Ni gambar krew aku (Krew 3) sebelum bertolak untuk pengembaraan.. yang takde dlm ni Nisa dan Hanif sori ye tertinggal hehe..
em.. pemgembaraan ni menarik juga.. 40 KM tu.. tp ye ke sampai 40Km berjalan hehe.. memang suatu pengalaman yg menarik.. krew aku bergabung dengan Krew 4 yg ketua krew nya ialah Sakinah.. untuk Kumpulan 2 ni seramai 27 orang semuanya. Roud 1 dari BM ke Ceruk Tok Kun dan Roud 2 dari Ceruk Tok Kun ke Butterworth. perrh jauh tu...
aku percaya setiap di kalangan kami ni mesti ada pengalaman yg tersendiri..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak de yg pengsan atau berhenti setengah jalan. suatu perkara yg aku dapat belajar ialah kita ni kena banyak bersabar dan nak selesaikan sesuatu masalah tu dengan amal... zikir,solat,ikram, em.. banyak perkara yg telah Allah swt tolong kepada hambaNya.. bersyukur sangat.. kita ni tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah swt.. di samping tu dapat juga belajar yakin semuanya bergamtung kepada pertolongan Allah..em.. kalau nak diikutkan macam tak percaya aku boleh berjalan sejauh ni.. ~insyaAllah azam keluar jemaah jalan kaki~
yg aku tak boleh lupa solat kat tanah lapang disebabkan memang dah kesuntukan masa dan tiada masjid atau surau sepanjang perjalanan.. tawakal je la.. wuduk pun guna sebotol air je.. berbekalkan pengalaman aku semasa di ijtima' yg lepas dgn mengambil wuduk sebotol air je telah aku praktikkan semasa mengembara ni.. ILMU ni... Ilmu yg tak bisa dapat dari kitab sahaja kan... walaupun dalam diri ku ni masih kurang..
akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih pada ahli2 krew aku yg banyak memberi kerjasama.. walaupun kadang2 agak tegang situasinya.. tp jadikan tu sebagai teladan em..biasa la penat2 siapa yg tahan. tp apa yg penting??.. kerjasama.. he..
*kepada ahli krew aku yg baca artikel ni.. teruskan usaha ye.. pengalman naik lori tepung.. pengalaman naik bas kilang dll lagi ni suatu usaha kita bersama.. hehe.. k..
Pujangga Melayu bermadah,:
Pencarian suatu pengembaraan,
Timur, barat, utara dan selatan,
Walau dimana redhaMu Tuhan,
Tetap juga hambaMu dambakan.
~Huszaimi~ 28.1.2010
Wallhualam..















