Jumaat, 5 November 2010

Jangan sekat-sekat..

Minat tapi berat,
Mungkin tak cukup sifat,
Tak seperti sahabat,
Hijrah setiap tempat,
Tak kenal penat,
Untuk Islam mereka terikat,
Iman di hati genggam erat-erat,
Tak terlucut walau seurat,
Tiada nikmat dunia hanya akhirat,
Hanya Allah tempat bertaubat,
Rasulullah panduan dilihat,
Selesai masalah dengan solat,
Zikir di hati menjadi pengubat,
Ilmu menjadi amanat,
Perkara baik jangan disekat,
Hubung saudara jauh dan dekat,
Hingga ikhlas betul-betul bulat,
Semoga diterima semua niat,
Korban harta, masa, diri dan keringat,
Hanya agama yang menjanjikan berkat,
Untuk sinar amalan Islam menjadi hakikat.