah kepada kahwin sahaja tetapi.. segala tingkah laku kita perlu kepada petunjuk yang benar termasuk juga usaha dakwah.. supaya apa yg berlaku tidak berlaku fitnah..amin..

Setiap perhubungan perlu berlandasan kepada TAKWA kepada Allah.. supaya setiap perhungan diredhai oleh Allah swt serta membentuk mawaddah.. dan selain itu perlu mempunyai KASIH antaranya..

K = Kukuh
A = Akhlak
S = Sayang dan sihat
I = Ilmu
H = Harmoni

ada diceritakan bahawa wanita diperbuat daripada tulang rusuk lelaki.. bukan tulang kepala yang hendak dijunlang atau tulang kaki yang hendak di dipijak.. tetapi tulang rusuk yang dekat dihati untuk disayangi.. wah romantik pula ye hehe.. ok..

Itu lah cantiknya ISLAM yang telah memuliakan wanita.. wanita ini umpaya permata yang bernilai.. perlu disimpan dan dijaga dengan rapi.. bukan untuk di hina, ditindasi atau dipergunai.. Permata is Harta so kpd lelaki pilih wanita yang ber"harta" ye..

Aku pernah juga muzakarah dengan seorg rakan seusaha ni.. em.. aku tanya seperti org lain persoalkan tentang tinggal anak isteri.. jawapannya.. jgn risau Allah bersama kita.. em ye.. aku masih tak puas hati.. bila aku keluar lagi dan lagi baru aku faham (mungkin hanya secebis sahaja).. sebelum keluar ada tafakut (temuduga) dengan syura' dulu..bila isteri bagi dan keperluan cukup untuk tempoh2 tertentu dan dapat cuti baru syura' bagi keluar tidak jangan mimpi la.. (perkara tu bukan maksud kita keluar.. tapi maksud hidayat seluruh alam.. InsyaAllah..)
ada juga sahabat2 ni kata "bila kita balik (pulang) dari khuruj.. rasa seperti macam malam pertama bersama isteri" hehe oop 18sx.. ye la dah lama tak bersama hehe..

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan... Pandai pula aku ni cakap bab ni.. ish2 belum lagi.. doakan aku bertemu jodoh yang baik..InsyaAllah.. amin..

Wallhualam..

Sabtu, 30 Januari 2010

Pilih.. Pilih..



Calon mengoda???hehe Nama diberi @$*^^.. Undilah saya..

artikel kali ni nak sentuh sikit berkenaan politik kampus..Khamis lepas telah di adakan Pilihan Raya Kampus di USM.. mungkin tahun ni agak hambar sedikit berbanding tahun lepas. hal ini mungkin disebabkan kebanyakkan skol menang tanpa bertanding.. untuk skol Pendidikan hanya hantar 4 calon sahaja untuk 3 kerusi. Pilihanrya kali ini di menangi oleh Pro Aspirasi dan hanya 2 kerusi sahaja dari Bebas.. Pro Mahasiswa tiada.. tapi takpe jangan risau cuba lagi tahun depan.. kepada yang memenangi tu harap2 dapat tunaikan janji ye..
bagi aku tempoh setahun pegang jawatan MPP bagi yang terpilih ni agak singkat.. tahniah kepada Wafi yg telah dilantik sebagai YDPMPPUSM tahun ni.. aku kenal dia sejak dari minggu orentasi..

Pada khamis lepas aku pergi mengundi agak lewat pukul 3 baru pegi ke pusat mengundi Tekun.. ada kelas masa tu.. ye la dah org suruh mengundi kita mngundi la.. em tp setahu aku banyak juga tak mengundi.. ada juga aku borak2 dengan beberapa senior pendidikan tanya diorg mengudi ke tak.. diorg jawab tak...

em dalam hati aku terdetik seketika "org kata usaha agama ni tolak politik dan tak keluar mengundi, tapi banyak lagi budak2 yg tak buat usaha agama ni tak keluar mengundi??? mcm mn ye???? dan kadang2 ada juga budak yg buat usaha agama ni jadi calon pastu sejuk, tolak ke??" jawab sendiri la..
he..

pesanan: kepada yg kalah cuba kaji semula perancangan anda pasti ada sesuatu yg tidak kena dalam usaha anda untuk "pancing" undi.. ingat jangan cuba memburuk-burukkan org lain dan jangan hanya berada dlm kelompok anda sahaja..

bicara politik pula aku ni.. sudah la.. mari kita mengajak umat kembali kepada islam yang sempurna dengan ikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw itu yg sebenarnya.. pasti kejayaan dunia akhirat.. zaman yg perlu ikut Islam.. bukan Islam ikut zaman..

Pujangga melayu bermadah:

Keutamaan menjadi pilihan,
Setiap ketika menjadi sebutan,
Janji-janji sanggupku taburkan,
Tanggungjawab kepada Allah menjadi pegangan.

Wallhualam..

Rabu, 27 Januari 2010

Pecarian suatu pengembaraan...



Ni gambar krew aku (Krew 3) sebelum bertolak untuk pengembaraan.. yang takde dlm ni Nisa dan Hanif sori ye tertinggal hehe..

em.. pemgembaraan ni menarik juga.. 40 KM tu.. tp ye ke sampai 40Km berjalan hehe.. memang suatu pengalaman yg menarik.. krew aku bergabung dengan Krew 4 yg ketua krew nya ialah Sakinah.. untuk Kumpulan 2 ni seramai 27 orang semuanya. Roud 1 dari BM ke Ceruk Tok Kun dan Roud 2 dari Ceruk Tok Kun ke Butterworth. perrh jauh tu...

aku percaya setiap di kalangan kami ni mesti ada pengalaman yg tersendiri..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak de yg pengsan atau berhenti setengah jalan. suatu perkara yg aku dapat belajar ialah kita ni kena banyak bersabar dan nak selesaikan sesuatu masalah tu dengan amal... zikir,solat,ikram, em.. banyak perkara yg telah Allah swt tolong kepada hambaNya.. bersyukur sangat.. kita ni tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah swt.. di samping tu dapat juga belajar yakin semuanya bergamtung kepada pertolongan Allah..em.. kalau nak diikutkan macam tak percaya aku boleh berjalan sejauh ni.. ~insyaAllah azam keluar jemaah jalan kaki~

yg aku tak boleh lupa solat kat tanah lapang disebabkan memang dah kesuntukan masa dan tiada masjid atau surau sepanjang perjalanan.. tawakal je la.. wuduk pun guna sebotol air je.. berbekalkan pengalaman aku semasa di ijtima' yg lepas dgn mengambil wuduk sebotol air je telah aku praktikkan semasa mengembara ni.. ILMU ni... Ilmu yg tak bisa dapat dari kitab sahaja kan... walaupun dalam diri ku ni masih kurang..

akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih pada ahli2 krew aku yg banyak memberi kerjasama.. walaupun kadang2 agak tegang situasinya.. tp jadikan tu sebagai teladan em..biasa la penat2 siapa yg tahan. tp apa yg penting??.. kerjasama.. he..

*kepada ahli krew aku yg baca artikel ni.. teruskan usaha ye.. pengalman naik lori tepung.. pengalaman naik bas kilang dll lagi ni suatu usaha kita bersama.. hehe.. k..

Pujangga Melayu bermadah,:

Pencarian suatu pengembaraan,
Timur, barat, utara dan selatan,
Walau dimana redhaMu Tuhan,
Tetap juga hambaMu dambakan.

~Huszaimi~ 28.1.2010

Wallhualam..

Isnin, 18 Januari 2010

Antara 2 jalan..



Antara 2 jalan.. pasti sukar untuk memilih bukan.. itu lah kehidupan kita bagaimana terdapat banyak pilihan dalam diri kita sehingga kadang-kadang mencetuskan konflik dan dilema dalam membuat keputusan..

paling yang menyusahkan ialah apabila terdapat 2 keperluan pada masa yang sama.. sehigga kita perlu untuk korbankan salah satu keperluan yg mendatang pada masa yg sama.. susah nya.. terutama nak menjaga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak..

tp pastinya kita perlu redha dengan pilihan kita.. ye la masing2 ada baik dan buruknya.. yg penting kn bersyukur.. apabila kita bersyukur Allah swt tambahkan lg nikmatNya.. tp pilihan kita tu juga perlulah berlandaskan AlQuran dan Sunnah.. yg mn dahulu lebih penting.. letakkan keutamaan supaya mudah untuk kita membuat keputusan..

Serangkap puisi dari diri ku....

Antara dua jalan,
Jalan yang melangsungkan kehidupan,
Pengorbanan menjadi keutamaan,
Sehingga diri ku meletakkan keputusan.

Antara dua jalan,
Pilihan untuk terhindar dari kesesatan,
AlQuran dan AsSunnah menadi pedoman,
Supaya kehidupan mendapat keredhaan.

~Huszaimi 18.1.10~

Wallhualam..

Ahad, 17 Januari 2010

Psiko..



Psikologi Kognitif.. teringat plak sem lepas belajar psiko.. sungguh menarik.. walaupun agak2 pening..
em gambar ni adalah kulit buku rujukan yang aku dan kwn2 aku guna dan dicadangkan oleh pensyarah aku buat rujukan untuk subjek ni.. mcm2 ada dlm buku ni.. tentang ilusi,memori,perhatian,persepsi,gambaran,terjemaham pengetahuan,bahasa, dan AI..

yang paling aku terkejutnya.. cuba tgk gambar tersebut... SATU MATA.. mata yang memerhati.. All seeing eye.. sperti seolah2 kospirasi kumpulan gelap yg lebih dikenali sebagai Freemason atau Iluminati yg ditafsirkan gerakan yg menyokong DAJAL.. sesunguhnya fitnah dajal adalah sungguh dasyat dan cukup halus.. adakah ini sekadar kebetulan???

wallahualam..

Gerhana



Hampir sebulan lebih juga aku tak update blog ni.. dalam sebulan macam2 perkara berlaku pada aku.. sedih pun bayak juga dari gmbira... kadang2 terasa dunia ni sempit.. sehingga kita terkejar-kejar masa yang bergerak begitu pantas.

pada tanggal 2 Muharram 1431 bersamaan 19 Disember 2009. Tok wan (datuk) aku telah kembali bertemu Penciptanya. pada ketika tu aku berada bersama2 jemaah USM khuruj 2 weeks di Sg. Petani. Pada ari tu kami di masjid Penghulu Him dan aku diputuskan untuk khidmat pada hari tu. tiba2 selepas maghrib aku terima panggilan dari mak aku yg mengatakan tok wan ku sudah meninggal dan selepas isya' terus aku bergegas pulang ke kampung. terima kasih kepada amir sub, abg fitri dan azizi kerana sudi menghantar aku. satu berita yg menydihkan. sbb banyak pengalaman aku bersama2 dengan arwah. kenangan terindah. semoga Allah swt meletakan tokwan berada bersama org2 soleh amin. alfatihah..

bersempena gambar yg aku letak dalam entry ni.. dalam sebulan ni byk berlaku gerhana. gerhana bulan pada malam jumaat 1.1 semasa tu aku berada di Masjid Benggali ikhtikaf kat sana. dan pada 15.1 ari tu berlaku gerhana matahari pula.. semuanya berlaku pada ari jumaat.. adakah kiamat semakin hampir?? em risau juga.. dapat juga belajar solat gerhana ni..

jika zaman Rasulullah saw berlaku gerhana.. Rasulullah akan risau.. dan lakukan solat gerhana panjang sehingga gerhana hilang.. tanda2 kiamat salah satunya berlaku gerhana..
15.1 ari tu aku berpeluang melihat gerhana matahari separuh melalui teleskop yg USM bekalkan untuk dilihat.. em subhanallah.. sungguh hebat ciptaan Allah SWT. sesungguhnya semua yang berlaku di dunia ni atas pentadbiran Allah swt.

semoga apa yg berlaku ni dapat kita ambil ikttibar dan sampaikan..

Wallhualam..

Jumaat, 11 Disember 2009

Antara 2 marhalah


eh macam tajuk drama plak he..

skrang aku telah berpindah ke marhalah (lebih kurang macam tempat) baru.. dulu marhalah masjid batu uban sekarang marhalah surau kampung melayu.. kedua-dua nya marhalah syura' Penang.. kalau aku balik Manjung,Perak marhalah aku di Surau Taman Samudera..

tp aku jarang balik rumah banyak masa aku di habiskan di hostel jadi marhalah aku ialah Desasiswa Tekun USM.. selagi bumi di pijak usaha perlu di jalankan.. takkan kat hostel je buat usaha.. masa cuti masa di rumah pun kn buat jg.. pengorbanan tu penting.. semoga istikamah dengan kerja agama ini.. kalau tak khuruj (keluar) amal makami perlu dilakukan..

betul la sebagai seorang da'i ni tiada rehat bagi mu.. (tapi aku ni asyik nak rileks je).. takaza2 (keperluan) agama bayk di hadapan tp byk yg aku tak sempurnakan.. bila di tasykil (ajak) rasa lemahnya.. aduhai.. Jangan letak dirimu dalam kebinasaan Huszaimi.. Usaha agama ni bukan kat hostel je.. tp di seluruh dunia..

usaha ni tak perlukan kita.. kita yg perlu usaha ni.. terpulang la pada pendapat masing2.. kadang2 bila tertinggal amal makami ni aku rasa lemah je.. banyak main2..
Dakwah ni bukan sj bila khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan dll.. tp sepanjang hidup mu.. sebb tu ada amal makami.. khuruj ni kita buat ziarah di tempat lain bl pulang tempat sendiri pun kn buat usaha jg..

kadang2 ada org salah faham yg org buat usaha ni telah lakukan bid'ah "keluar dakwah 40 hari mana ada dalil.. dakwah mana ada tetapan masa" dan mcm2 lagi la.. rasanya faham2 je la.. "dakwah is forever".. em kalau nak tau kena keluar la pastu libatkan dengan amal makami.. jgn cakap je..pastu kata sesuatu perkara yg kita tak fahami nya.. aku pun masih peringkat belajar2 belum faham lagi.. doakan ku..

Amal makami ialah :
Fikir harian (mesyuarat) setiap hari, khususi setiap hari, ta'lim wa ta'lum setiap hari, ziarah (marhalah sendiri dan marhalah jiran) seminggu sekali, khuruj 3 hari setiap bulan.. insyaAllah..

Wallhualam..

Selasa, 8 Disember 2009

Berpolimik Politik sebentar..



Kesinambungan daripada artikel lepas kali ni aku ingin ceritakan pengalaman aku dan apa yg aku alami semasa di Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia "Memeperkasakan Institusi Parlimen".. Seminar ini telah berlangsung d Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.. Peh mewah betul hotel ni.. besar dan unik.. dari luar nmpak ukiran2 tradisi org melayu dulu2.. em bangga aku lihatnya.. org KL tau kot kesergaman hotel ni (aduhai lemahnya aku terkesan dengan kebesaran dunia, sesungguhnya di akhirat lebih2 lagi).. rasanya banyak program hotel tu anjurkan..

Kami pelajar USM adalah yg paling awal tiba iaitu pada pukul 8 pg em.. ye la tuan rumah.. setelah tu kami di hidang dengan sarapan pagi.. makan mee goreng dengan apa ntah (makanan hotel ni bukannya sedap pun haha..)lepas ambil makanan tertanya2 juga aku "eh kat mn kita nak duduk makan ni?" kwn aku kata hotel ni selalunya makan tengah hari je ada tempat duduk.. "so makan berdiri la.." yep.. huhu.. ni bukan cara kita.. ni cara org telah musnah akhlak nya..hem.. aku dan sahabat2 aku tak kira juga kami nak mkn duduk.. terpaksalah kami makan bersila berlapik permaidani yg lembut di tepi pintu (macam kancil masuk kampung tp takpe "kancil" yg tetap pada nilainya).. kami ajak kwn2 lain juga.. alhamdulillah semua kwn2 seUSM semua duduk sekali.. walaupun seperti agak dipandang2 oleh waiter hehe..

Setelah itu kami pun masuk ke dalam dewan em ramai yg telah tiba.. menteri, wakil2 rakyat kerajaan serta pembangkang (ahli dewan rakyat).. senator (ahli Dewan negara seperti Jins Samsudin) dan pelajar2 IPT. (pertama kali tengok banyak menteri rasa kagum jg hihi).. ucapan kata2 aluan dari Tan Sri Pandikar Amin Hj. Mulia (YDP Dewan Rakyat) sungguh bertenaga dan berilmiah.. lantang juga ucapannya.. terutamanya teguran kepada wakil2 rakyat berkenaan semasa persidangan Dewan Rakyat.. dan yg aku tak lupa beliau kt "samasa dlm dewan kamu adalah wakil rakyat kamu bukan wakil parti kamu".. betul jg..

Setelah perasmian ada minum pagi.. em mkn lagi huhu.. seterusnya sidang 1 rakyat dan kerajaan : Dimanakah Parlimen?. tajuk yg sungguh menarik.. baru aku tau apa itu parlimen.. em.. selepas tu makan tengah hari (bukannya sedap pun..) dan solat.. mkn bersama menteri.. em.. paling aku tidak lp ada juga aku berseloroh dengan sorang wakil rakyat ni "eh dato makan ckit je?" jwbnya.. "ye la dah tua kn mkn ckit2".. hehe.. ada juga menteri ni memang aku kenal (tak boleh bgtau nm) semeja dengan aku.. biasa la habis2 mkn memang nak cas la.. apalagi menteri ni minta izin nak cas kejap kat km hehe.. lawak jg.. hati ku terdetik.. em mereka ni pun org biasa ja tak la sombong sangat yg penting jgn hipokrit.. seterusnya ke sidang 2 Parlimen Milik Siapa? em sidang ni lagi menarik.. byk candangan2 yg diutarakan.. terutamanya berkenaan wakil untuk pelajar2 dalam dewan negara perlu diwujudkan.. bagus cadangan tu.. semasa sesi soal jawb ada juga pelajar ni persoalnkan tentang sistem demokrasi berparlimen kenapa tidak Republik iaitu presiden em.. Jwab la sendiri ye....

dan seminar ni tamat pada pukul 6.. di sini aku byk berkenalan dgn MPP dari IPT2 lain.. dari UPM.. em banyak juga soalan2 yg diajukan dari UIA, UPSI, UTAR dll..

Di akhirnya aku dapat buat kesimpulan,. sebenarnya "kita" ni banyak lagi tak tau fungsi sebenar Parlimen.. kadang2 tingkah laku ahli2 parlimen ni pun lucu jg pembangkang ke kerajaan ke.. walaupun sehari bersama dengan hanya sebahagian wakil rakyat aku dapat lihat tingkah laku mereka ni jika sesama mereka.. mesra je kedua2 pihak..kadang2 kita dapat lihat juga kematangan dlm tingkah laku wakil2 rakyat ni dan dapat nilai sesuatu yg berharga.. mereka pun sama mcm kita..mungkin ada kelebihan ckit dari seni berpidato mungkin? he (aku jauh sekali).. so jgn dengar cakap org.. alami sendiri.. dan nilai.. jgn dgr sebelah pihak je.. lihat kebaikkan buang keburukan..

kepada wakil rakyat atau bakal wakil rakyat.. jalankan tanggungjawab mu sebagai khalifah di muka bumi ni.. tak kisah lah dari mana2 pihak pun.. Sesungguhnya tanggungjawab kamu itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Amal yg baik akan selamatkan dari azab api neraka.. "Sesungguhnya kejayaan terletak dalam agama bukan parti2 politik2"..

wallhualam..

Hanya Sekitar Pejalanan.


Pada hari ahad yg lepas aku dan kwn2 aku seuniversiti seramai 27 orang telah berpeluang megikuti Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia yang telah danjurkan oleh PPSK USM yg bertempat di Hotel Royale Chulan KL...

Kami bertolak dari USM pada hari sabtu pkl 11 pagi.. yang menariknya sahabat2 rakan seusaha juga pergi iaitu Fairuz, Badrul, Fitri, dan Adnan.. kami tiba d UM pada pkl 6 ptg dan telah menginap d kolej Za'ba.. em besar jg UM ni.. pada hari tu ada juga Perasmian Pertandingan Debat Piala Diraja yg brlangsung d DTC..

kami maghrib d surau asrama tersebut dan mesyuarat sekejap.. mesyuarat berkenaan sama ada mahu pergi ke masjid sri petaling atau tidak.. sbb mlm sabtu ialah malam markaz KL.. akhirnya disebabkan takut terjadi masalah.. kami putus tidak pergi.. masa duduk2 di surau terlihat buku mesyuarat d surau tersebut.. em aku pun membelek2nya.. alhamdulillah nampaknya usaha agama d UM berjalan.. menurut kwn aku ni (dia dl student PASUM) usaha agama d disini banyak juga tentangannya tp memang masih kuat.. "bila kuat penentangan,lagi kuat usaha".. aku harap rakan2 seusaha d UM kuatkan usaha begitu juga d USM..

setelah itu kami berjln2 di sekitar UM walaupun pada waktu mlm.. em kami singgah d DTC dan d sekitarnya.. cantik dewan nya.. ada satu tiang tu penuh dengan pokok lagipun banyak bangunan2 d UM tidak dicat baru nmpak la seperti bangunan2 lama.. mungkin nak kekalkan nilai2 estetikanya hihi..

keesokkanya pada pukul 730 pagi kami telah bertolak d Hotel Royale Chulan untuk seminar tersebut em ramai yg hadir wakil2 rakyat, senator2, student2 dari IPT2 di Malaysia.. Seminar ni tamat pada pukul 6 petang. dan bersiar2 sekejap d KL pulang ke USM pada pukul 9 mlm.. suatu perjalanan yg menarik bagi ku.. :-).

Rabu, 2 Disember 2009

Persediaan awal..



Persediaan awal.. ada apa ye dalam melakukan persediaan ni..
sememangnya persediaan di awal setiap perkara adalah sangat penting dan dituntut..

seperti kita sedia maklum.. bila masa peperiksaan kt selalu dengar "adalah penting membuat persediaan awal sebelum exam supaya mudah untuk menjawab soalan"....

selain itu..???

- Persediaan sebelum belajar.. (wuduk, pencil,pen,kertas)
- Persediaan sebelum masak... (gula, garam, kuali,api)
- Persediaan sebelum tidur.. (wuduk, baca doa tidr, alas)
- Persediaan sebelum menjadi pemimpin.. (kem kepimpinan..)
- Persediaan sebelum khawin.. eh.. (ada calonnya hehe)
- Persediaan sebelum pilihan raya... huk.. (kempen2, rapat umum..)

semuanya memerlukan persediaan awal.. dan yang paling penting persediaan minda dan emosi untuk menghadapi setiap perkara ini. eh.. macam ESQ plak hehe.. Emotional and Spriritual. jika tidak bersedia takut2 jadi perkara yang tidak di ingini.. tekanan beb..huhu..

seperti yang aku alami sendiri (bukan tekanan la haha).. amir sab (ketua jemaah) semasa aku keluar jemaah dulu ada berpesan.. "jika kita buat persediaan awal dalam agama dan akhirat.. InsyaAllah persediaan kita di dunia ni kita dapat lakukan.. sebbnya persediaan dalam agama lebih utama.." sebagai contoh :

persediaan sebelum solat (berwuduk,zikir,tunggu di tempat solat) supaya kita lebih tumpuan dan insyaAllah lebih khusuk.. (aku masih usahakannya em lemahnya aku.. semoga Allah swt beri kekuatan pada kita)..

dan paling aku tidak lupa berkenaan majlis ta'lim (belajar) dan majlis ilmu.. em amir selalu tekankan.. jika kt hadir awal dalam majlis ta'lim insyaAllah majlis2 ilmu lain juga kita akan pergi awal.. hadir ke kuliah awal, abehkan kerja awal, hadir temu janji.. (em ni pun aku masih usahakan lemahnya aku...)..

berebut2 nak duduk di depan si pembaca ta'lim first class order hehe.. dan yang paling aku nampk bersungguh2 adalah budak2 madrasah ni semasa jemaah aku di minta nusrah budak madrasah di Kelantan.. berebut2 budak2 ni nak duduk depan nak dgr bayan.. seronok tengok.. :)

~Majlis ta'lim di Desa Tekun selepas subuh 30 minit.. dan kalau khuruj (keluar) selalunya dalam pukul 10 am sampai zohor.. akan baca kitab fadhilat dan hadis supaya beri kita keyakinan pada janji2 Allah swt..~

Love Knowledge.. Love Nature.. and Love Islam.. ;-)

Title telah diubah..



Sebelum ni dikenali Huszaimi Life.. tapi rasa macam tak sesuai.. kalau life dah jd macam diari.. yang peribadi tetap peribadi..

jadi di ubah kepada "Aku Alami dan Aku Sampaikan" supaya apa yg aku tulis adalah atas pandangan diri aku..

tidak ada pengaruh dari siapa2.. manhaj ke, fahaman ke, persatuan ke, jemaah ke, fikrah ke, parti2 ke.. so kalau salah.. salahkan pada diri aku bukan orang lain.. semuanya berdasarkan apa yg aku alami sendiri dan luahan dari diri aku yang lemah dan kerdil ini.. InsyaAllah... Lihat kebaikkan buang keburukan..

Ya Allah lindungi diri ku ni dari asbab fitnah terhadap orang lain..

....Semua orang baik... :-)

Isnin, 30 November 2009

Kem Manikayu 3A Kelanasiswa USM (KLKMUSM) suatu pandangan..


Em.. pada 20,21,22/11 yang lepas aku telah berpeluang mengikuti Kem Manikayu Peringkat 3A KLKMUSM.. em kem yg menarik.. kem ni dihadiri oleh semua level 200 ada beberapa orang sahaja yg tertinggal dan tak pg..

banyak yg dah berubah berbanding kem yg lepas tahniah kepada ajk2 yg bertungkus lumus untuk menjayakan kem ni.. walaupun dalam minggu2 peperiksaan..

banyak yg aku belajar dalam kem ni.. krew aku terdiri daripada Aiman(ketua), Tiong Yong Hee(QM), Huszaimi, Ain, Dya (P.Ketua), Ma, dan ............ (terlupa hehe)..

Ahad, 29 November 2009

Gambar Keluarga ku












GAMBAR KELUARGA AKU.. MASA RAYA AIDILADHA TAHUN LEPAS... KENANGAN TERINDAH..

Selamat Aidiladha..















Selamat hari Raya Aidiladha saya dan keluarga ucapkan.. semoga pengorbanan kita selama ini diterima oleh Allah swt..

Raya kali ini simple2 je.. First day raya di Bagan Serai, Perak.. solat raya d Masjid Bagan Serai.. tahun ni tak buat sembelih korban.. tgk org sembelih ada la.. lepas solat.. pergi ziarah kubuk tok wan aku d Masjid Matang Redu.. byk jg org yg pergi sana.. lepas tu pegi umah saudara mara.. tok nek n tok cik.. pastu balik.. lepas balik byk pula org yg datang umah opah aku ni..

Second day beraya d umah mak ngah sebelah ayah aku.. sbb d sana ada tok wan aku.. mak ngah la yg byk uruskan tentang tok wan aku yg sakit.. t. kasih mak ngah.. lagipun kat sini ada keduri.. mak ngah buat kenduri untuk kesejahteraan tok wan aku.. ada majlis baca yasin.. byk yg hadir.. yg senoroknya masak gotong royong.. ramai2 tolong..

em lepas tu petang balik Penang...

Khamis, 12 November 2009

Periuk.. Kuali...

Tajuk kali ini berkenaan kisah di sebalik periuk, kuali, talam dan segala alatan masak memasak.. atau semasa keluar dikenali sebagai alatan ta'am..

Makan-makan atau dalam arabnya ta'am-ta'am.. perkataan yang sering aku tunggu2 he..

Sebenarnya, tajuk ni hasil inspirasi semasa aku berada dalam kereta pensyarah aku untuk menziarahi kwn aku di kampungnya. Aku pun apa lagi minta tumpang la..

dalam kereta tu bukan calang-calang orang yang naik nak di banding dengan aku yang tak de apa2 ni...ada pensyarah psikologi, timbalan dekan skol aku dan ydp persatuan skol aku.. kiranya banyak juga perkara yang dibincangkan.. salah satunya berkenaan status makanan halal di Malaysia semakin meragukan..
Risau jg aku.. didapati hampir kurang 10% hotel di Malaysia tidak menitikbertkan status halalan toyibba yg disyariatkan.. janji tak de babi.. dah halal.. tp toyibba nye..? cara sembelihannya..? (macam mn nak buat dinner ni hem...)
perkara ni bukan terjadi pada hotel2 je.. tp kedai restoran, warung2, dan kedai makan2 sekarang ni dah hilang toyibba nya.. janji dapat untung cepat.. perkara2 lain pejam mata.. bukan semua.. tp dah semakin banyak.. dan perkara ni memang membimbangkan.. takut2 ia akan menjejaskan amalan kita seharian.. (semoga Allah swt beri perlindungan)..

em patut la semasa aku keluar jemaah.. ahli2 jemaah akan masak sendiri..
dalam hati aku yang lemah ni terdetik

"patut la jika keluar akan masak sendiri,
beli barang2 guna duit korban sendiri,
baru rasa nikmatnya makan bersama daripada seorang diri"

dengar juga masa orang dulu buat usaha.. pernah juga usaha ni dilabel "jemaah angkat periuk" he.. jihad guna kuali he.. menyebabkan aku tersenyum simpul em mungkin ini la akibatnya.. takpe fikir2kan lah...

sekarang ni makanan tepi jalan2 pun dah tak boleh percaya kalau yakin lain cerita.. yang was2 ni yg masalah ni.. shubhah2..
rasanya lepas ni tak jadi masalah.. mari kita masak sendiri.. baru kita hargai masakan kita.. (belajar masak dalam majalah Saji....)

Rabu, 21 Oktober 2009

~Bahasa Isyarat..~ @";"@


Tajuk kali ni bahasa isyarat..
em seperti pengajian aku d USM sekrang dalam Pendidikan khas : Masalah Pendengaran

hari ini aku dan kwn2 sekos aku telah diberi tugasan oleh Dr. Aznan untuk membuat persembahan nyanyian lagu dengan menggunkan bahasa isyarat.. menarik juga walaupun persembahan aku amat mengecewakan he.. sori ye (especialy to my group) hu..

aku rasa perkara ni satu langkah yang bijak terutamanya untuk menggunakan bahasa isyarat dalam perbualan seharian kita terutamanya golongan yang tidak bernasib baik.. sbb mereka pun ada hak juga sebagai insan d dunia ni.. kalau boleh semua kita perlu belajar b.isyarat ni.. supaya mudah nnti..

salah satu perkara yang membuatkan aku bersemangat untuk mengetahui b.isyarat ni apabila aku melihat pada Malam Markaz Penang d Masjid Benggali terdpat halaqah jemaah pekak dan bisu..

mereka menggunakan b.isyarat untuk berkomunikasi... em menarik... bagus buat usaha atas iman dan amal pada mereka yang tidak bernasib baik ni.. sekurang-kurangnya mereka dapat beramal dengan iman yang soleh.. kagum aku melihat murtajim (penterjemah) menggunakan b.isyarat untuk menterjemahkan kepada mereka apa yang bayann tengah sampaikan..

buat usaha atas iman dan amal...

InsyaAllah doa kan aku untuk berkhidmat kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sentiasa istikamah dalam kerja agama ni.. Amin..