Serangan Aqidah :
Alhamdulillah, Allah swt beri kesempatan aku untuk ke majlis
ilmu yg diadakan d USM Rabu malam lepas..yang membincangkan tentang Serangan
Aqidah.. ada 2 ahli panel yg mengupas, membelah berkenaan isu ini... just
kongsi apa yg aku dpt....
Panel 1 : Maksud aqidah iaitu simpulan, ikatan iaitu
berkaitan tauhid
.. Di Malaysia jelas yg lari dari aqidah ASWJ adalah sesat
seperti fahaman dad pin baju, arqam, qadiani (rasanya subjek Pendidikan Islam
form 4/5 ada ajar ajaran sesat ni..) dan tuan sheikh lebih fokus kepada
aktiviti syiah d Kedah yg sekrang telah masuk ke sek2 harian yang aku tak boleh
terima mereka ini sanggup hina sahabat2..
Panel 2 : Sebenarnya masalah yg berlaku ni atas kesalahan
diri kita sebab kita ada penyakit AIDS = Angkuh, Iri hati, Dengki dan Sombong...hal
ini di atasi dengan kembali merujuk quran dan hadith serta mendampingi quran
setiap masa sebagai rujukan sebelum membaca teori omputih..kenal Allah dan tahu
tentang diri ini...seterusnya berkenaan isu Sekularisme (asingkan kehidupan ini
dgn agama), Pluralisme (samakan semua agama) dan Liberalisme (agama ini perlu
ikut logik akal dan peredaran zaman)... perkara ini sebenarnya secara tidak
sedar kita telah melakukannya... dan bukan di sampaikan oleh org awam tetapi
melalui skolar (ilmuan) islam sendiri.... :-( . Fact = Golongan yg banyak
terpengaruh tentang perkara ni adalah golongan terpelajar dan dari Wanita yang
paling ramai.... (if wrong please correct me)
Masjid Benggali dan Bola :
Semalam ada majlis bayan (penyampaian) di sini yg disampaikan
oleh salah seorang jemaah Madras, India (bila sebut India ni teringat sejarah
kedatangan Islam ke tanah Melayu ni antaranya dari tempat ini...) sarat dengan
cerita iman, amal dan perjuangan Rasulullah saw dan kisah2 sahabat yang
meningkatkan jasbah (semangat) untuk korban pada agama.. so kena korban tengok
bola la...hihi...(nmpknya jemaah Thailand takda d cni :-)) dan alhamdulillah
jumpa sahabat baru di sini dari Syria, Palestin dan Somalia.. mereka adalah
student USM..
p/s : Tentang perkara pertama kalau orang hina aku contohnya
tak ikut peredaran zaman, jumud, tak da ilmu, cetek pengetahuan, pengotor,
tinggal keluarga anak isteri, ajak org solat saja..., ajak org buat baik
ja....boleh lagi aku terima sbb memang kelemahan aku... tapi kalau org hina dan
kutuk SAHABAT rhum ajmain memang aku bagi penampar, sekeh kepala tu dah....
baru2 ni ada sahabat aku khuruj (keluar jemaah) selama 40 hari d Kedah dia bagi
laporan salah sebuah kawasan iaitu d P****** memang banyak yg telah menyertai
syiah lebih kurang 2k orang.. Abg Mat Nor ada tanya ustaz tempatan.. apa yg
boleh buat sekarang? Memang tak boleh nak buat apa.. no idea... just bagi
penjelasan ja la.. kena doa banyak2..tingkatkan usaha...Perkara kedua pula
ialah kita kena banyakan buat pengorbanan untuk agama dengan harta sendiri,
diri, perasaan sendiri dan masa diberi ini untuk agama Allah swt.. seperti
sahabat2 dulu bagaimana mereka korban segala-galanya untuk agama ini dan hari
ni aku dan kita dapat kecapi nikmat agama Allah swt... kuatkan usaha dakwah dengan
menghidupkan masjid2 dgn amal masjid nabawi.. maka jadikan dakwah sebagai
maksud hidup ini.. kerana adanya dakwah ada agama maka hapuslah dan hancur
perkara yg menjadi kebatilan dan musuh Islam.. seperti mana kejahilan
dihapuskan dengan keimanan... zulumat dihapuskan dengan cahaya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan