Rabu, 7 September 2011

Valo.... Syawal sudah berlalu..

Alhamdulillah syukur nikmat atas apa yang telah Allah swt beri kepada kita. Jika kita syukur kepada Allah pasti Allah swt akan tambahkan nikmatNya.. Maka oleh itu nikmat iman dan islam patut lagi kita syukuri kerna untuk sujud padaNya juga memerlukan taufiq dan hidayat dari Allah swt..

Kita walaupun dari Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Amerika, Australia atau Eropah jika ada kalimah lailahaillallah dalam diri ini maka kita adalah musalman bai-bai.. kerna persaudaraan kita tak terbatas pada sempadan negara, warna kulit, keturunan, bahasa, budaya dan sebagainya.

>>>>>>>>hanya catatan peribadi<<<<<<<<<

Orang kata jika kita nak timbulkan rasa syukur.. kita nak kena lihat org yg lebih susah dari kita..

apa2 pun... Valo Achen..?. :-) setelah sekian lama tak menaip.. ingat dah tak mahu tulis dah.. tapi.. apa2 pun kesimpulannya korang patut keluar 4 bulan IPB kepada semua lelaki sama ada belum khawin atau yg sudah..jika wanita pergilah bersama-sama mahram anda dan bentuk jemaah masturat..

Nampaknya syawal (org kata raya sebulan huhu...) telah berlalu sekarang sudah masuk bulan zulkaedah..cepat sungguh masa berlalu..
Pengalaman Raya Eid tahun ni sangat berbeza dari raya aku tahun2 yang lepas... gambar peta dan raya eid tahun ni sangat berkaitan bagi aku.. mana tidaknya..kali pertama raya di perantauan di tanah Hind ***Bangladesh...*** em.. beza? sangat berbeza dari segi makanan dan kemeriahan.. walaupun kemeriahan tetap meriah dengan cara yang tersendiri...

Malam raya tu aku di tempat tasykil sekitar area Dhaka iaitu Masjid Katalbagan.. masjid ni 5 tingkat.. terletak di kawasan market... Malam tu jalan penuh sesak dan ramai yang membeli bahan2 kelengkapan untuk sambut raya esok sama juga mcm Malaysia. Bangladesh raya sehari lewat dari Malaysia.. Jika di Malaysia lepas maghrib dan isya' hingga solat raya pasti berkumandang takbir raya yang mendayu-dayu sehingga menusuk ke kalbu.. cuma di sini hanya pada masa khutbah sahaja ada takbir..

Raya masa keluar ni seronok walaupun malam raya kita tetap dapat jaga amal.. majlis solat raya bermula lebih kurang 0730 pagi.. bayan@Tazkirah berkenaan Raya Eid dalam bahasa bangla oleh imam masjid hingga 0815 pg lepas tu bermula solat raya... di sana yg solat jemaah di masjid hanya org lelaki sahaja.. jemaah yang hadir penuh hingga ke tingkat 5 itu pun masih ada yang menunggu untuk solat raya yang kedua. lepas solat maka khutbah di sampaikan dalam bahasa arab oleh imam. selesai ja khutbah maka majlis salam2.. di sini salam siap peluk2 lagi.. terasa juga mohabbatnya..

setelah itu, kami satu jemaah pek "senjata dan kelengkapan (bukan kain kapan)" cepat2 nak balik ke Masjid Kakrail sebelum pkl 10.. sebab lepas pkl 10 ja.. nnti akan berlaku kesesakan yang luar biasa tambah2 raya.. kami tunggu kenderaan akhirnya ada kenderaan.. ingat nak tahan raishaw ja tapi Allah swt hantar oto (lalat hijau :-) )...

Akhirnya kami sampai di masjid kakrail walaupun semasa nak sampai tu agak sesak juga..
tiba ja sana jumpa saudara2 dari Malaysia.. ramai juga.. banyak student2.. segak berpakaian berjubah putih,kurta semuanya..memang smart.. tambah dengan serban hitam 12 hasta dan serban putih pehh... lepas tu org tanggungjawab markas ajak ziarah rumah orang2 lama masjid kakrail yg brada di sekitar dhaka.. Kami yang belum makan lagi ni on ja.. setelah lebih kurang 20 minit dengan menaikki kereta.. kami pun sampai rumah seorang org lama dalam usaha dan seorang doktor perubatan yang belajar di Jepun.

Tiba ja di sana ada sudah ada jemaah Malaysia yg dah tiba awal bersama jemaah dari Kayzakhstan. Setelah usai, giliran kami pula untuk menjamu selesa bersama dengan jemaah dari Pakistan.. hidangan nya nasi briyani bersama ayam masala.. pastu nampk bihun goreng..rupa-rupanya manisan.. dan seperti biasa makanan kegemaran susu masam ala2 yogurt pun ada sebagai pencuci mulut..Selesai semua kami pun balik ke Kakrail dan singgah di sebuah Hospital ziarah ada seorang jemaah Sudah yang kemalangan..gembira dia dengan kedatangan kami ke situ...sampai di masjid kakrail dan ikuti program markaz seperti biasa.. Tempat iktikaf penuh...yang ada kosong di tingkat 3 iaitu tempat jemaah arab.. Ramai betul org2 arab kat cni antaranya dari Mesir, Tunisia, Jordan, Nigeria, Sudan, Somalia dll..
Semoga Raya Eid ni bermakna sepanjang hidupku..


Rabu, 20 April 2011

Sebut betul-betul...

"Insya-Allah tuan2"

Tadi tertengok video kat fb di profile salah seorang kawan ni.. agak menarik juga..
teguran yang membina dari salah seorang ustaz yang agak terkenal juga la.. iaitu supaya sebutan insya-Allah tu betul2 bahasa arab nya.. hihi.. ini sekali datang slang India la..
ok ja.. (kadang2 aku pun terikut2 juga..kui2.. kena dengar lagu Maher Zain ja lepas ni..)

dan mungkin ada jemaah yang keluar di masjid ustaz berkenaan bertugas.. sekali tertasykil ustaz tu pegi masjid la.. mau tak hot.. dah tak de penunjuk jalan..door to door jawabnya (ok..pertama sekali mahu khususi orang yang berkepentingan di kampung atau kawasan tersebut rumah imam..ketua kampung..ajk2 masjid.. ustaz2..)..

Pengisian video berkenaan berkaitan bagaimana mahu ajak anak2 muda datang dan terpaut pada masjid..ada beberapa perkara ustaz tersebut cadangankan..menarik..

Oleh itu..perlu kuatkan amal2 tempatan.. di surau marhalah USM Desa Tekun ni untuk semester 2 2010/2011 (dah abeh dah).. Ziarah umumi : Ahad lepas magrib.. 2 1/2jam (magrib isya: ziarah bilik ke bilik..) : setiap hari.. Ziarah umumi 2 : di surau Bakti... dan khuruj 1 1/2 hari setiap bulan.. em.. bukan senang mahu ajak perlu banyak bagi masa... tambah2 org lemah mcm aku ni lagi la.. untuk sidang depan mesyuarat lain.. maka cuti ni pun kena buat usaha juga di masjid kat kampung dan kawasan perumahan masing2.. apa2 pun lepas abeh exam mahu keluar 40 hari, 4 bulan dulu belajar2 untuk hidupkan amal di masjid@surau masing2..

~teringat dulu keluar 2minggu bulan 12 masa cuti sem.. buat usaha fokus pada anak2 muda di kampung yang kami keluar.. sbb kami kebanyakkan student2..muda lagi bernasib juga buat hubungan anak2 muda di kampung untuk hidupkan amal masjid..(dah cite pd entri lepas) mahu banyak korban lagi dan lagi...

Ya Allah maafkan hamba2mu yang lemah ni..~~~
p/s : Skrang ada jemaah dari Ireland di cni selama 2 minggu...

Ahad, 27 Mac 2011

Jangan Nodai Makna Jihad

Jika dilihat pada zaman ini, jihad telah disalah ertikan oleh umat islam sendiri. Jihad fisabilillah adalah puncak ajaran islam. Sehingga umat islam yang melaksanakannya akan mendapat kesempurnaan dan kejayaan kehidupan dan jua syurga Allah di akhirat kelak.

Malangnya sekarang jihad telah dikotori dengan pemahaman yang salah iaitu apabila dikatakan jihad yang dibayangkan adalah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini,serangan berani mati, sabotaj dan keganasan yang lain sehingga meragut nyawa. Hal ini sepert menunjukkan bahawa jihad ini seperti mempertahankan agama atau diri sehingga terjadinya kejadian pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi.Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut cara mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang,” maka orang terus faham.

Seterusnya apa pula hubung kait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu kalimah tauhid: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”


Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.
Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? Di sini kita ambil yang utama sahaja iaitu iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (hakikat atau tasawuf). Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar. “Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”


Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi iman, Islam dan ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakan pakej iman. Di situ ada keyakinan dan sebagainya. Apabila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Allah seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, muhammadur rasulullah”. Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari iman, Islam dan ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata: “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli iman, Islam dan ihsan!”

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhid dan mematuhi perintah) Allah swt dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata “Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam (yang benar-benar berserah kepada Allah swt.” (al-Fussilat : 33)

Jumaat, 11 Februari 2011

Pengisian..


lama juga tak layan blog ni..mungkin asbab nak kena buat blog for PGT436E :Education Online..kalau senang2 nnti boleh la komen2 jap ye kawan.. for assgment..

Today is Jumaat..Alhamdulillah selesai ziarah ke-2 di Desasiswa Harapan..
Jumaat yang penuh pengisian..

Pertama :
sembang2 di laman Fb dgn sorang sahabat yang tinggal mungkin agak jauh tapi dalam Bumi ni juga kecik je berbanding Marikh (maklumat dari NASA mungkin)...
salah satu topik sembangnya berkenaan kesedaran bagaimana kita ni kena pg negara luar juga tgk keadaan luar sana.. baru kita tau yg kita ni bukan sekadar Islam pd nama sahaja.. perlu betul2 amalkan islam...
ulasan : yep.. mungkin kita di cni alhamdulillah sentiasa dengar azan 5 waktu setiap hari.. kalau di luar negara memang hidayat..
penceritaan dari sahabat2 yang berada di luar... kalau dgr azan kat negara2 bukan islam memang suatu nikmat.. memang perlu sentiasa berada dalam kalangan sahabat2 yang sentiasa berpesan2 supaya tidak dilalaikan.. (kalau di cni pun kita terleka mcm mn kat negara luar ye..) semuanya hidayat dari Allah swt.. sbb tu jemaah2 perlu dibentuk keseluruh alam.. untuk kita sentiasa pesan2 antara satu sama lain walaupun hingga ke hujung2 dunia... org "Red Indian" pun kena jumpa (teringat kelas tutor Usul Fiqh ari tu hihi...) "You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other" cerita penuhnya di cni KLIK..kisah jemaah yang dihantar ke Australia...

sentuh bab foreign ni.. kat USM skrang byk student2 arab yang belajar cni sbb diorg susah dpt visa ke negara europe antaranya Palestine..Iraq..Syria..Oman..Yaman.. maka usaha foreign pun perlu dijalankan.. dan alhamdulillah mereka amat senang bila kita datang ziarah ke bilik.. kalau pg bilik diorg memang layan tetamu first class.... cakap sure english.. so i can improve my english also huhu.. dan tambah ckit arab... we have make some muhadrah tonight ok insyaAllah.. (teringat kelas Arab.. ok betulkan maghraj huruf ye..)

Kedua :
Khutbah jumaat yang menarik hari ni syeikh dari Mesir..lupa namanya.. (teringat plak cite sahabatku yg baru balik dari Mesir dan sedikit karkhuzari usaha agama di Mesir).. tapi dgr cite kawan aku dari Iraq beliau agak popular.. sbb sentiasa keluar di TV or web site arab.. sbb tu diorg sempat lagi tangkap gambar.. khutbah in arab and english.. tapi aku suka dgr arab lagi.. sbb byk ayat2 quran.. antara isinya kepentingan dakwah dan jenis2 jihad.. memang bersemangat bayan nya.. macam jemaah Palestine yg datang ke sini baru2 ni bayan sampai berdiri..org bagi nama azam untuk khuruj pun macam order Nasi Kandar Beratur...
~kehidupan.. bila hidup kena makan..suami isteri..tidur dsebagainya dan haiwan pun buat perkara yg sama.. oleh itu kita bukan sekadar hidup tapi perlu pada agama.. establish with deen.. pastu bagaiman nak establish kita kena worship for Allah... maka ibadah ni kita perlu kerja.. kerja umat ni adalah mengajak kebaikkan dan mencegah kemungkaran... kalau kerja kita kena buat hari2.... bukan seminggu atau sebulan sekali je... maka hari2 mahu kena buat kerja..

Ketiga :
Mesyurat USM... azam setiap desa perlu keluarkan satu jemaah.. dan penglibatan pensyarah dalam usaha student.. baru2 ni 3 days di Masjid Binjai memang bes ada air perigi dari bukit boleh terus minum sbb memang dijaga rapi..banyak pakcik2 yg dtg singgah masjid nak ambil air mineral ni... dengar cite dari amir jemaah pakcik2 kat kampung ni suka dengan jemaah student USM... sbb kat ctu pun ada bekas pensyarah USM dulu.. usaha seperti biasa banyak tumpu pd anak2 muda.. mlm ke-2 buat kenduri.. semoga Allah swt sebarkan hidayat seluruh alam... walaupun usaha di cni tapi niat mahu jauh2.. doakan aku yang sangat lemah ni untuk korban lagi dan lagi masa, harta dan diri ni untuk agama..

Ahad, 9 Januari 2011

Putus Asa dan Kegagalan

Dalam kehidupan kita pasti akan merasai takdir akan kegagalan terhadap sesuatu perkara malah telah menjadi sebati terutamanya pada makhluk yang bergelar insan. Namun, setiap kali kegagalan itu berlaku masih belum menjadi pengajaran dan iktibar kepada diri kita. Hal ini pasti akan disusuli dengan kekecewaan yang melampau. Sedangkan ini adalah perkara biasa dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Setiap kali kegagalan itu dihadapi, terlalu sukar untuk diterima oleh hati ini. Ada saja persoalan yang ditimbulkan untuk mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Setiap kegagalan yang berlaku akan terdetik dalam diri kita akan perasaan berputus asa terhadap perkara yang dilakukan. Tapi adakah keputusan untuk berputus asa akan kegagalan ini merupakan penghujung kehidupan kita dan telah menjadi juram yang dalam untuk kita kecapi kejayaan sedangkan kita masih diberi ruang dan waktu oleh Allah swt untuk mencapainya. Kita pernah dengar ramai ilmuan dan tokoh yang tersohor akan mengahadapi banyak kegagalan sebelum kejayaan. Kegagalan ini juga membuatkan mereka lebih matang dalam menyusun perjalanan kehidupan berdasarkan pengalaman yang dihadapi.

Menjadi kebiasaan kepada kita sebagai manusia biasa yang amat lemah disisiNya, perasaan berputus asa pasti akan terlintas dalam hati kecil ini. Namun perasaan ini akan membuatkan kita berada dalam kerugian yang nyata setelah masa dan diri kita yang panjang telah dikorbankan untuk itu. Adakah perasaan ini berbaloi dengan apa yang telah kita kerjakan?

Perkara yang paling penting untuk kita hadapi ialah perasaan putus asa yang ada dalam diri kita sendiri bukan takut untuk menghadapi keputusan kegagalan itu sahaja. Maka kita perlu sedari sikap putus asa ialah punca kepada kegagalan yang sebenarnya. Bukan kegagalan punca timbulnya perasaan putus asa.
Putus asa akan rahmat Allah swt dan takdirNy merupakan suatu perkara yang perlu kita jauhi. Hal ini, kerana setiap perkara yang berlaku sama ada kegagalan atau kejayaan telah ditakdirkan sejak diri kita ini masih di dalam rahim ibu lagi, maka perlukah kita berasa kecewa dan putus asa terhadap suatu perkara yang telah di “tulis” sebelum terjadinya perkara itu? Semua hanya dalam pengetahuan Allah swt.

Kepada mahasiswa muslim sikap berputus asa akan kegagalan ini seharusnya tiada dalam kamus kehidupan. Hal ini kerana untuk menjadi insan dan pelajar yang produktif perlu berani mengahadapi perkara yang disangka kegagalan ini sebagai ujian kehidupan oleh Allah swt kepada hamba yang dikasihiNya untuk menfaat di dunia dan akhirat.

Dalam dunia sebagai seorang mahasiswa terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh. Dugaan ini merupakan warna-warni dalam kehidupan. Kadang-kadang Allah swt berikan kesusahan untuk lihat kemanakah tawajuh kita sama ada kembali mengharapkan pertolongan Allah swt atau kepada makhlukNya. Maka berjayalah individu yang tetap terus mengaharapkan bantuan Allah swt dengan amal soleh dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Hanya kepada mereka yang mengharapkan kejayaan akan tetap mempertahankan semangat juang tanpa menghiraukan rasa putus asa yang datang tanpa mengira waktu dan ketika. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita sedari. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas, hilang semangat dan kecewa timbul kerana perasaan putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan berusaha menanganinya. Pasti kejayaan milik kita. Selagi hayat dikandung badan maka tetap berusaha hingga ke akhir untuk mengejar redha Allah swt dalam semua bidang yang kita ceburi.

Akhir sekali sebagai seorang muslim kita perlu sedari bahawa kejayaan dan kegagalan yang hakiki ialah di saat kita bertemu dengan Allah swt di akhirat nanti sama ada kejayaan kita memasuki syurga Allah swt atau kegagalan kita diletakkan tempat yang penuh dengan kesengsaraan selama-lamanya. Pada masa itu putus asa yang berpanjangan pun tiada lagi gunanya setelah kehidupan di dunia kita dilalaikan dengan kenikmatan sehingga kita tidak sedar akan ujian yang berat sedang kita tempuhi iaitu ujian mengingati Allah swt di saat kejayaan yang diberikan olehNya kepada kita. Semoga Allah swt terima amalan kita semua selama ini dan tetap tekun berusaha dengan rahmatNya tanpa berputus asa.