Isnin, 29 Mac 2010

Perempuan, Wanita, Gadis, Muslimat., Masthurat...


Entry kali ni berkenaan usaha masthurat (wanita)..
mungkin sedikit sebanyak persediaan kepada diri ku ini hihi..
disebabkan aku tiada pengalaman dalam usaha ni.. maka aku copy dan paste je.. bukan kopi dan pastry ye huhu.. semoga dapat diambil manfaat bersama....


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya.
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!

Wallhualam...

Khamis, 25 Mac 2010

Peace


Peace hihi.. kenapa berita asyik masuk keburukan je.. masuk la plak kebaikkan..
takpun ada masalah.. tp pandai2 buat huraian sendiri takpun tambah2 cerita (sesi melepas geram hihi) Senyum sokmo ;-) (tau kot skrang cerita ni hot haha)

tetiba rasa nak lepas geram dalam blog haih..

em.. tadi terbaca blog abang azhar memang menarik.. dan aku pun penah dengar cerita ni semasa aku keluar tahun lepas masa tu dalam jemaah aku ada seorang yang penah pergi belajar di USA..

dari blog abg azhar..
Cerita sorang ahli jemaah yang baru tangguh dari keluar 4 bulan di USA pada awal Mac.. 'Kerajaan Amerika mengkelaskan orang Islam kepada 4 golongan;
  1. Orang yang Islam pada nama sahaja. Tak ada apa-apa amal.. Mereka ini tidak bahaya..
  2. Orang Islam yang berpikiran moden. Mereka ni pun tak bahaya..
  3. Geng jihad.. sikit-sikit jihad.. Nak kenal geng ni, buat diorang marah.. Mereka ni dikira bahaya dan dianggap pengganas kerana boleh menyebabkan suasana huru-hara dan ketakutan pada rakyat..
  4. TJ.. Tabligh Jamaat.. Yang ni korang pun kenal ciri-cirinya.. Tengok muka sendiri kat cermin je.. Mereka ni dikira BAHAYA jugak sebab; dengan pergerakan mereka ni, orang Islam kembali mengamalkan Islam dan orang bukan Islam berduyun-duyun masuk Islam.. Subhanallah.."
Banyak jemaah-jemaah dari France, Uk, South Africa dsb dihantar balik sesampai sahaja kat imegresen Amerika.. Ada satu jemaah South Africa dapat masuk sebab masa apply visa diorang tulis reason for visit; 'Tabligh'.. Walaupun lepas, rupa-rupanya diorang sentiasa dalam perhatian perisik Amerika.. Setelah buat usaha 3 hari, salah seorang ahi jemaah telah keluar masjid dan pegi minum kopi kat Starbuck.. Tengah syok minum dia diserbu oleh agen Amerika dan disoal dengan berbagai soalan.. Tak cukup lagi, lepas tu semua ahli jemaah kena soal.. Kemudian tu, on the spot semua ahli jemaah tu dihantar balik dengan alasan 'Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

em.. memang menarik kalau nak tau lagi kena keluar lagi dan lagi ini baru cerita berkenaan amerika tidak negara2 lain seperti France, Brazil, dll (tak ada kena mengena dengan Piala Dunia ye huhu)..

persoalan : kenapa berita macam ni tak keluar akhbar ye???

dari Bekas presiden US, Bill Clinton kata, tabligh 'they are no where but they're everywhere'

Pembetulan : umat islam bukan ada 4 ye.. Umat Islam hanya satu.. Umat Nabi Muhammad SAW..
takde org tabligh ke, org A.. ke, org P.. ke, org I.. ke..
Ambil yang baik, Buang yang buruk..
Wallhualam...

Rabu, 10 Mac 2010

Gunakan nikmat..


Sudah lama tak tulis.. kesibukan melanda diri yang lemah ni.. sibuk membina dunia yang melebihi sibuk membina akhirat.. hehe.. asingment dan macam-macam lagi.. (alasan je tu)..

oleh itu (sedikit targhib) masa yang ada gunalah sebaik-baik supaya masa yang ada tidak hilang begitu sahaja.. Demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali.....

dalam sebulan tak menulis.. macam-macam juga yang terjadi ada yang gembira dan ada yang sedih..
sedikit penceritaan:

semasa aku keluar ziarah 3 hari Raya Tahun Baru Cina (tak sampai dapat dalam 2 hari je..) di Balik Pulan..Surau Taman Sri Indah.. dalam 2 hari macam biasa la ta'lim, ziarah, muzakarah, sona dan kana (dalam bahasa urdu hehe).. setiap kali kalau kita niat nak belajar.. insyaAllah..
banyak yang kita belajar... tambah2 amir sub abang ibrahim memang banyak la belajar.. macam mn kisah abg ibrahim yang biasa keluar ke Albania dan Kanada.. kalau nak tau ken keluar la.. (em.. naik jasbah (semangat) juga aku nak keluar negara jauh2 ni untuk selamatkan umat dalam kegelapan dengan di bawa cahaya kebenaran Islam untuk diamalkan..

so I must stat now at here and everywhere.. selagi hayat dikandung badan kan.. semasa aku keluar ni yang menariknya aku berkenalan dengan seorang pakcik yang hampir buta matanya.. walaupun begitu beliau tetap berjalan dari rumah nya ke surau dengan bertongkat putih untuk solat berjemaah.. kagum aku.. tambah2 bidang aku di USM ialah Pendidikan Khas.. rasa rugi plak ilmu yang ada tidak di manfaatkan.. em.. pak cik ni siap tahu lagi kedudukan suis kat surau tu mana2 suis yang dah rosak.. setiap amal yang kukuh perlu kepada iman yang sempurna..

em kepada kita yang sentiasa celik untuk melihat dunia sementara yang indah ini apakata kita gunakan nikmat tu untuk tuniakan hak nikmat tersebut kepada yang mencipta nikmat.. (agak mendalam juga perkataan ni.. naik pening juga he)...

Pujangga Melayu bermadah :
Setiap perkara penuh nikmat,
Masa berlalu begitu singkat,
Namun perkara utama menjadi tempat,
Semoga nikmat yang diperoleh hingga ke akhirat.. (insyaAllah)..

Wallhualam..