Khamis, 12 November 2009

Periuk.. Kuali...

Tajuk kali ini berkenaan kisah di sebalik periuk, kuali, talam dan segala alatan masak memasak.. atau semasa keluar dikenali sebagai alatan ta'am..

Makan-makan atau dalam arabnya ta'am-ta'am.. perkataan yang sering aku tunggu2 he..

Sebenarnya, tajuk ni hasil inspirasi semasa aku berada dalam kereta pensyarah aku untuk menziarahi kwn aku di kampungnya. Aku pun apa lagi minta tumpang la..

dalam kereta tu bukan calang-calang orang yang naik nak di banding dengan aku yang tak de apa2 ni...ada pensyarah psikologi, timbalan dekan skol aku dan ydp persatuan skol aku.. kiranya banyak juga perkara yang dibincangkan.. salah satunya berkenaan status makanan halal di Malaysia semakin meragukan..
Risau jg aku.. didapati hampir kurang 10% hotel di Malaysia tidak menitikbertkan status halalan toyibba yg disyariatkan.. janji tak de babi.. dah halal.. tp toyibba nye..? cara sembelihannya..? (macam mn nak buat dinner ni hem...)
perkara ni bukan terjadi pada hotel2 je.. tp kedai restoran, warung2, dan kedai makan2 sekarang ni dah hilang toyibba nya.. janji dapat untung cepat.. perkara2 lain pejam mata.. bukan semua.. tp dah semakin banyak.. dan perkara ni memang membimbangkan.. takut2 ia akan menjejaskan amalan kita seharian.. (semoga Allah swt beri perlindungan)..

em patut la semasa aku keluar jemaah.. ahli2 jemaah akan masak sendiri..
dalam hati aku yang lemah ni terdetik

"patut la jika keluar akan masak sendiri,
beli barang2 guna duit korban sendiri,
baru rasa nikmatnya makan bersama daripada seorang diri"

dengar juga masa orang dulu buat usaha.. pernah juga usaha ni dilabel "jemaah angkat periuk" he.. jihad guna kuali he.. menyebabkan aku tersenyum simpul em mungkin ini la akibatnya.. takpe fikir2kan lah...

sekarang ni makanan tepi jalan2 pun dah tak boleh percaya kalau yakin lain cerita.. yang was2 ni yg masalah ni.. shubhah2..
rasanya lepas ni tak jadi masalah.. mari kita masak sendiri.. baru kita hargai masakan kita.. (belajar masak dalam majalah Saji....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan