Sabtu, 30 Januari 2010

Pilih.. Pilih..



Calon mengoda???hehe Nama diberi @$*^^.. Undilah saya..

artikel kali ni nak sentuh sikit berkenaan politik kampus..Khamis lepas telah di adakan Pilihan Raya Kampus di USM.. mungkin tahun ni agak hambar sedikit berbanding tahun lepas. hal ini mungkin disebabkan kebanyakkan skol menang tanpa bertanding.. untuk skol Pendidikan hanya hantar 4 calon sahaja untuk 3 kerusi. Pilihanrya kali ini di menangi oleh Pro Aspirasi dan hanya 2 kerusi sahaja dari Bebas.. Pro Mahasiswa tiada.. tapi takpe jangan risau cuba lagi tahun depan.. kepada yang memenangi tu harap2 dapat tunaikan janji ye..
bagi aku tempoh setahun pegang jawatan MPP bagi yang terpilih ni agak singkat.. tahniah kepada Wafi yg telah dilantik sebagai YDPMPPUSM tahun ni.. aku kenal dia sejak dari minggu orentasi..

Pada khamis lepas aku pergi mengundi agak lewat pukul 3 baru pegi ke pusat mengundi Tekun.. ada kelas masa tu.. ye la dah org suruh mengundi kita mngundi la.. em tp setahu aku banyak juga tak mengundi.. ada juga aku borak2 dengan beberapa senior pendidikan tanya diorg mengudi ke tak.. diorg jawab tak...

em dalam hati aku terdetik seketika "org kata usaha agama ni tolak politik dan tak keluar mengundi, tapi banyak lagi budak2 yg tak buat usaha agama ni tak keluar mengundi??? mcm mn ye???? dan kadang2 ada juga budak yg buat usaha agama ni jadi calon pastu sejuk, tolak ke??" jawab sendiri la..
he..

pesanan: kepada yg kalah cuba kaji semula perancangan anda pasti ada sesuatu yg tidak kena dalam usaha anda untuk "pancing" undi.. ingat jangan cuba memburuk-burukkan org lain dan jangan hanya berada dlm kelompok anda sahaja..

bicara politik pula aku ni.. sudah la.. mari kita mengajak umat kembali kepada islam yang sempurna dengan ikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw itu yg sebenarnya.. pasti kejayaan dunia akhirat.. zaman yg perlu ikut Islam.. bukan Islam ikut zaman..

Pujangga melayu bermadah:

Keutamaan menjadi pilihan,
Setiap ketika menjadi sebutan,
Janji-janji sanggupku taburkan,
Tanggungjawab kepada Allah menjadi pegangan.

Wallhualam..

Rabu, 27 Januari 2010

Pecarian suatu pengembaraan...



Ni gambar krew aku (Krew 3) sebelum bertolak untuk pengembaraan.. yang takde dlm ni Nisa dan Hanif sori ye tertinggal hehe..

em.. pemgembaraan ni menarik juga.. 40 KM tu.. tp ye ke sampai 40Km berjalan hehe.. memang suatu pengalaman yg menarik.. krew aku bergabung dengan Krew 4 yg ketua krew nya ialah Sakinah.. untuk Kumpulan 2 ni seramai 27 orang semuanya. Roud 1 dari BM ke Ceruk Tok Kun dan Roud 2 dari Ceruk Tok Kun ke Butterworth. perrh jauh tu...

aku percaya setiap di kalangan kami ni mesti ada pengalaman yg tersendiri..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak de yg pengsan atau berhenti setengah jalan. suatu perkara yg aku dapat belajar ialah kita ni kena banyak bersabar dan nak selesaikan sesuatu masalah tu dengan amal... zikir,solat,ikram, em.. banyak perkara yg telah Allah swt tolong kepada hambaNya.. bersyukur sangat.. kita ni tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah swt.. di samping tu dapat juga belajar yakin semuanya bergamtung kepada pertolongan Allah..em.. kalau nak diikutkan macam tak percaya aku boleh berjalan sejauh ni.. ~insyaAllah azam keluar jemaah jalan kaki~

yg aku tak boleh lupa solat kat tanah lapang disebabkan memang dah kesuntukan masa dan tiada masjid atau surau sepanjang perjalanan.. tawakal je la.. wuduk pun guna sebotol air je.. berbekalkan pengalaman aku semasa di ijtima' yg lepas dgn mengambil wuduk sebotol air je telah aku praktikkan semasa mengembara ni.. ILMU ni... Ilmu yg tak bisa dapat dari kitab sahaja kan... walaupun dalam diri ku ni masih kurang..

akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih pada ahli2 krew aku yg banyak memberi kerjasama.. walaupun kadang2 agak tegang situasinya.. tp jadikan tu sebagai teladan em..biasa la penat2 siapa yg tahan. tp apa yg penting??.. kerjasama.. he..

*kepada ahli krew aku yg baca artikel ni.. teruskan usaha ye.. pengalman naik lori tepung.. pengalaman naik bas kilang dll lagi ni suatu usaha kita bersama.. hehe.. k..

Pujangga Melayu bermadah,:

Pencarian suatu pengembaraan,
Timur, barat, utara dan selatan,
Walau dimana redhaMu Tuhan,
Tetap juga hambaMu dambakan.

~Huszaimi~ 28.1.2010

Wallhualam..

Isnin, 18 Januari 2010

Antara 2 jalan..



Antara 2 jalan.. pasti sukar untuk memilih bukan.. itu lah kehidupan kita bagaimana terdapat banyak pilihan dalam diri kita sehingga kadang-kadang mencetuskan konflik dan dilema dalam membuat keputusan..

paling yang menyusahkan ialah apabila terdapat 2 keperluan pada masa yang sama.. sehigga kita perlu untuk korbankan salah satu keperluan yg mendatang pada masa yg sama.. susah nya.. terutama nak menjaga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak..

tp pastinya kita perlu redha dengan pilihan kita.. ye la masing2 ada baik dan buruknya.. yg penting kn bersyukur.. apabila kita bersyukur Allah swt tambahkan lg nikmatNya.. tp pilihan kita tu juga perlulah berlandaskan AlQuran dan Sunnah.. yg mn dahulu lebih penting.. letakkan keutamaan supaya mudah untuk kita membuat keputusan..

Serangkap puisi dari diri ku....

Antara dua jalan,
Jalan yang melangsungkan kehidupan,
Pengorbanan menjadi keutamaan,
Sehingga diri ku meletakkan keputusan.

Antara dua jalan,
Pilihan untuk terhindar dari kesesatan,
AlQuran dan AsSunnah menadi pedoman,
Supaya kehidupan mendapat keredhaan.

~Huszaimi 18.1.10~

Wallhualam..

Ahad, 17 Januari 2010

Psiko..



Psikologi Kognitif.. teringat plak sem lepas belajar psiko.. sungguh menarik.. walaupun agak2 pening..
em gambar ni adalah kulit buku rujukan yang aku dan kwn2 aku guna dan dicadangkan oleh pensyarah aku buat rujukan untuk subjek ni.. mcm2 ada dlm buku ni.. tentang ilusi,memori,perhatian,persepsi,gambaran,terjemaham pengetahuan,bahasa, dan AI..

yang paling aku terkejutnya.. cuba tgk gambar tersebut... SATU MATA.. mata yang memerhati.. All seeing eye.. sperti seolah2 kospirasi kumpulan gelap yg lebih dikenali sebagai Freemason atau Iluminati yg ditafsirkan gerakan yg menyokong DAJAL.. sesunguhnya fitnah dajal adalah sungguh dasyat dan cukup halus.. adakah ini sekadar kebetulan???

wallahualam..

Gerhana



Hampir sebulan lebih juga aku tak update blog ni.. dalam sebulan macam2 perkara berlaku pada aku.. sedih pun bayak juga dari gmbira... kadang2 terasa dunia ni sempit.. sehingga kita terkejar-kejar masa yang bergerak begitu pantas.

pada tanggal 2 Muharram 1431 bersamaan 19 Disember 2009. Tok wan (datuk) aku telah kembali bertemu Penciptanya. pada ketika tu aku berada bersama2 jemaah USM khuruj 2 weeks di Sg. Petani. Pada ari tu kami di masjid Penghulu Him dan aku diputuskan untuk khidmat pada hari tu. tiba2 selepas maghrib aku terima panggilan dari mak aku yg mengatakan tok wan ku sudah meninggal dan selepas isya' terus aku bergegas pulang ke kampung. terima kasih kepada amir sub, abg fitri dan azizi kerana sudi menghantar aku. satu berita yg menydihkan. sbb banyak pengalaman aku bersama2 dengan arwah. kenangan terindah. semoga Allah swt meletakan tokwan berada bersama org2 soleh amin. alfatihah..

bersempena gambar yg aku letak dalam entry ni.. dalam sebulan ni byk berlaku gerhana. gerhana bulan pada malam jumaat 1.1 semasa tu aku berada di Masjid Benggali ikhtikaf kat sana. dan pada 15.1 ari tu berlaku gerhana matahari pula.. semuanya berlaku pada ari jumaat.. adakah kiamat semakin hampir?? em risau juga.. dapat juga belajar solat gerhana ni..

jika zaman Rasulullah saw berlaku gerhana.. Rasulullah akan risau.. dan lakukan solat gerhana panjang sehingga gerhana hilang.. tanda2 kiamat salah satunya berlaku gerhana..
15.1 ari tu aku berpeluang melihat gerhana matahari separuh melalui teleskop yg USM bekalkan untuk dilihat.. em subhanallah.. sungguh hebat ciptaan Allah SWT. sesungguhnya semua yang berlaku di dunia ni atas pentadbiran Allah swt.

semoga apa yg berlaku ni dapat kita ambil ikttibar dan sampaikan..

Wallhualam..