Isnin, 6 September 2010

Yang ke-21



Pada 5/9 ari tu maka ganjil la sudah umur ku 21 tahun..
maknanya sudah 21 tahun aku hidup di dunia ni.. em berbaki berapa lagi la ye..tak tau la bila.. yang pastinya sentiasa kena lakukan persediaan..

kalau 21 tahun org kata dah layak mengundi huhu.. eh.. hihi..

rsnya cepat sungguh masa berlalu..rupanya dah tua aku ni tapi stil mcm dulu je..hi.. InsyaAllah gunakan umur yang kita ada ni kearah kebaikkan.. gunakan masa,diri dan harta untuk agama Allah swt..

saya juga ingin ucapkan terima kasih pada sahabat2 yang telah berikan ucapan di Facebook.. SMS.. telegram,burung merpati (kalau ada..:-)..)

di cni saya ingin konsgsikan satu mesg yang agak mendalam juga maknanya dari salah seorang sahabat baik sy.. (ku abadikan di dlm entri ni supaya tidak kehilanganya)
(maaf.. nama pengirim mesg di rahsiakan untuk keselmatan dan kepentingan2 peribadi yang tak dapat dielakkan)

"Hari ini adalah special day buat ibumu...flashback 21 tahun yang dulu, ketika itu umur ibu lebih kurang seusia kamu.. pada tarikh yang sama di pertaruhkan nyawanya melahirkankamu, ketika mengandungan kam, acap kali diusap perutnya supaya kamu tidak kekurangan kasih sayang dan dalam solatnya tidak henti2 mendoakan kesejahteraan kamu.. bila berjaya melahirkan, tangan kecil mu dipegang..dahimu di kucup penuh kesyahduan, jari-jemarimu dibilang2..lalu ibu tersenyum kesyukuran sambil mengendong kamu di pangkuannya buat pertama kali.. kini jika diamati wajah ibu,kedutan diwajahnya kian jelas, tapi ibu masih tetap tersenyum.. sedar atau tidak kamu rupanya mewarisi senyuman ibumu- "mak terima kasih kerana pelihara saya hingga saat in, kasih sayang mak tiada galang gantinya"

kesimpulan yg aku dapat buat ialah..
sempena ulang tahun kita yang tak kira la keberapa tahun pun maka berterima kasih lah kepada ibu kita yg telah melahirkan kita.. hargai ibu kita..semua nya rahmat dari Allah swt...
kepada ibu2 sayangi anak2 anda kerana ia adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya yang tercinta..

wallhualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan