Rabu, 29 Disember 2010

Identiti Masyarakat..


Alhamdulillah pada pagi ni (28.12) berkesempatan juga aku singgah dewan budaya.. ada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat USM.. ramai juga yg hadir.. macam biasa wanita mendominasi keseluruhan tempat duduk.. (terpaksa cari port selamat emmm.. depan dan tepi..) kira byk juga penerima2 anugerah..meriah la juga.. banyak org besar datang.. Mufti Penang pun datang dan Ustaz Dr. Ridhuan Tee juga hadir..

sebenarnya nak cite berkenan tajuk di atas iaitu tentang bayan sempena maal hijrah oleh ustaz Ridhuan.. dan yg paling menarik beliau sentuh tentang pencarian identiti.. dan bagaimana sepatutnya identiti atau abad kita di dalam masjid hendak dibawa juga ke luar dari masjid seperti bersilaturahim, tidak mengumpat, dan sebagainya.. ( macam maksud bagaimana kita nak bawa ketaatan di dalam solat keluar solat..)

penting sangat identiti yang sebenar ditonjolkan oleh sesebuah masyarakat iaitu identiti sebagai seorang islam yang sebenarnya..contohnya dalam akhlak, mualamat, muasyarat, cara penampilan, dan sebagainya.

tersentuh berkenaan identiti baru2 ni dalam cuti sebulan jemaah student telah dibentuk untuk 2 minggu yg terdiri dari student sekolah, usm induk dan transkrian telah keluar sekali di road2:
1.Surau Taman Berjaya
2.Masjid An-Nur Teluk Ipil,
3.Masjid Tanjung Piandang
4.Masjid Parit Haji Wahab
5.Masjid Batu 3.

nak dikisahkan pada satu pagi tu orang khidmat ni yang terdiri dari 2 orang telah keluar untuk beli keperluan memasak.. macam biasa bila keluar jemaah ni pakaian perlu sentiasa kemas seperti jubah, kurta dan baju melayu.. dan tiba je di kedai yang dituju.. toke kedai seorang cina tempatan yang spoting, pun berasa tertarik (mungkin kehairanan juga.. ye la apa la budak2 ni pakai baju melayu,jubah,kurta pagi2 ni bukannya hari jumaat...)bertanya: "ni baju apa..?".. macam biasa jawapan perlu hikmah (orang marah ke tak suka ke.. semua mau sangka baik..).. baju ni orang panggil kurta, toke pun kata "suka tengok org pakai baju mcm ni" dan meninggalkannya dengan senyuman.. semoga Allah swt berikan hidayat padanya..

kisah kedua dlm hari yang lain.. aku terpaksa ke hospital dan amir putus Karim (bukan nama sebenar) untuk sekali dgn aku ke ospital sbb Karim ada kenderaan mudah ckit kot untuk bawa aku pulang ke jemaah lepas abeh oppoinment.. em mungkin itu kita tgk asbab dunia tapi yg sebenarnya Allah swt hantar untuk maksud agama.. macam biasa bila keluar jemaah pakai baju melyu dan jubah@kurta,.. so pergi ospital pun bj melayu dan jubah... em masa aku jumpa doktor si Karim ni (macam biasa dimana2 saja mau niat cakap agama) sembang2 dgn pak jaga depan pintu ospital yg tengah rilex2 tgk org.. bila ta'ruf rupa2nya dia ni bukan islam.. mungkin campuran india+cina dan seorang nasrani.. Karim kata dia tak cakap dakwah pun sj sembang2 tetiba dia sentuh bab agama.. dia kata dah lama tunggu dpn tu nak ajak sembang.. dia kata dia suka tgk org islam bagi salam sesama orang islam..pastu dia pun banyak baca juga tentang kajian2 sains berkenaan islam dan sebagainya.. dan dia kata dia tgh mencari sbb dia percaya perlu ada satu sahaja "guru@ketua" tak boleh banyak tapi dia kata masih belum terbuka lagi sbb tgk org islam sendiri yg tak amalkan ad-deen (agama) sebagai maksud hidup.. em pastu dia kata agak boring juga duduk cni kalau boleh nak baca buku2 berkaitan islam.. dan lepas aku selesai.. jumpa dgn Karim dia ajak aku cari buku atau majalah islam kat ospital tapi takde.. kami meinggalkannya dgn senyuman dan pesanan yg berguna.. semoga Allah swt berikan hidayat pdnya.. kami pun balik ke jemaah.. Karim rasa tak sedap hati sebb tak dpt tunaikan permintaan untk beli majalah.. em kecewa juga.. tapi lepas tu Karim tangguh awal sbb kena balik umah.. Karim kata nak jumpa pak jaga tersebut sebelum balik ke rumah untuk bg buku.. em.. Subhanallah.. semoga Allah swt pilih..


dcni penting kita sebagai org islam perlu mensyiarkan islam dan mengamalkannya di dalam kehidupan bukan sekadar di tulisan..

em wallahualam..

Selasa, 14 Disember 2010

Marhaban..Marhaban..



Sekrang bulan cuti selepas exam yang berlalu.. memang agak enjoy la.. tapi boring juga kalau tak de aktiviti ni.. maka manfaatkan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah..

Bendera South Africa ni bukan cerita World Cup yang lalu tapi baru2 ni ada satu jemaah dari South Africa yang keluar sekitar cni dalam sekitar 8-9 ahli jemaah.. aku berpeluang bersama mereka selama sehari sahaja selepas paper last aku bersama Azwan dan Rifhan.. banyak juga yang aku belajar, kongsi cerita dan karkuzari perkembangan islam di sana..

Amir jemaahnya nama Muhammad dan beberapa lagi yg aku ingat Imtiaz, Bro Muhammad, Maulana Abu Bakar (masih muda dan lawak), Bro Muhsin dan student UIA dari Somalia dan Pakistan. dan ada juga sorang org lama yg buat usaha di sana ikut sekali..

Antara beberapa cerita yang disampaikan berkenaan islam di sana ialah skrang penduduk islam hanya sekitar 5-7% sahaja dan semakin berkembang.. sehingga airport di sana ada 2 buah surau dan tandas khas untuk orang muslim.. boleh di katakan setiap selang rumah ada hafiz, hafizah dan alim,alimah. dan perempuan di sana fully berhijab.. em semakin maju usaha di sana.. dan Bro Imtiaz ceritakan karkuzari di Venezuela..memang menarik.. semoga Allah swt tebarkan hidayah ke seluruh alam..

antara cerita yang menarik lagi di South Africa dapat lihat kehebatan Allah swt. bagaimana 2 buah lautan tidak bercampur.. ikan pun tidak bercampur.. suhu di 2 lautan juga berbeza.. bro imtiaz kata lagi kat sana dapat lihat satu garis di lautan yang sebelah wrna hijau dan satu lagi warna biru.. walaupun waktu tengah hari laut warna biru tetap sejuk.. hebat2.. kalau nak tau lagi kena pergi sana la.. huhu akhirnya di tasykil..

waktu petang minum teh herba South Africa huhu.. malam tandori hihi.. sebab diorg makan nasi tengah hari je.. makan pagi dan malam makan roti..
Semoga kita semua bertemu dan berpisah kerana Allah swt..

Ketika waktu berlalu,
Kenangan indah sentiasa bertalu,
Namun perpisahan pasti berlaku,
Tapi di sana tetap akan bertemu.
InsyaAllah...

Jumaat, 5 November 2010

Jangan sekat-sekat..

Minat tapi berat,
Mungkin tak cukup sifat,
Tak seperti sahabat,
Hijrah setiap tempat,
Tak kenal penat,
Untuk Islam mereka terikat,
Iman di hati genggam erat-erat,
Tak terlucut walau seurat,
Tiada nikmat dunia hanya akhirat,
Hanya Allah tempat bertaubat,
Rasulullah panduan dilihat,
Selesai masalah dengan solat,
Zikir di hati menjadi pengubat,
Ilmu menjadi amanat,
Perkara baik jangan disekat,
Hubung saudara jauh dan dekat,
Hingga ikhlas betul-betul bulat,
Semoga diterima semua niat,
Korban harta, masa, diri dan keringat,
Hanya agama yang menjanjikan berkat,
Untuk sinar amalan Islam menjadi hakikat.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Selamatkan Air...


(eh.. mata.. mcm konspirasi plak hihi.. ntah la mungkin kot.. Persatuan untuk selamatkan air link satu dunia ni...)

Pada 23/10 yg lepas aku telah berpeluang mengikuti satu program berkenaan Seve Water Penang di Botanical Garden... Program ni dianjurkan oleh pensyarah aku untuk Teknik Geografi (Prof Chan).. kira2 bilangan org yg pg dalam 40 orang cukup satu bas.. dapat baju free.. tq2.. ada 3 aktiviti..
1. pergi tgk empangan air tempat org takung air untuk mandi dan ambil wuduk.. (harap takde jentik2 hi...)
2. aktiviti sungai.. tangkap binatang2 yg ada dlm sungai.. harap2 tangkapan yg baik.. byk juga la yg dpt.. aktiviti ni nak tengok tahap kuliti air sama ada tercemar atau tidak.. dan guna alat TDS dan DO..
3. aktiviti yg ditunggu.. pertandingan air isi dalam botol guna span.. ada motoif juga main ni nak bgtau mcm mn pengaliran air kesesuatu tempat..
(yang pasti hujan ni rahmat dari Allah swt)
dan diakhir program kami di tasykil (ajak) untuk daftar persatuan bila masuk u.. hihi... InsyaAllah..

Program ni aku belajar sesuatu em.. begitu rupanya nak selamatkan air byk program2 nye dan usaha untuk selamatkan air dari tercemar dan berjimat untuk penggunaan air...hebat usaha nye sehingga ke luar2 negara.. permasalah ini telah menimbulkan kerisuaan untuk selamatkan air di seluruh dunia kerana air yg bersih ni susah nak didapati walaupun planet bumi isi nya 70% adalah air.. (semua hidupan berpunca dari air..)

Bagi aku nak selesaikan masalah ini perlu pada iman.. berlakunya masalah2 ni sbb masalah pd iman.. em yea la.. kalau nak ambil wuduk mesti nak air yg bersih.. kalau nak air bersih jgn bg tercemar.. kalau bab berjimat plak.. guna air wuduk yg seminimum mngkin adalah yg terbaik.. salah satu sbb untuk khusuk solat.. (aku masih belajar2 lagi.. tapi time paling bes aku belajar masa ijtima di Nilai N9..wuduk guna satu botol je.. pastu simpan siap2 sebab nak ambil air tu jauh kena berebut lagi dan tengok2 air dah abeh memang kena beli air mineral buat wuduk.. baru tau nikmat air...).. dan lagipun membazir ni kan amalan syaitan...

kepada semua Sayangi Sungai Kita... :-)

Sungaiku mengalir girang,
Buat sang buaya menyusur tenang,
Mencari sang kancil sedang berbilang,
Supaya keimanan di hati menjadi penerang.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sambungan Kes 1..

Baru nak sambung cerita kes 1
setelah sebulan berlalu..
pencerita yg tiada apa2 pun just nak kongsi dan mengisi masa lapang,
sambil2 menghirup Ribena panas dan kerepek kentang...
skrang dah nak exam.. so cbuk ckit persiapan untuk exam.. apa2 pun gud luck kepada sahabat2 yg mengalami exam.. semoga memberi jawapan yg terbaik..

k.. tujuan utama entri di tulis...
,,,setelah nak magrib doc minta no fon saudara terdekat dkt cni.. disebabkan tak ingat no fon mak.. ingat no ayah je.. dah la ada di Manjung keje kat sana.. hoho jauh beb.. lepas doc telefon ayah.. sejam lepas tu mak sampai pukul 8 lebih juga.. proses nak operate ni susah juga.. nak kena x-ray dan tak boleh makan dan minum.. memang dahaga sangat masa tu nak tunggu operate pukul 12.30 tgh mlm... sekali lagi,, siapa yg bagi dahaga dan hilangkan dahaga? semua dari Allah swt... lepas tu mak pun balik umah dalam pkl 10.. tunggu la aku untuk operation dijalankan.. sambil2 tu aku tgk jiran sebelah katil aku ni.. uncle ni kena kencing manis rasnya.. kesian dia abeh kaki kena potong dan menang dah tua sangat rsnya uncle ni dah lama kat ctu berdasarkan board kat atas kepala..
lepas lepak2 atas katil tiba2 nurse suruh tukar baju plastik yg takde seluar.. adoi... agak2 mcm baju labuh juga la.. takpun jubah plastik.. aku pun tnya kat nurse tu "kalau tak tukar takpe ke?" kena tukar la, ini syarat dlm bilik pembedahan..
aku pun menerimanya dengan seribu persoalan tanpa bantahan...(ye mungkin senang nak basuh kalau darah termercik..)
lepas tu aku dibawa ke bilik pembedahan dengan diusung katil yg beroda hi.... merasa juga debaran masuk ke bilik pembedahan.. berdebar juga hati ni.. (rilex2 sudah..) ajal maut semuanya ditangan Allah swt.. lepas tu ada dokumen kena tanda..bunyinye.. "kalau apa2 yg terjadi pihak hospital tidak bertanggungjawab".. peh takut juga nak sain.. mcm surat wasiat... tak khawin lagi doc (oopp.. tiada maksud tersirat ye kwn2..)
aku diusung ke dalam bilik yg sejuk semacam.. memang nyaman (asbab air-con je kuat kot).. pastu aku diminta untuk sedut gas apa ntah 2-3 kali sedut terus tak sedar.. sedar je dah kat luar siap ada tiup berjuntai dari perut untuk keluarkan apendiks yg dah pecah..
pastu di bawa masuk ke dalam wad balik.. masa tu nak dkt subuh dah..
sepanjang dlm wad tu memang bosan.. tak tau buat apa.. nak bergerak tak boleh.. tidur je kerjanya.. sambil2 tu aku tgk uncle sebelah ni dok terbaring je.. tak de org melawat dia..(memang bosan.. patut la org sakit ni suka ada org melawat..pengaruh pada psikologi pesakit..) kadang2 terdetik dlm hati mcm mn la dia nnti kat cni pun susah.. di sana lagi la selama-lama-lamanya kawan.... rs bersalah la plak.. maka perlu kuatkan usaha iman dan amal dan bertebaran ke seluruh alam semoga Allah swt tebarkan hidayatNya..

yg peliknya sepanjang 5 hari kena tahan dalam wad tak rs plak nak makan atau rs lapar.. minum air je... mkn2 dilarang.. (hal ini menunjukkan bahawa yg bg lapar dan bg kenyang semuanya Allah..) lepas balik tu aku tak boleh mkn yg bes2 lagi kena pantang pula untuk jahitan (mcm ibu mengandung la plak kejenya.) ish2..

kepada kwn2 yg datang melawat terima kasih byk2.. jazakallah for buah tangan yg diberi..

sambung...

Isnin, 6 September 2010

Yang ke-21



Pada 5/9 ari tu maka ganjil la sudah umur ku 21 tahun..
maknanya sudah 21 tahun aku hidup di dunia ni.. em berbaki berapa lagi la ye..tak tau la bila.. yang pastinya sentiasa kena lakukan persediaan..

kalau 21 tahun org kata dah layak mengundi huhu.. eh.. hihi..

rsnya cepat sungguh masa berlalu..rupanya dah tua aku ni tapi stil mcm dulu je..hi.. InsyaAllah gunakan umur yang kita ada ni kearah kebaikkan.. gunakan masa,diri dan harta untuk agama Allah swt..

saya juga ingin ucapkan terima kasih pada sahabat2 yang telah berikan ucapan di Facebook.. SMS.. telegram,burung merpati (kalau ada..:-)..)

di cni saya ingin konsgsikan satu mesg yang agak mendalam juga maknanya dari salah seorang sahabat baik sy.. (ku abadikan di dlm entri ni supaya tidak kehilanganya)
(maaf.. nama pengirim mesg di rahsiakan untuk keselmatan dan kepentingan2 peribadi yang tak dapat dielakkan)

"Hari ini adalah special day buat ibumu...flashback 21 tahun yang dulu, ketika itu umur ibu lebih kurang seusia kamu.. pada tarikh yang sama di pertaruhkan nyawanya melahirkankamu, ketika mengandungan kam, acap kali diusap perutnya supaya kamu tidak kekurangan kasih sayang dan dalam solatnya tidak henti2 mendoakan kesejahteraan kamu.. bila berjaya melahirkan, tangan kecil mu dipegang..dahimu di kucup penuh kesyahduan, jari-jemarimu dibilang2..lalu ibu tersenyum kesyukuran sambil mengendong kamu di pangkuannya buat pertama kali.. kini jika diamati wajah ibu,kedutan diwajahnya kian jelas, tapi ibu masih tetap tersenyum.. sedar atau tidak kamu rupanya mewarisi senyuman ibumu- "mak terima kasih kerana pelihara saya hingga saat in, kasih sayang mak tiada galang gantinya"

kesimpulan yg aku dapat buat ialah..
sempena ulang tahun kita yang tak kira la keberapa tahun pun maka berterima kasih lah kepada ibu kita yg telah melahirkan kita.. hargai ibu kita..semua nya rahmat dari Allah swt...
kepada ibu2 sayangi anak2 anda kerana ia adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya yang tercinta..

wallhualam...

Jumaat, 3 September 2010

Kes 1..

Nampaknya bulan 8 takde entri.. haha.. padan muka..
em agak macam2 juga jadinya dlm bulan 8 ni memang takdir dari Allah swt so terima dengan hati yang terbuka... memang ujian btul..
(so skrang nak menulis sambil dgr lagu Satu Cinta.. adeh..)

Kes 1 : (macam kajian kes kegagalan cerun untuk HGF plak huhu)
kes ni berlaku masa akhir bulan 7 kiranya nak masuk bulan 8 dah la.. ingat lagi 16 Syaaban masa tu (15 Syaaban ni banyak jemaah yg dibentuk untuk 40 hari..)
aku ditakdirkan sakit perut.. memang agak sakit jg la pagi tu.. kelas petang teros ponteng walaupun aku tak berapa suka sangat.. disebabkan iman agak lemah terus tawajuh aku pada doctor.. adeh... (macam mana nak buat ni... em mcm la doctor yg bagi sembuh huhu..)sakit.. sihat semuanya dari Allah swt.. (apa2 tq for Mustakim)..
makanya aku di suspect agak2 gastrik.. em.. asbab klinik tu klinik panel usm.. so ubat free.. hi... berlalu hari pertama aku dgn sakit perut yg masih berterusan..

disebabkan hari tu aku ponteng khususi.. maka sahabat2 ku ziarah ke bilik...memang bagi fikir la.. kadang2 bila dlm keadaan suasana yg bercelaru.. fikir kita pun akan lari.. so penting ada seseorg yg sentiasa beri peringatan untuk besarkan Allah swt kpd kita.. (ingat lagi masa keluar di SP.. sama juga sakit perut.. tapi bila dengar taklim tentang sakit ni rs tenang.. memang sakinah la..)

hari ke-2 pagi masih boleh gerak tapi boleh la gerak ckit2.. disababkan kelas geo ada petang tu.. aku nak pg juga.. ye la nanti ketinggalan aku juga rugi.. adoi..lepas abeh kelas geo aku rs semacam je ni.. terus Mus hantar ke P.S disbbkan nurse tu tgk aku teruk sangat aku dikecualikan untuk tunggu giliran (lebih kurang special edition la...).. doc tu pun dah tak tau nak buat apa dah.. terus tulis surat hantar Genaral Hospital.. Emergency Kes tu.. em.. mcm2 juga jadinya.. di takdir pula telefon aku bateri kong.. nak call mak ayah memang tak leh dah... tapi tenang2.. aku rs mcm semua ta'lim2 kelebihan amal yg aku dgr bermain-main dlm ingatan.. (penting ta'lim ni tapi kadang2 aku tertido (selalu juga hi)..)

Pengalaman pertama aku hospital.. mula2 di bilik emergency.. lebih kurang bilik on call.. agak kelam kabut juga bahagian ni.. macam2 pesakit.. disebbkan aku rs sakit aku ni ckit je kot berbanding sahabat2 Nabi dulu.. aku bg je pada org lebih memerlukan.. kesian pak cik tu.. lps abeh mcm agak tenang baru la doc check.. check2 apa lagi.. hantar wad.. mlm ni operate.. peh.. tak leh jln dah masa tu.. apa lagi usung guna wildchair la.. masuk wad tukar uniform hijau.. duduk la aku sorang2 di katil C9/A4.. masa tu asar sampai la maghrib... (masa ni takde siapa2 tahu yg aku kena tahan di wad.. hatta mak sendiri.. hi..) Sambung....

Khamis, 1 Julai 2010

Pondok usang..

Tak pasti pondok siapa hihi..

Pondok usang..
habis madu sepah dibuang... dah abeh apa lagi buang la botol tu... huhu.. takpun recycle..
bagai kacang lupakan kulit.. dah kulit tak sedap buat apa nak telan sekali dengan kacang..
kesian...

begitu lah terjadinya kepada institusi pondok.. walaupun aku tak pernah mengikuti pelajaran di pondok atau madrasah (melawat2 tu ada la).. macam tak sesuai hihi..

tapi selepas aku tgk sesi temu bual dlm "secawan madu sehiris peria" tajuk Pondok rsnya.. antara moderater dgn seorang "ilmuan" ini.. tetiba rasa geram plak (ish2 istgfar).. ye la beliau kondem institusi agama yg telah lama terbina di negara ni.. yg asbabnya agama masih subur dalam masyarakat kita...
em ni satu lagi ada sesetengah tu asyik bergaduh ilmu siapa yg lebih hebat.. pastu tuduh org tak berilmu (em mungkin ada sebab la tu dia kata macam tu Huszaimi)

antara yang masih berdesing di telingga ku ni berkenaan ilmu yg diajar di pondok sekarang adalah tidak releven.. tidak seperti di sekolah ada ilmu komputer, sains, dll.. dan skrang pun ada byk sekolah agama.. em.. ye la mungkin bagi aku bagus la.. tapi jangan kata mcm 2.. tak releven la.. pendidikan ilmu tak lengkap la.. ish2.. harap2 sampai tahap yg tertinggi la ye setakat sekolah tak lengkap lagi... ustaz mahu ada Master , PhD, Prof la...takpun Dekan... em bagus2.... harapnya dapat diamalkan la ye takut2 ilmu tu akan di tanya..

di bawah ni aku letakkan bayan (tazkirah @ ceramah) dari Maulana Syaukat sempena majlis khatam kitab Sahih Bukhari di Masjid Sri Petaling (dipetik dlm blog abg Azhar dan sedkit pengubahsuian)..

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua kalimat yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih, ringan di lidah, berat dalam timbangan, (iaitu),

سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ

“Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.”

Kemudian beliau memberi sedikit nasihat;

Hakikat ilmu yang selayaknya dipanggil ilmu adalah ilmu agama yang datang dari Allah & diberikan kepada Rasulullah SAW & disampaikan kepada para sahabat baginda, & seterusnya kepada tabiin, tabit tabiin, para muhaddith dan sehinggalah sampai kepada kita. Ilmu ini begitu tinggi kerana ia datang dari Allah. Begitu juga lafaz2 ilmu ini begitu tinggi di sisi Allah sehingga Allah menjadikannya asbab kekalnya dunia ini. Apabila tiada lagi manusia yang menyebut Allah.. Allah.. maka Allah akan kiamatkan dunia.

Oleh itu kita bukan sahaja perlu memelihara lafaz2 ilmu ini, bahkan kita perlu menjadikannya sebagai amalan di dalam kehidupan harian kita. Ia akan menjadi sumber kejayaan manusia di dunia & akhirat. Suatu masa dahulu manusia telah berusaha atas agama, Allah telah menjadikannya sumber hidayat kepada umat manusia. Apabila kini kita telah meninggalkan usaha atas agama, maka manusia telah terhenti dari hidayat. Apabila ilmu dibawa kepada amalan, maka suasana yang baik akan datang kepada manusia, tetapi apabila ilmu ini tidak diamalkan, maka manusia akan ditimpa berbagai musibah dan kesusahan.

Ilmu ini telah datang kepada umat ini bukan dengan begitu sahaja tetapi pada hari pertama lagi ilmu ini telah datang dengan mujahadah dan susah payah. Hadrat Umar r.a berkata bahawa dia mempelajari surah Al Baqarah selama 1½ tahun. Apabila ditanya kenapa beliau mengambil masa yang lama, maka beliau mengatakan bahawa kami para sahabat apabila satu ayat dipelajari dari Nabi saw, kami tidak mempelajari ayat yang lain sehingga kami dapat mengamalkannya. Para sahabat adalah umpama al Quran yang bergerak. Oleh itu ilmu bukanlah semata2 ilmu tetapi bagaimana manusia dapat beramal dengan ilmu.

Dan apa yang kamu buat ini bukanlah satu perkara yang baru bahkan ia telah datang sejak Nabi SAW lagi. Ilmu yang kamu pelajari hendaklah kamu sampaikan kepada kaum wanita dan mereka akan mengajarkan ilmu ini kepada anak2 di ribaan mereka. Para ulama telah berkata jika Hadrat Aisyah r.ha tidak ada, maka 1/3 dari ilmu agama ini akan hilang. Apabila para sahabat menghadapi sebarang masalah, kadangkala mereka akan rujuk kepada Hadrat Aisyah r.ha.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ilmu yang dipelajari & diamalkan itu perlulah disampaikan. Inilah yang berlaku pada zaman sahabat r.hum. Mereka meyakini ilmu agama, mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu agama. Apabila mereka bangun di atas ketiga2 asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada mereka dan menghancurkan kebatilan diseluruh dunia. Pada hari ini juga kalau kita berjalan di atas tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang sama dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat.

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”


Semoga Allah swt kekalkan institusi agama yang haq..dan semoga sinar ilmu, iman dan amal bersinar di seentero dunia dengan lahirnya alim ulama, hafiz dan hafizah..

Wallahualam...




Selasa, 29 Jun 2010

Pengakhiran..


Pemandangan sekitar perjalanan pulang dari Berseri, Perlis...

Lama juga tak menulis entri ni.. mungkin agak cbuk ckit.. takpun menerima nasihat dari kawan2..hihi..

alhamdulillah semoga kesibukan yg melanda diterima oleh Allah swt..

Rasanya segala persoalan yg membelenggu oleh sahabat2 telah terjawab terutamanya untuk diri ini sepanjang pengakhiran ini..

pada minggu lepas aku telah di beri kesempatan oleh Allah swt untuk ke Ijtima' @ Jord Utara di Berseri , Perlis (tidak ada gambar di tangkap).. ramai yg hadir dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggi ke hampir satu abad walaupun tanpa iklan2 di TV atau Radio tempatan semuanya hasil dari pergorbanan jemaah2 yg keluar..

hampir 20 jemaah juga yg dapat dibentuk untuk khuruj di ijtima' ini.. kurang dari yg di target kan.. semoga kita banyak istighfar.. ada jemaah yg khuruj ke Hong Kong dan Singapura..

banyak pengisian yg diperoleh kalau nak tau kena hadir la.. semoga Allah swt pilih kita lagi dan lagi pada masa akan datang.. mungkin lambat lagi akan di adakan..

semasa di sana semasa lepas abeh halaqah quran.. dalam halaqah aku ada seorang pakcik umur mungkin lebih kurang dalam linkungan 70-an.. seronok dapat sembang hihi.. ye la tgk anak2 muda kan.. selepas abeh.. ada seorang pakcik lagi yg datang dgn bertongkat berdekatan dgn kami.. umur dalam linkungan 90-an.. menurut pakcik yg 70-an, pakcik 90-an ni setiap tahun 4 bulan.. tahun 1 IPB, tahun 2 dalam negeri, dan tahun 3 negara jauh..dan ulang2 subhallah.. pakcik ni walaupun dah tua tak perlu gunakan cermin mata pun bila baca quran..(seperti di dalam fadhilat quran)..

bila aku lihat org2 yg hampir seabad ni terdetik dlm hati ku.. kita nak bawa agama ni sampai mati (pengakhiran hidup kita).. pengorbanan masa untuk agama Allah swt..
bak kata sahabat ku "jangan josh kita nak buat usaha agama ni lama" hihi..

Ada kenyataan dari seseorang "jangan anggap orang buat usaha agama atau tabligh ni je yg masuk syurga"..
mula2 rs pedih juga.. takpe sabar2..
semasa ni jord di takdir kan oleh Allah swt selepas solat jumaat bayan Maulana Hamid menyentuh tentang perkara ini..nak masuk syurga ni atas rahmat Allah swt..berdasarkan pengakhiran kita..

ada seseorang pada hidupnya dia membuat amal amalan2 ahli syurga tapi pada akhir hidupnya dia lakukan perkara mungkar.. dan ada seseorang pada hidupnya membuat amalan2 ahli neraka tapi pada akhirnya dia niat untuk lakukan perkara2 kebajikan dan tinggalkan perkara mugkar.. oleh itu semoga pengakhiran kita dalam mendapat redhaNya dan kekal dalam hidayat Nya hingga ke akhir..

Permulaan dalam kehidupan,
Pengorbanan menjadi pegangan,
Hingga menjadi amalan,
Walaupun di mana pengakhiran.

Wallahualam..

Rabu, 2 Jun 2010

Suara Hidayah..

Just nak kongsi lirik lagu nyanyian Nazrey Johani.. bila dengar-dengar menarik juga liriknya..
Tajuk : Suara Hidayah

Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Jumaat, 21 Mei 2010

Tangisan Rindu....


Gambar ni masa keluar kat Kelantan tahun lepas di Kok Lanas.. mereka ni sebahagian dari pelajar2 Madrasah Hj. Noordin attach dgn jemaah kami sehari di Masjid Pondok..
Mereka ni sebahagian besar terdiri dari anak2 yatim dan keluarga2 yg susah.

Aku ke madarasah mereka 2 hari bersama2 mereka sbb jemaah kami ada takaza "program Rakan Masjid" selama 5 hari anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan..(jemaah kami gilir2 untuk membantu).. "Program" ni terdiri dari pelajar sekolah2 menengah di sekitar kok lanas yg keluar di madrasah tersebut bersama pelajar2 tahfiz ni..semasa "program" ni penuh dgn amalan2 yg dapat membawa fikir keatas iman dam amal.. ziarah.. bayan.. muzakarah.. mesyurat..ta'lim..kelas ilmu.. kalau masa bayan tu mereka ni berebut2 nak duduk paling depan sekali...
tapi aku tak boleh lupa masa ta'am hihi.. budak2 madrasah ni berebut2 nak khidmat basuh.. em..keadaan mereka tidak semewah kita di luar..makan biasa2 je.. tp mereka sangat gembira.. pastu petang2 bagi makan kuda.

Pengalaman aku bersama dengan budak2 ni sangat menarik.. memang tak boleh dilupakan.. masa aku nak tangguh dari madrasah nmpk mereka mcm nak nangis je.. (mungkin aku kot hihi) pastu ada yg minta no fon.. disebbkan tak boleh bw telefon hanya tulis di atas kertas sahaja..

bila aku lihat mereka2 ni rasa sangat kerdilnya diri ni.. mereka ni balik kerumah setahun sekali je tu pun masa raya.. yg tersentuh pada diriku... mereka ni sejak dari kecil2 dah berkorban untuk agama.. em.. aku baru nak belajar2 korban.. lemah nye.. tu pun banyak main2...

lagi yg seronoknye mereka ni sangat mesra dan tawaduk.. kalau bercerita tentang sahabat memang ingat siap nama penuh nama sahabat2 r.a..
aku ni nama sahabat Rasulullah saw pun masih tak ingat.. adoi..
satu lagi aku lihat.. mereka ni turut je.. tak membantah.. ingat lagi amir sub suruh mereka tidur kat luar.. em mereka ikut je.. agak sejuk juga (mungkin kat asrama dah di didik mcm tu...)

bukan senang nak anak2 yg turut kata mak ayah sekrang ni.. tambah2 dengan pengaruh globalisasi sekrang... perlu pada didikan agama yang sempurna baru boleh dapat lakukan.. (so kepada ibu bapa atau bakal berikan didikan agama kepada anak2 ye jangan terpengaruh dengan apa yang ada di dpn mata.. tambah2 tv ambil yg bermanfaat..)

tapi kalau aku ni.. suka sangat membantah... penuh dengan pesoalan apa yg disuruh..... ish2... (aku harap aku dapat ubah...insyaAllah)

oleh itu aku harap dan berdoa kepada Allah swt.. semoga adik2 ku yg disayangi dan dikasihi dapat teruskan usaha untuk berkorban pada agama.. belajar sungguh2 ikut cakap mudarris.. semoga apa2 yang adik2ku ni timba ilmu dapat diamalkan, sampaikan dan diambil manfaat oleh kita semua. semoga dapat berjumpa lagi.. Bertemu dan berpisah kerana Allah swt...insyaAllah... semoga Allah swt terima..

Pujangga melayu bermadah :,
Tangisan rindu sang pencinta,
Hati perindu menjadi satu,
Tangis tawa telah tercipta,
Namun hakikat dari yang Satu....

Wallahualam...

Selasa, 18 Mei 2010

Kenangan berlalu..



Lama juga tak tulis entri ni.. mungkin lama tak keluar kot.. adoi.. lemahnya.. alhamdulillah semoga diri ku ni sihat2 kot..
pada awal bulan 5 yg lepas jemaah USM telah dihantar bergerak di sekitar Jitra, Kedah selama 40 days.. (ku pohon doa dari kalian).. asbab intership dan telah di tafakut (interview) dgn syura' Penang InsyaAllah.. aku diminta untk keluar beberapa hari selepas intership.. doakan...

Tersentuh bab intership ni setelah seminggu lebih berada di sekolah.. rs seronok juga memang byk pengalaman terutamanya untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak2 supaya menjadi insan.. walaupun mereka kanak2 khas tp aku sangat bersyukur bak kata2 guru kawan ku "kita bertuah sebab dipilih oleh Allah swt untuk mendidik anak-anak syurga ini.." subhanallah...
dan yang paling best nye masa intership ni ada hari guru hihi.. boleh la nak berlagak jadi guru jap buat sambutan hari guru (lari niat nampk).... dulu sambut kat guru tp hari ni murid pula sambut kat kita sekejap je masa berlalu.. sekolah ni sambut hari jumaat (21/5) ni...

tetiba teringat plak aku sambut hari guru di sekolah dulu tambah2 kelas aku dulu 5 Sn 1 hihi.. memang satu hari tu enjoy je haha... bila ada hari guru ni dapat la dengar lagu "Kami Guru Malaysia" em tersentuh la juga...
pagi tu ada game dgn guru... pastu ada makan beradab jemput la guru2 kelas, guru subjek datang ke kelas nak mkn2.. sebelum hari guru ni nak kn beli makan la pula.. adoi.. "mak2 nanti tolong buatkan dadih" hihi...
pas mkn2 ada persembahan untuk guru2.. berlakon,nyanyi dll huhu..
mungkin ni pengalaman aku di sekolah menengah ku Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi gambateh.. hihi..

di sini saya ingin ucapkan selamat Hari Guru kepada cikgu ku yang telah mengajar ku secara formal atau tidak formal.. dari A,B,C sehingga kepada X,Y,Z.. guru2 tadika, guru sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah ku di Matrik Kedah dan pensyarah ku di USM... byk sangat nak sebut.. hihi (mungkin ada yg terlupa maap ye)... semoga guru2 ku sihat dan teruskan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yg sempurna... "tugas untuk memanusiakan manusia"


Wallahualam

Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu..

Di cni sy ingin mengucapkan kepada Puan Hamidah bt Aziz.. selamat hari Ibu.. dan juga kepada ibu2 diluar sana hihi..

syurga di bawah tapak kaki ibu.. kwn2.. so sanyangi mereka.. jangan sesekali melawan ckp nye walaupun berkata uff.. em ok... simple2 je..

disini sy letakkan khas sajak untuk mak ku Hamidah bt Aziz.. huhu..

Khamis, 6 Mei 2010

Sekitar perjalanan di sekolah intership ku...


Tembok sekolah...


Dewan vok...



Papan petunjuk jalan.. supaya x tersesat..

Pada cuti sidang ni aku diwajibkan untuk menjalani Intership.. pada 10.5 ni akan bermula lah tugas ku sehingga 4.6.. 4 minggu juga... terima kasih banyak2 kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah, Penang.

pagi tadi aku telah berjumpa guru besar di sekolah yg akan aku berintership.. untuk bagi laporan yg aku akan masuk sekolah tersebut 10.5 ni supaya kedatangan ku ke sekolah tidak mengejutkan guru besar.. nnti ingat pendatang plak hihi..
di sini aku sertakan gambar2 sepanjang perjalanan ku di sekolah tersebut..
Padang sekolah..



Pejabat skoll..


Pelan skoll..









Di luar bilik guru 1..Di luar bilik guru 2




Doakan supaya sy dan kwn2 dapat menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada kami dan menjadi pendidik yg membawa manfaat dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

Wallahualam..

Ahad, 2 Mei 2010

Konspirasi mereka.. tindakan kita...


Ari ni aku terbaca beberapa entri dari blog FOM... em memang menarik apa yg telah dibongkarkan.. patut la diberi our mind kan... betul atau tidak apa yg diceritakan wallahualam... aku pun tak tau....

dan aku bagi bila terbaca entri2 ni bertambah yakin aku dengan usaha agama yg mulia ni.. mengajak manusia kepada Allah swt.. dunia sementara akhirat selamanya...tambah2 saling pesan memesan dan beri peringatan pada diri yg lemah ni dan saudara2 seislam tentang dunia sementara akhirat selamanya...hubungan silaturahim antara saudara seislam bukan di Malaysia je.. seluruh dunia.... kena tambah pengorbanan pada jalan Allah swt..

sedikit targhib : kita kat Uni ni perlu bawa agama dalam pelajaran.. untuk manfaat dunia akhirat.. semoga apa yg kita kejar2 kan tidak sia dan jangan lupa tanggungjawab terbesar kita sebagai umat Nabi Muhammad saw.. dan berjaya di dunia sementara yg kita berada sekarang iaitu di uni dengan peroleh keputusan yg cemerlang.. pelajaran pun dakwah juga.. mak ayah kita hantar ke cni pun atas maksud pelajaran juga kan.. jangan hampakan mak ayah.. Islam is our life...

di cni aku linkkan supaya kita semua dapat ambil manfaat...

Entri 1 : FOM 1 dan FOM 2

Kakuzari sikit :

Entri 2 : Khuruj

wallahualam...

Ahad, 25 April 2010

Kolej Matrikulasi Kedah.....


Masjid Kolej Matrikulasi Kedah... gambar tahun 07/08..

Entri kali ni aku nak cerita kan berkenaan tempat pertama sekali aku kenal usaha agama.. iaitu masjid ni.. iaitu masjid KMK..
ta'lim lepas isyak.. mesyuarat harian lepas ta'lim.. khususi antara maghrib isyak.. yg ni masa batch 07/08.. (terniat nak menulis entri ni sbb jumpa Aiman rakan seusaha masa di KMK dl jumpa masa khuruj di Perlis.;.)

bila aku lihat balik memang bes.. selain tu banyak juga program yg dilakukan kat masjid ni.. terutamanya dari Pusat Islam KMK (aku di bawah lujnah penerbitan diamirkan oleh Fatih).. masa bulan puasa. memang meriah.. bukak puasa sekali.. ceduk lauk bukak puasa... masa tu da iftar perdana.. qiamulail.. masak bubur lambuk.. dan setiapa pagi jumaat akan diadakan gotong-royong masjid..untuk persediaan solat jumaat nanti...

hari jumaat kedah cuti tak de kuliah..
so boleh lepak2 eh... iktikaf kat masjid lm ckit...hihi..pastu ada sarapan... makan dalam talam... hihi.. ustaz belanja....

ingat lagi masa nak dekat exam.. masjid penuh... em bes2 kan bagus setiap bulan ada exam..

mungkin ada rakan2 seusaha kat KMK yg baca entri ni teringat kot.. ada satu kuah kat kafe A dikenali sebagai "Kuah Karkun"... gelaran yg diberi apabila setiap kali nak bukak puasa je (puasa isnin khamis) rakan2 seusaha ni akan beli kuah merah.. haha... kalau takde .. "eh ari ni kuah karkun takde ke"..
dan yang paling diingati adalah masa jour student KMK 07/08 :


Jour KMK 07/08 masa ni Cikgu Yusri pun datang..

dan di sini la tempat pertama yg paling berharga buat diriku mengenali usaha agama.. walaupun pada permulaan aku agak menentang hihi.. hidayat di tangan Allah swt.. (terima kasih Nurezwan dan sahabat2 yg lain) dan rsnya dlm tempoh belajar d KMK ni aku sempat khuruj sekali..lemah nye.. dan pergi mlm markaz kedah di Jitra, Kepala Batas sekali.. naik bas.. masa tu la hati ku mula terpaut..
yg peling seronok bukak puasa sekali.. study group pun sekali bes2...

doa semoga kita semua dapat istikamah.. tambah2 diri ini yg penuh dengan ujian dan dugaan...
(niat kebaikkan dapat lihat kebaikkan.. yg penting niat nak belajar) :-)

kisah dulu kan.. dan sekrang dah sambung belajar di USM nak tahun 3 dah.. huhu.. cepatnya masa.. insyaAllah kuatkan usaha agama untuk bawa kesempurnaan agama dalam diri kita dan seluruh umat, keluarga, rakan2, jiran2 dll..


Mesyuarat harian...(boleh tangakap gambar hihi)

Wallhualam...

Sabtu, 24 April 2010

Sudah besar rupanya...


Masa 2 tahun di rumah tokwan ku di Sg Bakap....
tgk cni 1..2..3.. hi..

Tetiba aku teringat pula cerita masa aku kecik2 dari mak..
em.. sungguh cepat masa berlalu kan.. tgk2 dah 21 tahun..
menurut mak aku..
aku di besarkan oleh tok dan tokwan ku.. setahun jg tinggal bersama di kampung.. suasana di kampung lebih sesuai untuk ku... mungkin sbb tu aku agak rapat dengan tokwan ku.. kalau tokwan ku pergi mengajar kitab kekampung2 di sekitar Sg.Bakap.. aku pun akan dibawa bersama.. tp tak ingat la apa yg tokwan aku mengajarkan... em rugi2...

apabila aku tgk2 balik gambar lama ni rasa seronok plak.. ye la sejarah kan.. tambah2 masa kecik2.. rs bebas je.. tak memilih pun..... semua nak masuk mulut je.. nak pakai baju lama ke, baju baru ke tak kisah... kadang2 tak pakai.. eh malu2..hihi... itu la kan... kanak2 ni ibarat kain putih.. ibu bapa la yg mencorakkan kain tersebut.. samaada corak batik, corak tompok2, takpun corak harimau huhu... ganas... (siapa yang bagi besar dan memelihara kita ??? ..... )

sekrang.. memilih.. nak makan sedap2 la... nak itu la.. ini la.. nak pakai baju smart2 la.. nak tempat tido selesa la.. huh. cerewet.. kan bagus kecik je selalu.. senang... tp.. nak besar jg...

em kehidupan kan. kehidupan seorang bayi atau kanak2 kecil yg bebas dari dikriminasi dunia.. kalau buat salah.. em "takpe budak2 lagi tu"... budak2 baru belajar...

semuanya datang daripada Allah dan kembali pun kepada Allah..
kecik ke besar ke... muda ke tua ke... semuanya akan kembali..
semakin lama kita hidup semakin hampir kita pada saat selepas kehidupan di dunia yg sementara.. so beringat2 sebelum tiba...

mungkin kt anggap kita kecik lagi (dah 21 dah Huszaimi....) hihi.. sihat.. boleh belajar.. boleh cari "pasangan" eh.. tp maut ni tiada isyaratnya.. hanya yang kita akan bawa selepas ni iman dan amal.. so berebut2 la kita mencarinya...

Pujangga bermadah,

Dalam kehidupan ada manis dan pahit,
Setiap perkara dilalui bersama,
Namun iman dan amal menjadi pencatit,
Sebagai penentu alam di sana.

Wallahualam..

Sabtu, 10 April 2010

Sabar dan Usaha...



Salam, entri kali ini berkaitan persediaan exam semoga aku pun dapat amalkan..
pertama sekali bagi diriku ini.. mcm tak bersedia je..
bawah ni artikel berkaitan Sabar dan Usaha.. agak panjang juga..

em.. apabila masuk study week dan minggu exam.. hasil keputusan mesyuarat dgn syura'.. amal ziarah atau gast dan khuruj di tangguh sekejap kerana memberi ruang untuk study.. study sangat penting.. supaya kita tidak bawa imej buruk kepada usaha agama.. semoga kita berjaya di dunia yg kita ceburi dan akhirat yang selama-lamanya.. so kepada semua sahabat-sahabat ku yang disayangi dan dicintai serta dirindui (jiwang jg hihi..) lakukan exam kali ini dengan terbaik dan ikut keputusan yg telah dimesyuaratkan.. gud luck ye..


SABAR DAN USAHA


Oleh : Mohamad Huszaimi b. Husin


Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
( Surah Al-Asr: 1-3)

Semakin hari bahang peperiksaan semakin terasa. Saat-saat ini dirasakan masa begitu pantas berlalu dek sibuk mengulang kaji dan sebagainya. Tika ini jugalah hati kita diuji dengan pelbagai ujian kadangkala membuatkan kita berasa putus asa.

Ujian adalah lumrah kehidupan yang sememangnya tidak dapat melarikan diri daripadanya, terutama sekali manusia biasa seperti kita. Begitu juga sebagai lumrah seorang pelajar atau mahasiswa untuk menempuhi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kita tidak dapat melarikan diri daripadanya tetapi tidak mustahil kita dapat cuba untuk menghadapi dangan kemampuan yang telah kita bekalkan sepanjang satu semester.

Bagaimana kita hendak menghadapinya jika tidak bersedia? Oleh itu gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Masa yang berbaki ini perlu dimanfaatkan, jika tidak akan berlaku sebaliknya. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat diambil

1. Semak bahagian yang sukar, fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapan.

2. Bagi topik yang mudah, banyakkan latihan dengan pantas. Hal ini dapat menambahkan lagi keyakinan pada hari peperikasaan nanti.

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang tebal, hal ini dapat menaikkan perasaan cemas.

4. Jangan terlalu berasa cemas dan bimbang, banyakkan bersabar dan berzikir. Teruskan ulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain itu, masa yang ada harus digunakan dengan menyiapkan diri dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Perkara ini juga banyak membantu dalam memudahkan usaha untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.


Amalkan persiapan fizikal seperti mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat membantu menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran.

Dari segi mental pula, berfkirlah dengan positif dan percaya bahawa kita telah berusaha serta yakin untuk menghadapinya. Fokus kepada diri apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Emosi juga perlu disiapkan untuk “bertempur” di medan peperiksaan nanti. Kawal emosi dan elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang menjejaskan emosi belajar kita.

Setiap hari bermuhasabahlah diri tentang setiap perkara yang telah kita lakukan dan ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya. Hal ini supaya kita sentiasa berada dalam keadaan positif terhadap orang di sekeliling kita. Sentiasa memaafkan orang lain supaya tidak berlaku permusuhan antara kita terutamanya sesama orang Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara. Dekatkan diri kepadaNya dengan amalan-amalan solat sunat dan bacaan al-Quran.

Apabila kita sentiasa mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Oleh itu, kita perlu sentiasa memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta dengan banyakkan zikir serta sentiasa menceritakan kebesaran Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah denganNya dengan sentiasa memanjatkan doa kepadaNya dengan seikhlas hati dan serendah-rendah diri sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Yang Maha Pemurah. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat.

Sebaik-baiknya sebelum memulakan ulangkaji, lakukan solat taubat dan hajat, semoga mudah untuk memahami dan mengingati pelajaran tersebut dan mohon restu dari ibubapa, guru dan pensyarah. Jangan sesekali melukai hati mereka. Setiap perkara yang kita lakukan pada hari ini akan menyelamatkan kita di kemudian hari iaitu hari yang penuh dengan pembalasan hanya yang akan menyelamatkan kita iaitu iman dan amal yang dibina di atas dunia yang sementara ini untuk akhirat yang selama-lamanya.

Maka gunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang pengejar ilmu yang cekal hatinya untuk menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan serta pendirian dan azam yang teguh. Tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seorang penuntut ilmu yang sentiasa patuh dan tunduk kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Jadi, usahlah risau dan gelisah, tetapi bersabarlah dan gunakan masa yang ada dengan usaha menuntut ilmu untuk kejayaan di dunia dan juga akhirat. Selamat Berjaya dalam menjawab peperiksaan.

Wallahualam.