Selasa, 29 Jun 2010

Pengakhiran..


Pemandangan sekitar perjalanan pulang dari Berseri, Perlis...

Lama juga tak menulis entri ni.. mungkin agak cbuk ckit.. takpun menerima nasihat dari kawan2..hihi..

alhamdulillah semoga kesibukan yg melanda diterima oleh Allah swt..

Rasanya segala persoalan yg membelenggu oleh sahabat2 telah terjawab terutamanya untuk diri ini sepanjang pengakhiran ini..

pada minggu lepas aku telah di beri kesempatan oleh Allah swt untuk ke Ijtima' @ Jord Utara di Berseri , Perlis (tidak ada gambar di tangkap).. ramai yg hadir dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggi ke hampir satu abad walaupun tanpa iklan2 di TV atau Radio tempatan semuanya hasil dari pergorbanan jemaah2 yg keluar..

hampir 20 jemaah juga yg dapat dibentuk untuk khuruj di ijtima' ini.. kurang dari yg di target kan.. semoga kita banyak istighfar.. ada jemaah yg khuruj ke Hong Kong dan Singapura..

banyak pengisian yg diperoleh kalau nak tau kena hadir la.. semoga Allah swt pilih kita lagi dan lagi pada masa akan datang.. mungkin lambat lagi akan di adakan..

semasa di sana semasa lepas abeh halaqah quran.. dalam halaqah aku ada seorang pakcik umur mungkin lebih kurang dalam linkungan 70-an.. seronok dapat sembang hihi.. ye la tgk anak2 muda kan.. selepas abeh.. ada seorang pakcik lagi yg datang dgn bertongkat berdekatan dgn kami.. umur dalam linkungan 90-an.. menurut pakcik yg 70-an, pakcik 90-an ni setiap tahun 4 bulan.. tahun 1 IPB, tahun 2 dalam negeri, dan tahun 3 negara jauh..dan ulang2 subhallah.. pakcik ni walaupun dah tua tak perlu gunakan cermin mata pun bila baca quran..(seperti di dalam fadhilat quran)..

bila aku lihat org2 yg hampir seabad ni terdetik dlm hati ku.. kita nak bawa agama ni sampai mati (pengakhiran hidup kita).. pengorbanan masa untuk agama Allah swt..
bak kata sahabat ku "jangan josh kita nak buat usaha agama ni lama" hihi..

Ada kenyataan dari seseorang "jangan anggap orang buat usaha agama atau tabligh ni je yg masuk syurga"..
mula2 rs pedih juga.. takpe sabar2..
semasa ni jord di takdir kan oleh Allah swt selepas solat jumaat bayan Maulana Hamid menyentuh tentang perkara ini..nak masuk syurga ni atas rahmat Allah swt..berdasarkan pengakhiran kita..

ada seseorang pada hidupnya dia membuat amal amalan2 ahli syurga tapi pada akhir hidupnya dia lakukan perkara mungkar.. dan ada seseorang pada hidupnya membuat amalan2 ahli neraka tapi pada akhirnya dia niat untuk lakukan perkara2 kebajikan dan tinggalkan perkara mugkar.. oleh itu semoga pengakhiran kita dalam mendapat redhaNya dan kekal dalam hidayat Nya hingga ke akhir..

Permulaan dalam kehidupan,
Pengorbanan menjadi pegangan,
Hingga menjadi amalan,
Walaupun di mana pengakhiran.

Wallahualam..

Rabu, 2 Jun 2010

Suara Hidayah..

Just nak kongsi lirik lagu nyanyian Nazrey Johani.. bila dengar-dengar menarik juga liriknya..
Tajuk : Suara Hidayah

Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..