Khamis, 9 Februari 2012

Hampir Tiba..!

Bacaan di waktu minum petang sambil2 menghirup cai panas hihihi...

..................................

Saya terpaksa menaip bukan kerana kehendak jemaah tapi kerana saya hendak memberitahu bahawa masanya hampir tiba...

seumpama tuan melihat kapal terbang yang tinggi diawan bergerak perlahan, hakikatnya kapal terbang tersebut mungkin berkelajuan 500km/j.

begitu juga dengan mereka yang berada diluar jemaah, mereka melihat pergerakkan jemaah ini perlahan... hakikatnya... jemaah ini sudah hendak sampai ke destinasi terakhirnya, jemaah sedang bergarak laju, sangat laju berbanding dengan tahun-tahun sebelum, seluruh dunia.

sebelum terjadinya perperangan akhir zaman, sebelum terjadinya kebangkitan Islam, rabai yahudi memberi "benchmark" kepada umat ini, umat islam hanya akan bangkit sekiranya solat subuhnya sama dengan solat jumaat. - Tuan, perkara ini telah pun terjadi di suatu kawasan asbab dari usaha dakwah ini menandakan dekatnya saat kebangkitan umat islam.

Tuan-tuan, tuan-tuan mempunyai semangat yang tinggi dalam Islam, tapi agak sayang sekiranya jemaah kami sudah bergerak hampir dengan Jurusalem, tapi tuan-tuan masih di hadapan komputer lantaran tidak mengetahui apa yang terjadi.

Tuan-tuan, seperti yang tuan ketahui, jemaah ini tidak menggunakan media sebagai medium perhubungan, sebaliknya menggunakan masjid, dari sini semua maklumat2 akan di pindahkan. Datanglah ke masjid-masjid, dan duduklah dalam mesyuarat.

Tuan-tuan, kini setiap tahun syura dunia dihantar membuat haji. Ini biasa bagi orang awam, hakikatnya ada seseorang yang akan menzahirkan dirinya dihadapan Kaabah pada saat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka syura akan memujuknya menjadi Amer kepada jemaah ini. Seperti yang kita sedia maklum, beliau akan menolaknya kerana berasa tidak layak.

Tuan-tuan, sekiranya beliau menerima, "automatinya" beliau mempunyai tentera lebih ramai dari mana-mana negara dalam dunia, tentera-tentera yang telah pun berlatih sejak zaman Maulana Ilyaas (rah) 1924, dianggarkan lebih dari 5,000,000 (5 juta)... angka ini dianggarkan mengikut jumlah kehadiran istimaq di bhopal yang mencecah 2,000,000 orang, di malaysia sahaja mencecah 200,000, akan tetapi jangan salah faham keseluruhan ini adalah tentera-tenteranya. Ianyanya akan ditapis lagi, mereka-mereka yang pernah keluar setahun, 4 bulan, 40hari, 3 hari.

Jadi jumlahnya akan mengecil tetapi kualiti yang lebih baik. Hanya dan jika hanya 1% sahaja dari jumlah keseluruahan yang betul-betul menjaga 5 amal masjid, 5 waktu berjemaah, menjagai solat tahajud, maka jumlah yang terkumpul melebihi jumlah tentera Sultan Mahmud Al-fateh yang berjaya menawan Sepanyol 500 tahun yang lampau. (250,000 tentera)

Tuan-tuan yang dikasihi, Tuan-tuan selalu bertanya kepadda kami bila kami akan mengankat senjata melawan yahudi di Israel, kami tidak salahkan tuan-tuan, kerana dikalangan sahabat juga ada yang bersemangat seperti tuan-tuan semasa hendak menakluki Mekah, akan tetapi dengan bijaksana dapat disabarkan dengan Rasullah SAW. Tuan-tuan, sebaik sahaja kami mempunyai Hadratji (Amer) ke-4 yang telah dinantikan sejak 1995, maka impian tuan-tuan akan tercapai, persoalannya adakah tuan telah berlatih bersusah payah meninggalkan isteri-isteri dan anak-anak tuan?

Tuan-tuan, inilah satu-satunya jemaah dalam dunia yang tuan-tuan tidak boleh masuk tetapi boleh keluar. Akan tetapi ada syaratnya, tuan-tuan hendaklah mempunyai sifat wajib "memuliakan orang-orang islam yang lain dan tidak boleh bersangka buruk sesama orang lain", sekiranya tuan-tuan tidak mempunyai sifat ini, nescaya sekiranya tuan sudah keluar 4 bulan sekali pun tuan tidak akan "dipilih" untuk keluar lagi dan lagi. Usaha tuan-tuan dalam ini hanya sekadar pengetahuan. Ingat DUA syarat atas sahaja menyebabkan ramai sekali umat islam tidak dapat keluar berdakwah sebab mana mungkin pendakwah mempunyai sifat-sifat diatas. Jadi jangan cepat melatah sekiranya tuan-tuan fikir tuan-tuan yang menolak jemaah ini, mungkin usaha ini yang menolak tuan-tuan.

Tuan-tuan, ramai dari tuan yang mendengar usaha ini ialah usaha pilihan. Iya, lihat aja, berapa ramai yang mengetahui kebenaran usaha ini tetapi tidak mahu mengambilnya lantaran hanya kerana takutkan isteri, tidak sanggup bersusah payah, takutkan kawan-kawan, takutkan tomahan, takutkan kehilangan keuntungan, dan lihat berapa kerat sahaja dari jumlah yang besar sanggup mengambil kerja ini. Bukankah mereka ini terpilih walaupun tidak mempunyai cukup ilmu, wang, masa dan sebagainya?

Tuan-tuan, tanda-tanda pengakhiran jemaah ini sudah ada, tahun 2012 sahaja 13 istimaq akan diadakan di Malaysia. Setiap nama-nama mereka-mereka yang pernah keluar akan dikumpulkan, usaha secara drastik akan dibuat untuk mengumpulkan mereka semula dalam istimaq. Diberi latihan sekali lagi. Oh latihan apa? latihan yang yakin bahawa Allah maha kuasa mahkluk tiada kuasa. Yakin bukan senjata bagi kemenangan yang bagi kemenangan ialah Allah, lagi dan lagi sehingga terpahat di dalam hati.

Tuan-tuan, tentu sahaja tuan-tuan memperlekehkan jemaah ini atas kebolehan untuk pergi berperang, tak mengapa, itulah hikmahnya, ROM dan PARSI pernah aja berfikiran seperti tuan-tuan, mereka melihat orang-orang Saracen yang tidak bertamadun, babarian dan sebagainya. Mereka langsung tidak menjangka orang-orang Islam dari tanah Arab ini mampu mengalahkan mereka, empayar yang mempunyai teknologi ketenteraan 500 -1000 tahun. Disaat tuan-tuan melihat kehadapan, jemaah ini diajar lihat kebelakang, lihat sahabat-sahabat dalam perang terdahulu, bagaimana mereka diajar jangan yakin terhadap jumlah tentera dan senjata. Lihat Badar, lihat Uhud. Ini semua sejarah.

Tuan-tuan, sekiranya tuan-tuan berjemaah di masjid, maka tuan-tuan bakal menyaksikan kehilangan jemaah tabligh dalam masjid tuan, sekiranya ini terjadi, maka ingatlah bahawa perkara-perkara yang tuan-tuan telah tahu telahpun berlaku. Mungkin ada orang berkata, bagaimana jika apa yang saya katakan ini tidak benar atau salah. Iya, saya dan kami tidak akan rugi apa-apa, usaha kami tetap berjalan sehingga Hadratji ke-4 muncul, kami masih "berlatih", kami masih keluar, kami biasakan diri kami buat pengorbanan, kami biasakan isteri dan anak-anak kami untuk ditinggalkan sementara. Kami latih isteri dan anak-anak kami untuk berdikari sekiranya kami syahid di medan perang, iya, kami berlatih. kami tidak menunggu sahaja. Akan tetapi apa yang berlaku, amat malang pada tuan-tuan yang bersemangat Islam ini tidak dapat bersama kami sekiranya ia benar-benar berlaku.

Tuan-tuan, umumnya ahli jemaah amat jarang atau hampir tiada membincangkan topik-topik seperti ini lantaran ditakuti mereka keluar tabligh tidak ikhlas kerana Allah SWT sebaliknya takut akan hari-hari kemusnahan, jika tidak berlaku, maka mereka akan berpatah balik ke tabiat asal. Tapi sejauh mana hendak mampu ditutup dan dinafikan jika tuan-tuan sudah nampak petanda-petanda yang berturutan, langit sudah semakin gelap, mampukah kita menafikan hujan masih lambat lagi turun?

Tuan-tuan, Amer Pakistan, Haji Bai Wahab sedang sakit sehingga beliau di ziarahi oleh Maulana Saad baru-baru ini. Haji Bai Wahab hidup sezaman dengan 3 Hadratji sebelumnya dan saya yakin beliau akan sempat melihat Hadratji ke-4, Tuan-tuan, saya tidak meminta Tuan-tuan meyimpan beras, tidak meminta tuan-tuan meyimpan makanan, membina tempat perlindungan untuk hari tersebut, tetapi berdoalah agar tuan-tuan berada dalam jemaah yang di sukai Allah SWT, jemaah yang jalannya hampir dengan Sahabat RA, jemaah yang disukai oleh Rasullah SAW, berdoalah, teruskan berdoa, semoga Allah SWT mengkabulkan doa tuan-tuan, Ameen.

------------------

penulis asal saya x tahu.. yang tahu kita buat ja usaha sehingga Allah swt pilih..

kalau tak sempat pun semoga Allah pilih akhir kalam LAILAHAILLAH......